Tuesday, December 31, 2019

Kisah AKU n Memories 2019

Assalamualaikum,


Petang hari terakhir tahun 2019 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2019 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2019 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2019 aku. 

January
Attended my first oversea business trip at Mitsubishi Heavy Industries of Japan di Singapura

February
Nothing

March
Mengepalai Team RFID Mobile Fitment ke Johor Bahru selama empat hari di beberapa lokasi. Berjaya sapu sebanyak 505 fitment sekaligus memecah rekod lama kami sendiri.

April

Leading pasukan yang sama untuk RFID Mobile Fitment kami di GCE Elmina. 360 fitment dicatatkan bagi dua hari kami disini. Another record broken by our team. Well done!

May
Ramadhan pertama bersama isteri..:-)
Leading yet the same team untuk RFID Mobile Fitment di GCE Elmina sekali lagi. Unlike first series, kali ni sendu sikit. Dapat collect 100 je. Okaylah, mungkin bulan puasa kot. Mana ada orang datang R&R. Haha
Joined company wife punya Iftar untuk kali pertama dan terakhir. Haha. Yelah, Ija pun dah resigned..:-p

June
Raya pertama bersama isteri tersayang. Tahun ni beraya di Serkam, In Sha Allah tahun depan ke Perak pulak

July
Bawak wife pergi Raya Celebration @ MTD Group for her first time.
14 Julai 2019 merupakan hari kelahiran anak lelaki kami yang diberi nama Muhammad Fariq Ilham. Semoga jadi anak yang soleh ye anak..:-)

August

1 Ogos 2019 marked my 3 years of service with Quatriz System and MTD Group.
Raya Aidiladha pertama with my small family..:-)
Jadi bidan terjun ganti agent kami untuk RFID Mobile Fitment di ETCM Melaka.

September
Mini Reunion Geng Bersatu Kita Warga UiTM di Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam disertai hanya tiga orang sahaja - Helmy, aku dan Joe. Takpelah, asalkan datang.
Business Trip to Penang untuk compliance exercise RFID Fitment Center kami di Utara bersama Afiq.

October
Business Trip to Johor Bahru untuk tender briefing di Bangunan CIQ Sultan Iskandar. Ni my first unofficial task before returning to Business Development Department.

After setahun dua bulan berkhidmat didalam RFID Fitment Center PMO, aku dipanggil semula untuk berkhidmat didalam Business Development Department disebabkan pengecilan operasi RFID Fitment Center kami.

November

10 November 2019 was our first anniversary yang disambut di Palm Mall Seremban. Aku ni bukanlah orang romantik yang tau nak setup candle light dinner segala bagai. Cukup je lah a light dinner dan movie Midway. I love you baby..:-)

Business Trip to Lumut, Perak untuk tender briefing di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sempat menyinggah jumpa Opah. Dah alang-alang satu jalan.

26 November 2019 merupakan hari lahir aku yang ke 27, disambut dengan penuh ceria disamping isteri dan anak di AEON Rawang. Huhu

December
Star Wars time with my love yang memahami minat laki dia ni. Siap belikan tiket tu. Walaupun tak dapat attend first screening this time around. Tapi still okay lah tengok dalam minggu pertama. Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2019 merupakan tahun kesembilan aku dalam industri blogging ni. Tahun ni total post ada pengurangan yang drastik, tapi still above 50 tu acceptable lah kan.
  2. KerjayaAzamnya nak entitled to promotion dan increment. Sadly, the Group again denied my promotion dan yearly increment untuk tahun ni. Tak tau lah nak cakap apa, sedangkan aku fulfilled all my KPIs. Dah masuk tahun ketiga beb! Cuma to compensate, company adalah bagi fixed allowance atas penambahan tugas yang ada. Hmm, boleh lah daripada takde apa. Cukuplah nak bayar insurans family..:-)
  3. Aset: Masalah geran dah nampak ada cahaya bila first batch owner dah dapat individual title. Tapi turn kami tak sempat untuk tahun 2019 ni. 
  4. FamilySlowly contribute walaupun tak banyak dalam meringankan tugas ayah yang hantar ambil adik kerja. Starting March sampailah sekarang lagi aku dah berkhidmat untuk menggalas tanggungjawab ni. Hopefully, dah ada payslip tu nanti bolehlah brader tu beli kereta sendiri..:-p
            Dari 4 azam yang aku set, dua je yang achieved. Aku nak simpulkan yang azam tahun 2019 aku ni tak berapa nak dicapai sangat. Apa boleh buat, dah makan gaji. Hadap je lah. Orang bayar gaji on time pun dah kira bersyukur. Haha. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk  tahun 2019 ni and of course I'm expecting 2020 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.

