Monday, December 2, 2019

Kisah AKU n Nadia's Wedding @ Ampang

Assalamualaikum,

Cuti hari ni. Tu yang update petang. Aku kerja dari pukul 8 malam semalam sampai ke jam 5 pagi tadi nak menyiapkan satu tender. Alhamdulillah, siap jugak. Okay, nak cerita pasal event kahwin hari ni. Siapa kahwin? Moh le baca..:-)
Pagi Sabtu, aku dan Ija pergi open day Taska Ibu Manal @ Melatisari ni. It's time for us to find taska untuk Fariq. Tak boleh nak bergantung dekat mak untuk jaga anak kami ni. Mak pun bukannya sihat sangat.
Dekat je taska ni dari rumah kami, adalah dalam less than 10 minutes driving. Fasiliti pun okay, tenaga pengajar dan pengasuh pun meyakinkan.
Walaupun berat hati, tapi that's life. Nak mengharapkan aku sorang kerja, gaji bukan banyak pun. Serba salah pulak kat wife sebab kena kerja balik. Tapi aku dulu yang janji kata tak nak halang dia bekerja sebab muda lagi..:-)
Hari Ahad, sekitar jam 11 pagi lagi kami dah bergerak dari rumah ke venue majlis yang terletak di Ampang. As expected, memang jem sikit kat area Flamingo tu. Siap menyempat selfie seround tu. Haha
Excited Fariq nak pergi kenduri kawan ibu ye..:-)
Sampai around 12pm, kami terus masuk ke dewan utama untuk menjamu selera. 
Fariq pakai baju baru. Huu
Ada persembahan Silat, katanya pengantin lelaki mengajar silat. Fuu, dasyhat tu..:-)
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. 
Pengantin perempuan, Nadia tu rakan ofis lama Ija dulu dan juga rakan serumah. Kira okaylah ingat lagi nak pergi wedding ex colleague, yang aku ni tak tau lah apa cerita budak-budak ofis lama. Haha
Before balik, selfie dulu bersama family kecil aku ni. Amboi Fariq, garangnya muka. Tangan nak tumbuk siapa tu?
Balik pun jem. Cam siot je KL ni. Sampai rumah dalam jam 3.30 petang. Semua ketiduran. Aku lagi lah nak kena tidur, sebab malam tu nak bekerja lagi.
Malam tu sekitar jam 8 malam aku sampai dipejabat. Ada tugasan nak disettlekan bersama Ridzuan. 
Nasib baiklah ada mic ni, agak ngantuk terus on karok lah 2-3 lagu. Huu. Kami bekerja sampailah ke jam 4 pagi, wrap tender pastu terus balik rumah. Barai siaa.

Itu sahaja cerita untuk menutupi entri pertama Disember aku. Cuma tinggal berapa hari sahaja lagi untuk kita memasuki 2020. Camna, azam korang dah tercapai ke?

P/S: Newcastle draw lawan City. Memang terbaik game malam tu. Nice one Brucey lad..:-)

No comments:

Post a Comment