Assalamualaikum,
Dah lama benor teman tak review games ni. Maklumlah, main game lama je. Laptop yang ada sekarang ni pun mana boleh tekan sangat, nanti mula lah jem. Henset pun main game ala kadar je. Baiklah, di pagi Khamis yang hening ni suka aku nak share pengalaman aku bermain satu mobile game iaitu
Steel & Flesh II or dalam entri ni kita singkatkan SFII.
Hari tu boring-boring aku scroll
PlayStore, nampak cam syok game ni mengingatkan aku kepada
Mount & Blade yang jadi favourite aku time belajar di UiTM dulu. Since nak download
M&B pun takde mood, aku putuskan untuk try game ni. Main menu untuk game ni quite simple. Nak main baru klik New Game, Continue Game untuk menyambung progress. Language untuk pilih diantara 12 bahasa yang ada. Options untuk set graphic, audio, control dsb. Klik What's New untuk tahu apa latest update dan last sekali kredit.
Of course, benda pertama korang kena buat adalah pilih atau create character. Since at the late stage nanti korang diberi pilihan untuk jadi pemerintah, awal-awal ni kena bagi nama dekat kerajaan bayangan korang tu. Finally before start the game, you all kena pilih dekat kerajaan mana korang nak spawn.
Disclaimer: Since time aku terfikir nak update entri ni pun dah main campaign setengah jalan. So, kebanyakan gambar dalam ni time aku dah berjaya menjadi seorang komander dan juga ada considerable asset. So, quite berduit jugaklah compare dengan time mula-mula main dulu.
Yup, that's me. Nama diberi Farid al-Din Ghany, Keunikan Islam yang Maha Kaya. Nama propa bhai! Sorry lah, time ni gua rekrut askar elit je. Huhu. Level pun dah tinggi. 50 orang elit ni pun dah cukup nak hancurkan satu full stack army which is around 80-120 orang.
Aku memilih
Emirates of Seljuk sebagai nama kerajaan bayangan. Satu, sebab aku tak berniat nak jadi Sultan. Jadi
Amir pun cukuplah. Yang kedua sebab aku memilih untuk spawn didalam kerajaan Muslim, nama kenalah Islamik sikit..:-)
Ya, ni lah kawasan jajahan takluk Dinasti
Ayyubid. Awal game aku dah bagi sumpah taat setia kat Sultan Saladin and currently aku berkhidmat sebagai Komander Timur dibawah Putera Al-Mansur. Bukan bapak Rosmah tau. Huhu. Ada 20 kerajaan yang korang boleh pilih mengikut cita rasa. Nak command
Roman Legion, pilihlah
Byzantine. Nak jadi
Samurai, pun takde masalah boleh pilih
Ainu or
Kamakura, dan banyak lagilah. Map memang besar, meliputi seluruh dunia kecuali Benua Amerika.
Jerusalem adalah ibu kota Kerajaan
Ayyubi. Awal permainan aku selalu camping atas bukit tu, cuba intercept robber/bandit or musuh kerajaan. Kat sinilah pelan-pelan kita naikkan level, so that worthy dimata komander lain.
Ni lah bos aku, selalu dapat arahan daripada Al-Mansur ni untuk scout area, capture village dsb.
Okay, jom kita tengok satu-satu apa yang bestnya dalam game ni. Setiap town/fort yang korang pergi mesti ada akses untuk beberapa tempat. Pertamanya dah tentu market. Kat sini korang boleh beli barang-barang keperluan untuk askar macam makanan, armour, horses, siege weapons, weapon. Boleh jugak trade apa benda yang ada dalam inventori korang tu.
Kalau korang ni jenis
pacifist, iaitu orang yang cintakan keamanan. Kira acah nak guna cara lain untuk berjaya dalam game ni for example jadi businessman. Takde masalah, korang boleh beli tanah, dan buat production ternakan, besi dan sebagainya. Tapi leceh sikitlah sebab nak kena restock haiwan, resources dan juga barang keperluan kilang macam gambar-gambar kat atas ni.
Or kalau nak mudah, beli tanah dan biar orang lain manage. Cukup hujung minggu kita kutip untung je. Macam aku sebab selalu habis masa berperang, memang ni cara ideal untuk ada simpanan tetap hujung minggu.