            Kisah AKU n Games Review - Brass Brigade

            Assalamualaikum,

            Bertemu lagi dalam segmen Games Review, segmen yang mengupas permainan video di PC dan mobile yang latest mahupun outdated. Tapi hari ni kita review antara game indie yang terhangat pada tahun 2019 ni. Game apa tu, bro? 
            Okay lah, game yang menjadi pilihan untuk direview hari ini ialah Brass Brigade. Game yang dibangunkan oleh Mr. Henry Kucab ni released officially to public pada 1 Oktober 2019. Video game yang bertemakan zaman Perang Dunia Kedua ni menggabungkan elemen dari Battlefield 1942 untuk gameplay system dan juga Ravenfield bagi graphic yang quite cartoonish. Kedua-dua elemen ni menjadikan Brass Brigade ni sebuah game yang fun dan enjoyable.
            Ni GUI untuk main menu Brass Brigade. A very simple GUI. Ada training untuk make sure korang familiar dengan combat system. Battles untuk terus jump ke battle map yang ada. Setting untuk korang buat customization game ni. Credit page untuk tengok siapa lagi yang contribute untuk pembikinan Brass Brigade ni dan juga yang terakhir sekali - Quit, untuk siapa yang nak stop main..:-p
            Ada 14 battle map yang ditawarkan untuk korang bertarung dengan AI. Brass Brigade setakat ni hanya support single player sahaja. BOT setting membolehkan korang set berapa banyak bot AI yang korang nak lawan. Kalau PC sedap, letak maximum 150/team memang syok beb. Tapi kalau PC purba macam aku ni, dapat 20 for each team pun dah cukup hebat. Haha. Kat setting korang boleh tetapkan jugak level AI yang mempengaruhi aggressiveness dan intelligence diorang. Kalau rasa diri tu noob, slide bagi level 1 pun dah cukup..:-p
            Sebelum battle, korang akan diminta untuk buat dua benda. Pilih soldier class dan juga tempat spawn. Soldier class ni berbeza mengikut faction. Nak tau apa bezanya, keep scrolling ke bawah. Aku akan review each faction yang ada.
            Faction pertama ialah United States of America (USA). Diorang ni kat mana-mana game pun ada. Haha. US ni ada enam kelas - Officer (M3 Grease + M1911), Riflemen (M1 Garand), Support (M2 Browning), Assault (M1A1 Thompson), Anti Tank (Bazooka), Automatic Riflemen (BAR). Screenshot ni diambil ketika Battle of Iwo Jima melawan Empire of Japan. Map Iwo Jima antara yang paling senang jugak dalam game ni, sebab banyak vantage point sesuai untuk rifleman cam aku ni..:-)
            Faction kedua ialah Soviet Union (USSR). USSR ni ada enam kelas - Commisar (Mosin Nagant + Tokarev), Assault (PPSh41), Support (DP28), Conscript (Mosin Nagant), Rocketeer (Panzerschreck), Shock Trooper (SVT40). Screenshot ni diambil ketika Volga's landing at the Battle of Stalingrad melawan Nazi Germany. Ni antara battle paling ganas aku pernah main, sesuai untuk korang yang suka urban warfare.
            Faction ketiga ialah United Kingdom (UK). UK ada enam kelas jugak - Officer (Lee Enfield + Webley), Riflemen (Lee Enfield), Royal Shock Trooper (M1928 Thompson), Royal Commando (Sten MKII), PIAT (Bazooka), Bren Gunner (Bren MKI). Screenshot ni pula diambil ketika British ridge defense at the Battle of El Alamein melawan Nazi Germany. Ni syok jugak tapi sebab amount of tank Nazi ni bersepah, agak rumit jugak nak defence spawn point. Elok defend baik, tau-tau dah kena encircled sebab geng lain dah retreat ke belakang. Cb sungguh.
            Faction keempat ialah Nazi Germany. Tak seronoklah WW2 kalau takde deme ni. Huhu. Nazi seperti faction lain, pun ada enam kelas  - Officer (G43 + Luger), Riflemen (Kar98), Assault Trooper (MP40), Shock Trooper (STG44), Rocketeer (Panzerschreck), Heavy Machine Gunner (MG42). Screenshot ni pulak time defense of Omaha Beach melawan US. Map yang seronok kalau korang pakai Nazi, sebab kita defender and we simply wanted to stop the American from moving inland. Aku main kat map ni, US tak pernah dapat capture satu point pun. Haha
            Faction yang terakhir ialah Empire of Japan. Diorang unik sikit dalam game ni compare to other faction.  Why? Sebab diorang ada lima kelas je - Officer (Arisaka), Riflemen (Arisaka), Assault (Type 100), Support (Type 99), Banzai (Tanto Sword). Banzai Unit ni memang syok, hit point dia banyak and diorang ni pakai pedang je. Haha. Screenshot ni pulak time night assault against US Henderson Field at Guadalcanal. Map yang paling kelam kabut, satu sebab dah nama pun serangan malam. Memang gelap jugak, gambar ni pun sebab aku edit kasi terang. Yang kedua, strategic point banyak nak kena capture. Korang dah capture satu tempat tu, on the way nak pergi tempat lain. Yang tadi tu kena rampas balik. Kira rushing jugak lah map ni.
            Dalam game ni korang boleh guna beberapa vehicles yang ada depending on map. Ada tank, APC, jip yang boleh digunakan untuk deliver deadly blow kepada enemy korang. Cam dalam map ni, Batlle of Kursk. The largest tank battle in history of mankind pada tahun 1944 diantara Soviet Union dan Nazi Germany.

