Update untuk minggu lepas, minggu keempat kita berada didalam MCO. Trend COVID-19 nampaknya semakin berkurang, tahniah kepada Dr. Hisham dan pasukan KKM, tak lupa jua kepada taskforce MKN serta PDRM, ATM dan jua badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang mengembleng tenaga bagi mengekang wabak ni dari terus merebak di Malaysia ini.
Minggu lepas bro shave bagi clean sikit muka ni. Tapi rambut tu dah tebal sangat. Nak gunting dengan barber agak berisiko lagi, nak gunting sendiri alamatnya botak lah. Haha
Selasa Fariq ada check up kat Klinik Desa Sg Buaya dalam jam 11 pagi, Ija je yang masuk dengan si kecik tu since aku ada kerja nak disettlekan. Ni namanya work from car..:-P
Muka budak lepas kena cucuk. Nurse kata tak nangis, good boy. Aku ni kalau jarum lemah sikit, huu.
Masih bekerja cam biasa, aku pun memang dah adapt dengan WFH ni. Bangun pagi bukak laptop, kasi on Teams, tengok pending works dan calendar kalau takde job or meeting memang sambung tidur balik. Haha. Kalau ada meeting tu memang terus mandi, breakfast je. Yang bestnya, minggu lepas aku dapat laptop dari company. Sanggup diorang hantar pakai Grab Express. Introducing my new laptop, DELL Latitude yang compact ni sesuai untuk orang business cam aku ni. HuuMenghabiskan masa untuk setup laptop ni. Laptop baru bhai, memang dalam laptop ni ada software basic je..:-)
Khamis lepas try conference call dengan ex-colleague di Quatriz, maklumlah nanti anytime je kami panggil diorang present pasal RFID Home Fitment tu. Siapa je yang kau call Farid?
Haha, si brader ni lah siapa lagi. Bro ni kan dah masuk team RFID PMO Quatriz..:-)
Hujung minggu aku beraksi didapur. Huhu, dah lama tak buat my famous burger ni tapi roti takde. Jadinya naked burger je lah. Haha. Apa yang specialnya burger hang ni? Ada dua keping daging burger yang mengapit keju cheddar yang cair ditengahnya. Dilitupi seasoned omelette yang dimasak sekali dengan a lot of caramelized onion. Fuhh, syahdu beb.
Minggu lepas aku tak keluar beli groceries pun sebab stok banyak lagi. Yang syoknya gaji bulan March yang lepas pun dah selamat masuk. Memang bersemangat sikitlah nak hidup time lockdown ni. Walaupun selesa mana kita hidup didalam rumah, janganlah kita lupa pengorbanan frontline kita yang bertungkus lumus bekerja di medan perang diluar sana. Ingat, duduklah dalam rumah untuk menyenangkan lagi kerja deme. #KitaMestiMenang
P/S: Nampak macam dah jadi je pak Arab tu nak beli Newcastle. Makin bertambah lah lalang dengan plastic fan nanti. Haha
No comments:
Post a Comment