Saturday, February 25, 2023

Kisah AKU n Lawatan Fariq @ Balai Bomba Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Okaylah, anak-anak pun dah tidur. Aku sekarang ada kat Melaka ni, saja balik sebab petang tadi sempat hadir majlis persandingan rakan wife aku kat Ayer Keroh. Okaylah, nak cerita event minggu ni participated by my son, Fariq dan rakan-rakan taska dia. As the title suggested, diorang melawat Balai Bomba Bukit Sentosa yang merupakan event tahunan taska. Tapi aku rasa memang semua taska pun camni, time aku WFC dekat Rawang tu punyalah banyak truk bomba pusing-pusing bawak budak. Huhu
Cikgu memang dah bagitau seawal minggu lepas, tapi diorang boleh buat lawak pulak kata event tu hari Khamis instead of Jumaat. So lepas kerja je memang aku terus ke bookstore cari bahan nak buat seni. Dalam lawatan tu anak-anak kena serahkan apa-apa arts yang dibuat bersama ibubapa untuk diberikan kepada balai. Aku dah lah Rabu tu punya busy, sudahnya jam 11 malam jugak settle. Apa je seni yang hang buat Farid?
Sebuah diorama mini yang memaparkan empat anggota bomba sedang memadamkan kebakaran. Huhu. Buat benda ni 2 jam je beb! 
Ada jugak ada sketch something malam tu, basically untuk mengenang jasa anggota bomba yang terlibat didalam misi SAR di tragedi tanah runtuh dekat Batang Kali hari tu. Haa, yang ni pulak aku buat less than half an hour. 
Amacam kreatif tak air tangan ayah Fariq dan Iman ni. Kalau cikgu bagi saya sehari lagi, confirm lagi marvelous. Haha
Aku hantar anak-anak awal sikit before 8.30 since diorang dijadualkan bergerak jam 9 pagi. Naik van taska hari tu..:-)
Yang baby termasuk Iman duduk kat taska je lah ye. Huhu
Ketibaan di Balai Bomba Bukit Sentosa.
Sesi taklimat oleh pegawai bomba. Tah faham tah tidak budak-budak tu. Haha
Ada a few activities yang bebudak ni buat hari tu antaranya demonstrasi memadamkan api, dan juga beberapa latihan praktikal. Of course yang paling ditunggu diorang ni dapat meronda bandar Bukit Sentosa dengan fire truck ni. Ooi, aku pun tak pernah naik tau...:-p
Sesi penyerahan seni kepada pegawai-pegawai bomba. Muka ketat je si Fariq tu. Ce senyum sikit, menyombong je kerja budak sorang ni. Pfft
Bergambar kenangan sebelum balik taska.
Syok diorang dapat makan KFC. Huhu. Dalam jam 12, selamat sampai taska. Mission accomplished.
Yang ni selingan lah ye. Akhirnya dapat jugak kad TNG Visa aku ni. Memang function kad ni. Biasa kalau aku dapat elaun TNG E-Wallet, aku kena tinggu 1-2 working days untuk transfer duit tu ke bank or much worst kalau buat pukul 3pm keatas 3-4 hari. Tapi dengan kad ni, dah tak payah tunggu-tunggu. Kita boleh keluar duit kat ATM, or guna terus kat kedai yang accept EMV. Memang stailo, sampai ada budak 7-11 tanya aku ni kad apa. Huhu

So, itu je lah cerita malam ni. Hari pun dah nak hujan ni. Okaylah nak tidur, esok nak kena gerak balik Rawang. Malas nak balik petang takut jem, balik pagi sampaipun awal. Bolehlah buat apa yang patut.

P/S: Berdebar nak tunggu final Piala EFL, Newcastle menentang Manchester United ni. Semoga kemenangan berpihak kepada kita. Amin.