            Okay lah, to summarize game ni memang best. Gameplay memang senang nak hadam, siapa yang dah biasa main Battlefield 1942 punya stail CTF memang kacang goreng lah nak main Brass Brigade ni. Grafik cukup kemas walaupun cartoonish, audio memang best dengan suara letupan, battle yang real. Kalau pakai earphone memang rasa macam dalam real battle! Overall, aku bagi 9 out of 10. Good job to Mr. Kucab untuk game yang terbaik ni. Cuma kena tambah lagi map, player stats dan juga ada class Sniper. Then, baru I kasi full mark. Huhu 

            Buat korang yang minat game FPS macam ni, this is a must-try game!

            Sunday, December 29, 2019

            Kisah AKU n Lunch @ GH Corner Bukit Beruntung

            Assalamualaikum,

            Dua entri hari ni? Rare tu. Haha. Kebetulan ada cerita sikit ni, taip je lah. Si kecik tu pulak tengah tidur. Karang dia ajak main, langsung tak dapat pegang henset ni. Okay, nak share sikit pengalaman makan tengahari di sebuah restoran baru yang ada kat Bukit Beruntung ni. Takdelah baru sangat, ada je a few times pergi before ni. Tapi hari ni rasa nak update pulak, bukan apa business Melayu Islam ni kena support sikit. Tak salah rasanya nak promo restoran ni kan..:-)
            Pagi tadi aku ke Bukit Sentosa bersama family. Anak tak berapa sihat, so pergi Aniza Medical Center nak buat check up. Maklumlah, sekarang ni musim demam. Aku ni pun baru beberapa hari recover dari demam tonsil. Seksa bro tak makan nasi/mi seminggu. Pergi kerja je asyik nak marah orang je. Haha
            Dalam pukul 12, kami singgah Adenium Business Park cari makan tengahari. Pergi Pak Him penuh, lalu kat Sukhotai pun pack gila. Pastu aku cadangkan kat wife untuk lunch kat GH Corner ni. Dah lama jugak tak makan. Rasanya last time baru kahwin tahun lepas. Huu
            Tapi si Fariq ni belum boleh makan. Bulan depan baru boleh makan wetfood. 
            Seiring dengan kempen Buy Muslim First, aku memang ada Google pasal Global Ikhwan Sdn Bhd ni. Kalau nak tahu, diorang ni lah owner network restoran GH Corner ni. Merata Malaysia ada restoran ni and lucky for us, GH Corner Bukit Beruntung ni hanya 10minit je dari rumah kami melalui highway PLUS. Interior dalamnya memang kemas dan bersih, dan juga ada ruang VIP untuk suasana yang privasi.
            Ada akuarium ikan dekat ruang VIP ni. Nasib sampai awal, ada ruang lagi untuk kami kat sini. Bolehlah si Fariq ni tengok ikan-ikan. Huhu
            Amboi, tak puas lagi ke tengok ikan tu anak? Excited kemain budak ni..:-)
            Haha. Sampai terbeliak mata tu.
            Selfie dulu sementara tunggu makanan sampai. Sedih je muka Fariq dapat tengok je. Takpelah, nanti minum susu pun syok jugak..:-p
            Aku order Maqluba Kambing bersama Limau Ais tadi, wife pulak order Maqluba Ayam. Memang berpatutan harganya. Sepinggan RM15 berbaloi dengan portion daging kambing yang banyak dan lembut. Memang highly recommended.

