Cerita petang ni aku nak dedikasikan kepada R&R Awan Besar. Untuk sesiapa yang berulang dari Shah Alam/Klang ke KL melalui highway KESAS ni mesti familiar dengan tempat ni. Sini terletaknya salah satu port lunch yang famous - Ayam Kampung Hassan. Aku sendiri pun selalu jugak datang sini semata-mata nak pekena Ayam Kampung yang awesome ni. Okaylah, tak nak bermukadimah panjang. Jom lah straight to the point je.
R&R Awan Besar ni sememangnya ada soft spot kat hati aku ni. Kat sini lah tempat first date aku dengan wife sekarang, ingat lagi dinner kat Ani Sup Utara sambil berbual kosong yang awkward. Tapi ada satu lagi benda yang buatkan tempat ni special dihati aku ni.
Jom kita rewind back to August 2018. Aku merupakan one of pioneer PMO member didalam projek RFID Fitment Center. At that time, aku masih berada didalam BD tapi buat tugas ad-hoc membantu Matt, our project leader. Kami identified empat site yang berpotensi untuk menjadi pilot center terawal bagi projek ini dan bagi site A, iaitu R&R Awan Besar menjadi tugas utama aku since ia akan menjadi the company flagship center.
Since site ni penting bagi reputasi Quatriz dimata Touch 'n Go, aku request budget kat management untuk buat renovation works melibatkan appearance shop lot ni supaya kenalah dengan status sebagai flagship center. Aku yakinkan bos yang kita akan rolling balik cost ni dalam satu bulan je (which exactly right!). Budget lulus walaupun ciput, tapi cukuplah untuk buat center ni nampak presentable kat public..:-p
31 Ogos 2018. Renovation complete, time tu lega gila sebab ngam-ngam je settle before launching. Tiga site lain memang takde masalah nak sebab takde kerja-kerja civil dan interior designing.
3 September 2018 - official launching of RFID Fitment Center R&R Awan Besar. Sambutan yang hangat dengan hampir 150 fitment dicatakan pada hari pertama kami beroperasi. Sampai beratur kat luar customer yang nak pasang RFID time tu. Site lain pun tak kurang hebatnya jugak. Touch 'n Go text the team and called it a very successful launching.As one of PMO, memang lega betul sebab semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut plan yang ditetapkan. For most of us, this is just the beginning of something bigger which is correct. Quatriz terus mendominasi market share RFID Fitment Center dengan membuka lagi 35 center, 15 diuruskan sendiri oleh staf kami while the rest is operate by our retail/mobile sub-agent.
Aku pulak sekitar bulan Oktober 2018 effectively join the RFID PMO secara full time. Dekat site Awan Besar ni jugak aku selalu bertugas cover staff yang bercuti, sakit dsb. Tak dinafikan, ianya terbukti berguna bila aku start lead my own mobile team around March 2019.
Tapi langit tak selalunya cerah, in July 2019 setelah hampir setahun menduduki takhta the largest RFID operator in Malaysia. Our performance dropped drastically up to the extent of the business is running at loss. Kami terpaksa menutup 14 center yang diuruskan oleh our own staff, leaving only site R&R Awan Besar dan network of retail dan mobile center sahaja. Eventually on 31 October 2019, RFID Fitment Center R&R Awan Besar menutup operasinya. Kalau ditanya, of course lah sedih. But, it's nothing personal. It's just business.
Minggu ni aku memantau kerja-kerja reinstatement. Shop lot yang disewa ni hendaklah dipulangkan ke rupa kedai yang asal. I was there bila kontraktor dismantle pintu/dinding kaca RFID yang menjadi simbol keteguhan Quatriz yang sanggup ventured into unknown business dan menjadi one of penggerak sistem kutipan tol RFID di Malaysia ni. Well, takde Fitment Center korang nak tampal sticker tu kat mana Jon! Haha. Apa-apapun, I'm proud to say we are the pioneer of RFID Fitment Center and I'm one of the team..:-)
P/S: Selasa ni handover kunci kat KESAS. Thank you very much for your support!
No comments:
Post a Comment