Ni lejar kewangan aku, nak bayar 50 elite soldier tu dalam 7k jugak. Tapi sebab ada fixed income, memang positif je akaun ni. Hihi
Dekat Town, kalau kebetulan ada festival. Pemerintah akan buka
Arena. Kat sini korang boleh berlawan macam dalam cite
Gladiator tu. Siap boleh buat self gambling lagi..:-p
Kat sini korang boleh go thru squad information. Fighting spirit kalau low can cause desertion. So, make them happy dengan continuously berperang, or buat makan-makan, or share harta rampasan. Food stock kalau kurang juga akan membuatkan askar lari, terus restock makanan. Squad stamina ni pulak refer tu level of kepenatan. Too much fighting pun tak boleh jugak, so rehatlah kat mana-mana town or paling senang camping je. Tapi tak terjamin lah, maunya kena ambush. Huhu
Ini pulak player information, fame ni refer to popularity korang dalam World. Lagi banyak menang battle, lagi mahsyurlah nama korang tu. Respect ni akan naik bila korang berlaku baik dengan prisoner. Lepaskan tawanan perang respek naik, jadikan diorang hamba or jual akan berkurang. Aku ni suka jual, tu yang sikit je. The right of throne ni pulak lagi banyak, lagi cepat korang boleh bina kerajaan sendiri. Tapi, nanti automatically korang akan berperang dengan old master. Lords support ni pulak ialah kepercayaan lord lain tak kisah lah dari
Ayyubid or lain. Lagi banyak, lagi senang korang nak rekrut lord masuk kerajaan korang nanti. Dalam SFII ni aku tak pernah dapat lagi, komen aku ni based on experience main
Mount & Blade. Aku rasa sistemnya sama je.
Kapal memang main peranan, sebab dalam game ni kadang-kadang kena travel jauh. Laluan air ni biasanya takde musuh sangat compare lalu jalan darat. Macam aku memang beli kapal paling laju. Senang kejar orang, dan juga senang lari kalau sebaliknyalah. Haha
Baiklah, jom tengok grafik time pertempuran pulak. Tak dinafikan memang sebijik dengan
Mount & Blade. Technically ada tiga jenis battle kat dalam SFII ni. Pertama, open battle iaitu pertempuran di open field. Yang ni paling syok sebab ada pelbagai kelas tentera ada. Infantri, kavalri, pemanah. Syok battle, boleh configure kalau henset power buat maximum. Maknanya ada up to 300 soldiers pada satu masa. Kalau henset zaman purba, buat minimum 30 soldier per battle pun dah syok.
Yang kedua naval battle. Lawan atas kapal. Memang best kalau korang outnumber tapi askar terdiri daripada kelas elit. Elite spearmen buat defensive wall, elite archer duduk belakang, elite swordmen jaga flank. Aku sebagai komander tengok je lah the massacre..:-)
Yang terakhir sekali ialah siege battle yang terdiri daripada 3 jenis tempat. Village, port dan juga town/castle. Ni gempuran tentera
Ayyubi keatas sebuah kampung Byzantine. Ni level senang je.
Haa, yang ni menguji kekuatan sikit - attack of Port Barca. Jenis ni lain sikit, kita start dari dalam kapal. Landing dan terus menggempur pertahanan pelabuhan tu.
Yang susah bila kita nak serang bandar or castle. Pertahanan memang kuat dimana musuh ada catapult, askar diorang pun level expert/elit jugak. So, kena make sure time nak serang tu kita adalah a variety of siege weapon such as catapult, siege tower, battery ram. Biasanya nak nak capture town/fort ni elok join sekali dengan komander lain macam dalam gambar ni. Biasanya yang top rank general ni ada banyak siege weapon, boleh lah tumpang nyorok dalam tu..:-p
After each battle, korang akan seize harta rampasan dan tawanan perang yang eventually boleh dijual di market. Ni pun cara cepat nak buat duit, tapi kejam lah.
Atas ketaatan yang tak berbelah bagi kepada Sultan dan Empayar, akhirnya Komander Farid al-Din Ghany dianugerahkan Kota Alanya di Timur Damascus. Tak taulah nak happy ke tak, sebab ni first line of defence. Kanan ada
Khwarizmi, kiri ada
Byzantine, tengah ada
Mongol. Ke saja nak bagi aku mati ni? Takpelah, kalau kena serang retreat je lah. Bhahaha.
Bergambar kenangan dihadapan rumah, betul-betul belakang tembok pertahanan utama. Huu
To summarize, game ni memang best walaupun ada a few features yang missing, contohnya ability untuk communicate dengan NPC dalam town, owned companion, claimant, marriage. If ada features camni mesti lagi bertambah mantap gameplay SFII ni. Overall, aku bagi 4 star. Good job Virtual Studio untuk game yang awesome ni. Definitely memberikan nostalgia untuk player Mount & Blade macam aku ni dan it's now on mobile!
P/S: Dengarnya esok ada meeting dengan Quatriz. Haha