Assalamualaikum,
Pagi tadi aku daftar mengundi beb! Haha, umur dah 24 baru nak mendaftar. Apa hang buat 3 tahun ni sampai takde masa nak ambil berat pasal negara? Dah-dah, jangan nak membongak, kalau aku register awal dulu pun bukan ada pilihan raya nak pergi mengundi. PRU 13 terlepas, pilihan raya kecil pulak bukan kawasan aku. So, nothing to lose pun. Okay lah, nak cerita sikit aktiviti hujung minggu aku semalam dengan Brotherhood Sungai Buaya, lama tak beraktivitas dengan diorang ni..haha

Seperti biasa kita mulakan dengan cerita dipejabat. Meeting aje minggu ni, 2-3 hari jugak aku bertapa kat TPM ni.
Takpe-takpe, yang penting mileage claim bulan ni masyukk! Hehe
Terperangkap lagi dengan kesesakan menggila. Semalam ada operational meeting dekat TPM, dari pukul 9AM and ended around jam 4.30PM, then I had a quick chat with my SVP. Sembang punya sembang, tau-tau dah pukul 5.30PM. Malas nak masuk highway since baki TNGo tak cukup, so aku pun dengan 'bijaknya' lalu Jalan Meow (Kuching..haha). Sampai situ, sekali lagi buat decision 'bijak' dengan lalu Taman Wahyu instead off Sentul Link. Situ je dah setengah jam, kesesakan bersambung 40 minit lagi kat Bukit Selayang. Dan bersambung lagi di Pusat Bandar Rawang, seterusnya kat Bukit Benggali (lori rosak dan blocked jalan) dan akhirnya, sampai jugak rumah jam 8.15 malam. One word - Pishang..:-p
Lepas Isya' aku terlelap sekejap (penat bhai) dan seperti yang kami plan minggu lepas, aku dan Afiq gerak dari BSB jam 11 dan terus menuju ke Shah Alam where we gonna meet Dolah there. Shah Alam ni bandar mati, tempat karok yang aku tau bukak sampai awal pagi kat Space U8 Bukit Jelutong ni je. Yang lain aku tak sure sangat operational hour diorang..:-)
Perghh, lama rasanya tak pegang mic karok ni. Menggigil tangan beb! Haha
Afiq missed call aku sampai 5 kali, sorry bro - gua letih gila der. Aku yang drive semalam since lesen dia expired. Kebetulan ada roadblock besar-besaran kat Sungai Buloh semalam. Nasib baik..:-pHaa, ni pulak Dolah and kawan-kawan UNISEL dia. Pucuk muda lagi semuanya, umur 22. Since tempat ni tutup pukul 2, memang ngam-ngam je kami berenam karok 2 jam.
Ape doe karok lagu Memori Berkasih? Banyak 'memori' lagu ni. Kebetulan tersnap picture kat part "Mungkin tiada jodoh kita.." Betul tu, memang tiada jodoh aku dengan kedua-dua mereka. Haha, WTF!
Memang terbaik betul dapat revive aktiviti rutin Brotherhood ni setelah hampir 5 bulan menyepi. Cuma agak awkward sikit lah semalam, sebab biasa kami bertiga, la ni berenam pulok.
Pukul 2 kami meninggalkan Space U8 dan sambung melepak kat Al-Ali Bistro, juga di Bukit Jelutong. Aku yang request since dekat dengan Guthrie (nak balik senang), asalnya Dolah kata nak lepak kat Barra Sek.7. Der, fikir sikit yang dua orang kawan kau ni dengan penat kerja pun tak hilang lagi, sanggup turun dari Sungai Buaya, pastu kau nak push kitorang masuk bandar Shah Alam lagi. Haishh.
Sampai pukul 4.30 jugak kitorang lepak semalam. Wefie satu round!
Aku dan Afiq selamat tiba sekitar jam 5 pagi, macam biasalah - tunggu Subuh dulu baru tidur. Pastu pukul 9 bangun pergi daftar mengundi. Balik rumah tidur balik sampailah pukul 5 petang
Aku dan Afiq selamat tiba sekitar jam 5 pagi, macam biasalah - tunggu Subuh dulu baru tidur. Pastu pukul 9 bangun pergi daftar mengundi. Balik rumah tidur balik sampailah pukul 5 petang
P/S: Memang shit betul siapa yang main Whatsapp aku semalam, bikin malu je..adess