            Untuk warga Hulu Selangor yang belum berkesempatan menyinggah restoran yang santai ni. Bolehlah ke alamat yang tertera dibawah ni dan rasai sendiri pengalaman bersantap didalam suasana taman ni.

            GH Corner Bukit Beruntung
            Lot 1G, Jalan Adenium 2G,
            Pusat Perniagaan Adenium,
            Bukit Beruntung, 48300,
            Selangor Darul Ehsan

            P/S: Kalah lagi Newcastle semalam lawan Everton. Takpelah, still nombor 11 dalam liga. Better luck next time. HWTL!

            Kisah AKU n RFID Fitment Center R&R Awan Besar

            Assalamualaikum,

            Cerita petang ni aku nak dedikasikan kepada R&R Awan Besar. Untuk sesiapa yang berulang dari Shah Alam/Klang ke KL melalui highway KESAS ni mesti familiar dengan tempat ni. Sini terletaknya salah satu port lunch yang famous - Ayam Kampung Hassan. Aku sendiri pun selalu jugak datang sini semata-mata nak pekena Ayam Kampung yang awesome ni. Okaylah, tak nak bermukadimah panjang. Jom lah straight to the point je.
            R&R Awan Besar ni sememangnya ada soft spot kat hati aku ni. Kat sini lah tempat first date aku dengan wife sekarang, ingat lagi dinner kat Ani Sup Utara sambil berbual kosong yang awkward. Tapi ada satu lagi benda yang buatkan tempat ni special dihati aku ni.
            Jom kita rewind back to August 2018. Aku merupakan one of pioneer PMO member didalam projek RFID Fitment Center. At that time, aku masih berada didalam BD tapi buat tugas ad-hoc membantu Matt, our project leader. Kami identified empat site yang berpotensi untuk menjadi pilot center terawal bagi projek ini dan bagi site A, iaitu R&R Awan Besar menjadi tugas utama aku since ia akan menjadi the company flagship center.
            Since site ni penting bagi reputasi Quatriz dimata Touch 'n Go, aku request budget kat management untuk buat renovation works melibatkan appearance shop lot ni supaya kenalah dengan status sebagai flagship center. Aku yakinkan bos yang kita akan rolling balik cost ni dalam satu bulan je (which exactly right!). Budget lulus walaupun ciput, tapi cukuplah untuk buat center ni nampak presentable kat public..:-p 
            31 Ogos 2018. Renovation complete, time tu lega gila sebab ngam-ngam je settle before launching. Tiga site lain memang takde masalah nak sebab takde kerja-kerja civil dan interior designing. 
            3 September 2018 - official launching of RFID Fitment Center R&R Awan Besar. Sambutan yang hangat dengan hampir 150 fitment dicatakan pada hari pertama kami beroperasi. Sampai beratur kat luar customer yang nak pasang RFID time tu. Site lain pun tak kurang hebatnya jugak. Touch 'n Go text the team and called it a very successful launching.
            As one of PMO, memang lega betul sebab semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut plan yang ditetapkan. For most of us, this is just the beginning of something bigger which is correct. Quatriz terus mendominasi market share RFID Fitment Center dengan membuka lagi 35 center, 15 diuruskan sendiri oleh staf kami while the rest is operate by our retail/mobile sub-agent.
            Aku pulak sekitar bulan Oktober 2018 effectively join the RFID PMO secara full time. Dekat site Awan Besar ni jugak aku selalu bertugas cover staff yang bercuti, sakit dsb. Tak dinafikan, ianya terbukti berguna bila aku start lead my own mobile team around March 2019.
            Tapi langit tak selalunya cerah, in July 2019 setelah hampir setahun menduduki takhta the largest RFID operator in Malaysia. Our performance dropped drastically up to the extent of the business is running at loss. Kami terpaksa menutup 14 center yang diuruskan oleh our own staff, leaving only site R&R Awan Besar dan network of retail dan mobile center sahaja. Eventually on 31 October 2019, RFID Fitment Center R&R Awan Besar menutup operasinya. Kalau ditanya, of course lah sedih. But, it's nothing personal. It's just business.
            Minggu ni aku memantau kerja-kerja reinstatement. Shop lot yang disewa ni hendaklah dipulangkan ke rupa kedai yang asal. I was there bila kontraktor dismantle pintu/dinding kaca RFID yang menjadi simbol keteguhan Quatriz yang sanggup ventured into unknown business dan menjadi one of penggerak sistem kutipan tol RFID di Malaysia ni. Well, takde Fitment Center korang nak tampal sticker tu kat mana Jon! Haha. Apa-apapun, I'm proud to say we are the pioneer of RFID Fitment Center and I'm one of the team..:-)