Sunday, February 5, 2023

Kisah AKU n Fariq's Warded at KPJ Rawang

Assalamualaikum,

As the title suggested, malam ni aku nak share satu unfortunate event yang berlaku minggu ni kat anak sulung aku si Fariq tu. Tapi before kita go detail, suka aku nak buka entri malam ni dengan satu event juga yang berlaku di HQ Touch 'n Go.
Hari Isnin aku kerja di office, so sempatlah join CNY event anjuran HR. Macam biasalah ada tarian singa dari lobi sampailah tingkat 9. Macam dalam gambar ni time singa tu menyinggah Level 6 iaitu House of Business & Growth. Huhu
Dapat limau Mandarin, dan juga angpow from boss. Xie xie. Lepas tu ada makan-makan dekat Level 3, turun pukul 12 memang ramai gila orang queue. Memanglah dah bergabung TNGSB dan TNGD, mana tak padat level tu. Sudahnya aku dan beberapa orang rakan turun dalam jam 1.30 petang. Time tu baru clear sikit dan makanan pun masih ada. Maybe diorang restock kot, takut jadi cam insiden time Christmas hari tu. Belum apa-apa makanan dah habis. Haha
Petang tu aku cabut awal, dalam jam 4 petang aku dah gerak ke Rawang nak pickup wife. Lepas Asar aku tergerak hati nak check kereta then terjumpa tayar aku dalam keadaan camni. Pfft. Tapi time tu memang rasa hal kecik je, so sudahnya drive je macam takde apa jadi..:-p
Time on the way nak pickup anak, pengetua taska call wife katanya ada accident dekat taska melibatkan Fariq. Katanya time tu Fariq tengah baring tengok TV, then ada sorang budak berlari dan terlanggar muka dia. Memang dalam jugak luka tu, aku yang tengok ni pun nyilu. 
So aku terus ke Klinik Wong & Singh untuk dapatkan rawatan. Sekali doktor sana cakap kena jahit daa, so dia buat GL untuk refer kes ni ke KPJ Rawang. Malam tu jugak aku pergi sana, sampai kat Emergency, doktor kata yang ni memang kena refer pakar ENT. Kebetulan memang wad pun penuh, so kami diminta untuk balik rumah dulu dan datang untuk appointment esoknya. Nasib lah dapat ubat jugak malam tu, at least takdelah sengsara sangat anak aku tu.
Iman sampai tertidur. Wife pun penat. Bayangkan from 6.30pm dari Sungai Buaya, dalam jam 9.30pm jugak settle malam tu.
Pishang. Huhu
Malam tu semua pun dah tak larat nak dine-in. So aku drive thru McD je, eloklah dapat Fariq makan bubur..:-)
Pagi Selasa, kami ke KPJ Rawang. Ayah yang drop sebab dia kata nak bawak kereta check tayar. Aku pun on je lah, memikirkan hospital ni parking pun limited.
Berjumpa dengan Dr. Dipak sekitar jam 11 pagi. Memang confirmed kena buat minor operation dan warded. Alhamdulillah, nasib baik Fariq ni cover insurans PruBSN. So guys, sediakanlah payung sebelum hujan..:-)
Kena sidai dengan KPJ, nak dekat 2 jam jugak nak menunggu GL approved. Last-last diorang suruh balik dulu dan akan call bila dah ready.
Pukul 7 petang akhirnya pihak hospital call katanya GL dah approved dan Fariq boleh masuk wad. Kami bertiga terus ke KPJ while Iman kami tinggalkan bersama mak ayah sepanjang tempoh Fariq warded. Dapat bilik single, ni antara privilege dari PruBSN untuk kami. 
Okaylah, buat pulak dua orang guardian dibenarkan menjaga. Aku pulak memang awal-awal dah standby nak tidur dalam kereta sebab memang ada dengar yang hanya seorang guardian je yang dibenarkan masuk regardless kelas bilik..:-)
Fariq sebelum ambil darah. Bukan main happy ye, ingat ni hotel ke? Haha
Selepas ambil darah. Sembab mata. Huhu
Sepanjang dia warded, aku dan wife beri kelonggaran sikit kat Fariq. Tengoklah henset tu puas-puas ye. Balik rumah nanti kena catu semula..:-p
Malam tu sempat lagi tengok Piala Liga Newcastle vs Southampton. Alhamdulillah, kami akhirnya berjaya mara ke final! Halangan terakhir ialah Manchester United pada 26 Februari. Semoga kami dapat merangkul kejuaraan pertama dibawah owner Pak Arab ni..:-) 
Pukul 11 pagi hari Rabu, Fariq dimasukkan kedalam Operation Theatre untuk menjalani minor operation dekat mulut dia. Time ni jugaklah aku dan wife baru dapat makan, ni semua sebab kami nak beri sokongan moral kat Fariq yang diminta berpuasa selama 6 jam sebelum operation. Huhu
Jam 12 tengahari, Fariq selamat menjalani operation. Time ni dia mamai lagi..:-)
Lepas makan, baru nampak bertenaga semula anak teruna aku ni. Lapar kot, tu yang lemau je
Mak ayah ada datang melawat hari tu since Fariq kena tahan satu malam lagi untuk monitor keadaan dia.
Iman pun ada datang jugak. Rindu kat abang dia tu. Huhu
Hari Khamis sekitar jam 5 petang, akhirnya dapat discharged. Alhamdulillah syukur.
Singgah Marrybrown Sungai Choh nak carikan Fariq bubur ayam.
Dah nak main playground pulak budak ni. Takpelah, tengok dia aktif balik pun dah cukup okay..:-)
Minggu ni kami tak kemana pun, duduk rumah je sambil melayan anak-anak (sebenarnya dah lari bajet bulanan. Haha) Ada budak nak mandi kolam so layankan je lah. Ni yang si kecik ni pun nak join jugak ke? 
Okay boleh join, tapi abah pegang je.
Ibu pun join jugak, rasanya aku nak buat tirai lah kat sini. Takut ada yang mengendap, tak pasal-pasal viral pulak. Haha
Chill dipetang hari. Cuaca pun nyaman, memang layanlah berendam tadi
Malam kami ke Marrybrown lagi, kali ni bawak si Iman sekali. Macam biasalah beli bubur yang besar gedabak ni. Satu mangkuk makan 3 orang pun tak habis.
Dah makan nugget pulak hang ni? Takpelah, maybe mulut dah okay sikit. 

So itu sahajalah cerita minggu ni. Macam-macam hal - tayar cracked, Fariq warded. Nasib baiklah bos dan colleague sekarang ni jenis yang memahami jugak. So most of kerja pun well-covered, cuma ada beberapa area yang perlukan expertise aku je yang pending tapi tak sebanyak time aku paternity leave dululah. Itulah dia pengalaman kami di KPJ Rawang. Nice hospital with an excellent facilities, friendly staffs dan juga good service. Okay lah, ada satu jam lagi before EPL match Newcastle menentang West Ham. Let's play some game dulu.