Monday, November 27, 2017

Kisah AKU n Quick Retreat @ Le Thu House Pengkalan Balak

Assalamualaikum,

Apa ni dah lewat malam baru nak update? Selagi mata segar ni okay kot nak update. Ingat nak terus taip after sampai dari Melaka petang tadi. Tapi tak tahan beb, buat pulak hujan. Memang elok sangat tidur. Haha. Okaylah, di malam yang sepi ni aku nak share aktiviti hujung minggu aku bersama rakan-rakan seperjuangan di Quatriz System. But let's start dengan office talk minggu ni.
Sekali sekala balik lewat kat sini pun okay jugak. Kat TPM selalu sangat dah, kat sini adalah sekali dua je..;-)
Baiklah. Aktiviti hujung minggu aku kali ini diisi dengan baik bersama Group Bujang Quatriz. Seperti yang dirancang sejak awal November, kami bersebelas decided untuk do some outing dekat Pengkalan Balak, Melaka. 2 buah kereta yang memuatkan 8 orang bergerak dari TPM sekitar jam 1 petang. Sebuah lagi kereta memuatkan 2 from us bergerak dari Batu Caves dan satu kereta dari Melaka.
Setelah mengharungi kesesakan highway, kami akhirnya tiba di ke destinasi penginapan kami, Le Thu House yang terletak di Jalan Telok Gong, Pengkalan Balak, Melaka sekitar jam 3.30 petang. Tempat ni simple je, it's a container-based motel with a spacious parking area dan juga BBQ facility. Sesuai untuk short gathering untuk golongan belia macam kami ni.
Pantai terdekat cuma 100 meter dari motel ni. Tapi kena cross jalan dan berjalan kaki sikit. Tak jauh pun. 
Dah macam dorm pulak rasanya. Padat jugaklah nak sumbat kami berenam yang lelaki ni. Huu
Dah start anti-sosial dah diorang ni . Haha
Petang tu aku dan Zaaba ke pantai terdekat cari kuih-muih sikit untuk aktiviti pertama kami kat sini. Aktiviti apa?
Ni lah aktivitinya - celebrating work anniversary dengan Dunkin Donut. Haha. Asalnya diorang nak beli kek, tapi atas time constraint memang tak sempat nak beli. Tak boleh blah betul ada anniversary. Huu. Tapi seingat aku dengan Matt pun makan besar jugak 1 Ogos dulu to celebrate our 1 year kat Quatriz ni..:-p 
Sekitar jam 6 petang, kami crossed the road and went to the nearest beach. Asalnya aku dengan Zaaba je yang pergi untuk sesi fotografi tak bertauliah. Huu. Tiba-tiba ramai pulak datang melawat..:-)
Ohh terlupa pulak, kalau perasan ada gambar yang raw macam ni. Unedited dan takde watermark tu meaning aku amik dari diorang punya album. Kredit siap-siap untuk contributor ye. Cheers!
Kacau daun betul si Ima belakang tu. Baru ingat nak bernarsis sikit. Huu
Hujan renyai memaksa kami pulang ke bilik masing-masing. Cerita kat TV pun takde yang best, kebetulan Syah ada movie Titanic. Memang semua syahdu layan cerita ni. Haha
8PM - Pause dulu Titanic. Takut terlepas scene ikonik bak kata Zaaba. Hii. Kami memulakan aktiviti BBQ didalam renyai hujan sambil ditemani bayu laut Selat Melaka. Dah lama tak membakar ni..:-)
Diorang ni lagi. Rasanya time kat Krabi Walking Street  hari tu pun dua-dua pakai baju sama jugak. Haha
Preparation team.
Team membakar.
Best! Lagi-lagi bila ada BBQ sausage. Nak pulak makan cicah BBQ sauce. Padu beb!
Lepas BBQ, ada dua team dengan aktiviti berlainan. Yang belah kiri menyisha + vape sambil main Mobile Legend, team belah kanan pulak had a proper social activity lah with a confession session. Tapi as per rule, cerita situ habis situ lah. Haha. Korang teka sendiri lah aku join aktiviti mana?
Aktiviti malam ditamatkan sekitar jam 3.30 pagi. Yang lelaki masuk bilik sambung tengok Titanic  sampai pukul 5. Layan beb cerita ni, semua stay tengok sampai habis. Kesimpulan cerita ni, kami sebulat suara berpendapat perempuan memang tak pernah nak fikir panjang. Sian Jack mati, semua gara-gara si Rose tu. Huu
Pagi Ahad tu 7.30 pagi lagi aku dah bangun. Keluar basuh kereta jap, pastu sambung tidur. Bangun balik pukul 9.30 berjalan tepi pantai sementara menunggu geng perempuan ni bersiap since diorang pegang kupon breakfast. Rugi lah kalau tak guna. Plus, duit dalam wallet aku cukup-cukup je nak tuang minyak balik Rawang. Haha
Bergambar kenangan dihadapan Le Thu House. Kerol dengan Ira dah balik dulu pagi tu since ada urgent thing. Best tempat ni, tapi lagi best kalau ada karaoke. I'll be more happier. Hii
Kami bergerak meninggalkan Pengkalan Balak sekitar jam 1 petang. Plannya berkumpul semula di Salak Tinggi for one last activity sebelum menamatkan quick retreat kami kali ini.
Menghadiri kenduri kesyukuran by one of Quatriz ex-staff, Kak Nita di Salak Tinggi. Dapatlah lunch free semalam. Huu. Thanks Kak Nita, sedap lauk-lauk yang ada. Ingat nak tambah, tapi segan pula..:-p
Hujan lebat menemani perjalanan kami dari Salak Tinggi ke TPM. Sampai sekitar jam 4.45 petang, aku drop diorang before terus shoot ke Rawang untuk pick up ayah kat KTM. Nasib baiklah tak jem, elok je sampai on-time. Surprisingly jugak jalan quite lancar dari Rawang nak ke Sungai Buaya. 

Itulah cerita hujung minggu aku kali ni. Memang best dapat spent time dengan kawan-kawan ofis. Walaupun 2 hari tapi we had fun and of course will be looking forward untuk quick retreat macam ni lagi. Selagi bujang ni kita cherish the moment, tahun depan kena gari dah. Huu

No comments:

Post a Comment