Thursday, July 2, 2026
Kisah AKU n WC2026 - Wk3
Kisah AKU n Goodbye Miss Dell
Assalamualaikum,
Siapa Miss Dell tu? Haha. Ni nickname laptop aku dekat TNG. Yup as the title suggested, laptop ni aku kena serahkan balik ke IT Department as a part of Technology Refreshment initiative, iaitu mana-mana staf yang dah pakai laptop lebih lima tahun, layak untuk dapat replacement dan aku merupakan salah seorang ystaf bertuah. Huhu
Kisah AKU n Salam Maal Hijrah 1448H
Assalamualaikum,
Sementara tengok England versus Congo ni, elok jugak update entri untuk cerita minggu lepas. Seperti yang you all tahu, Rabu lepas merupakan cuti Maal Hijrah.
Seperti biasa Masjid ar-Rahmah kat sini memang ada organize event. Dan untuk tahun ni, penceramah jemputan yang diundang ialah tak lain tak bukan - the DUKE himself. Siapa tu? Sudah semestinya Dato Ustaz Kazim Elias yang membawa topik: Hijrah Hati, Hijrah Kehidupan
Sudahnya, lepak sini pekena Teh Tarik, while budak dua orang ni aku beli air vending machine..:-)
Ni pulak cerita Sabtu lepas. Eh sejak bila kelas swimming hari Sabtu, bukan Ahad ke? Wife tukar jadual minggu lepas, gara-gara nak tengok Portugal main pagi Ahad tu. Haha
Habis kelas jam 11AM. Wife pun shift kelas Seni diorang ni jugak pukul 2PM. So ada masa lagi, korang berkubanglah dalam pool ni dulu
Aik, tak habis main lagi?
Dalam jam 12 tu baru kami bergerak menuju ke Anggun City. Since ada dua jam lagi, kita lunch dulu di Raintown Kopitiam. Biasanya setiap Ahad, aku dan cik isteri lepak kat Bungkus Kaw sementara tunggu the kids ni habis kelas, laa ni lain sikit.
Masuk AEON jap, nak cari sweater untuk Iman. Maklumlah, dalam kelas tu sejuk jugak. Yang ada sekarang dah kecik. Datang sini nak beli jaket, tapi keluar dengan toys. Haha
Lepas hantar diorang jam 2 petang, kami pun lepak lah dekat ZUS nak menunggu sampai pukul 4. Wife ada kelas online, aku pulak cam biasalah - check emel yang ada.



