            P/S: Selasa ni handover kunci kat KESAS. Thank you very much for your support!

            Wednesday, December 25, 2019

            Kisah AKU n Star Wars: The Rise of Skywalker

            Assalamualaikum,

            Perghh, puas hati betul tak pernah rasa kepuasan yang amat. Akhirnya guys, Star Wars: The Rise of Skywalker dah pun berada di cinema Malaysia and kali ni, sadly aku tak dapat join first screening. Eventhough dari 2015 lagi tak pernah missed, aku kenalah belajar terima hakikat yang tak selama-lamanya aku dapat join maklumlah dah bergelar suami dengan bapa ni kenalah adjust masa sikit.
            Well, untuk kali ni aku ditemani my beloved wife. Fariq pulak mintak tolong mak ayah tengokkan petang tadi. Ni gambar nak menghantar si kecik ni kat rumah ayah. Sorry tau Fariq kecik lagi. Nanti dah besar sikit kita pergi tengok sama-sama. Sekarang ni pergi tengok Didi dengan Bro Mikail dulu. Huhu
            Kami sampai AEON Rawang sekitar jam 1.45 petang, nak cari parking pun dah 20 minit. Nasib baik masuk hall cite belum start lagi. Huh
            Ija ni dah dua kali Star Wars movie aku bawak tengok. First one tahun 2017 kami pergi first screening The Last Jedi, pastu a year later tengok Solo pulak. Basically, ni yang ketiga lah kami layan sama-sama. This time special sikit sebab dah jadi husband and wife. Huhu
            Semalam aku menggayakan Jedi Order shirt to honor the light side of the Force..:-)
            Selfie seround!
            2PM - kami dah berada didepan lobi TGV AEON Rawang. Kat sini takde lah semeriah macam kat KL nun. Tapi takpelah, dah tua-tua ni takdelah hype sangat nak bawak lightsaber, pakai cosplay segala bagai. Haha 
            Okaylah, this is SPOILER ALERT. Memang best Star Wars: The Rise of Skywalker ni. It's true. All of it. To summarize the spoil - Emperor Palpatine is back and dead again, together with his jaw dropping Final Order armada. Our beloved Princess Leia died peacefully and reunite with Han Solo. Our charming Lando is the Hero of the Resistance. Finn and Poe Dameron were both appointed as General in Resistance. Rey is surprisingly Palpatine's granddaughter and finally made Jedi Knight at the end of movie. Last but not least, Kylo Ren redeemed himself to the light side of the Force and died as Ben Solo after force heal Rey. Amacam, semua aku dah spoiled kan? Harap-harap takde orang baca. Haha. Verdict? Episod 9 gave a perfect conclusion of Skywalker saga and really deserve standing ovation. Kudos to JJ Abram and his team to make it worth watching..:-)
            Movie habis sekitar jam 4.30 petang. Alang-alang kat sini wife nak cari buku baru untuk si Fariq tu. Budak semakin membesar lagi banyak nak study..:-)
            Hujan lebat membantai bumi Rawang. Sangkut lama jugak kat sini tadi sebab parking dekat open area. Around jam 7 petang selamat tiba dirumah.

            Okaylah, nak tidur dulu tau esok kerja balik, untuk siapa yang nak tengok Star Wars: The Rise of Skywalker. Sila make your way to the nearest cinema, you will not be disappointed. Trust me. Trust the Force. Haha

            P/S: Baru boleh tidur dengan tenang. Huhu