Assalamualaikum,
Lama tak update blog En. Ferdi?
Haa, ni lah sebabnya. Minggu lepas for the whole week aku diserang demam selsema. So, memang takde aktiviti sangat yang aku buat. Hujung minggu pun duduk rumah. Bernasib baik sebab dah tak payah pergi kerja so boleh rehat membungkang kat rumah. Minggu lepas jugak memberi aku ample time untuk membuat persiapan ke temuduga PTD M41 walaupun didalam keadaan yang kurang sihat. Seperti yang korang sedia maklum, aku telah pun melepasi dua halangan didalam kemasukan ke PTD tahun ni, peperiksaan online dan juga PAC dan alhamdulillah, aku diberi peluang untuk masuk ke halangan yang ketiga - temuduga. Jadi, di entri ni aku berhasrat untuk mengkongsi pengalaman aku bertemuduga untuk jawatan eksklusif dalam kerajaan ini.Lama tak update blog En. Ferdi?
Temuduga aku dijadualkan pada pukul 11 pagi, tapi seawal 6.30 pagi lagi aku dah keluar rumah. Tugas pertama, menghantar kakak aku ke pejabat dia di Bangsar. Kemudian aku bergerak ke Pejabat SPA di Jalan Cenderasari dimana temuduga itu dijalankan.
Sampai around 8AM, tapi tak nak register dulu sebab tak ready. So, aku lepak dalam kereta sampailah pukul 10. Lepas register, terus diarahkan ke Dewan Temuduga di Aras 2. Nervous gila beb! haha
Tapi nervous tu sekejap je, bila berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan ketika PAC di INTURA. Ada 6 calon dari INTURA, yang 2 lagi aku terserempak sebelum nak daftar. Perkenalkan dari kiri - Dhiyauddin (room-mate), Ashraf (bestfriend kat sana) dan Iqmal (group-mate)..:-)
Okay, jom kita ke main content dalam entri ni - apa yang ada dalam temuduga aku ni?
Okay, jom kita ke main content dalam entri ni - apa yang ada dalam temuduga aku ni?
Walaupun sesi pukul 11, nombor aku dipanggil sekitar jam 1 petang. Ye lah, nama pun interview. Takkan lah 10 minit je, mesti habis-habis pun setengah jam satu calon. Buat pulak register lambat, memang dapat nombor last lah untuk Panel 06 tu. Masuk je bilik interview, aku menyerahkan required document kepada Panel. Ada dua orang, satu dari SPA dan another one from JPA. Selepas itu bermula lah sesi interview aku bermula dari soalan:
- Pengenalan Diri - Simple je. Kenalkan nama, umur, tarikh dan tempat lahir. Education background, extra co ketika belajar dan juga ringkasan kerjaya.
- Cabaran dalam pekerjaan dan bagaimana kita menghadapi cabaran itu.
- Huraian Ringkas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?
- 8 Teras PTD dan teras mana yang kita nak berkhidmat, iaitu Kementerian mana?
Selepas ditanya mengenai Kementerian yang dipilih. Soalan-soalan Panel kebanyakan dituju kearah pengetahuan kita mengenai Kementerian tersebut, isu semasa dan juga knowledge kita mengenai Kementerian itu.
- Kenapa memilih Kementerian Luar Negeri?
- Apa kekuatan yang kita ada untuk mereka memilih kita didalam Kementerian itu?
Jika kita menjawab knowledge yang tinggi didalam soalan tu. Maka kita akan dihujani dengan pelbagai soalan berkait dengan Kementerian tu..
- Terangkan Dasar Luar Negara Malaysia dari Zaman TAR hingga DSN?
- Apa itu ASEAN?
- Huraikan ASEAN Economic Community dan kepentingan kepada Malaysia
- Apa itu TPPA?
- Berikan impak negatif TPPA kepada Malaysia?
- Terangkan mengenai Regional Cooperation(kat sini kena psiko beb..haha)
- Berapakah Malaysian foreign mission yang ada di dunia?
- Kenapa jumlah Singapore foreign mission lebih kecil berbanding Malaysia?
- Apa itu Konsul?
Haa, tu lah dia kawan-kawan. Risiko yang kita kena ambil kalau meletakkan ilmu yang kita ada menjadi taruhan. Alhamdulillah, memang makanan aku dan soalan-soalan yang diberi semuanya aku jawab. Tapi tak sure macam mana Panel interpret, sama ada berpuas hati atau tidak. Itu aku serahkan kepada Allah. But it doesn't matter, korang letak kekuatan dari segi komunikasi ke, apa ke. Aku yakin memang dia akan tanya soalan berkait macam ni. Panel memberi peluang kita bertanya soalan dan kemudiannya bersurai. Aku keluar dalam jam 1.30. Rasa sekejap je aku dalam bilik tu, tapi kawan-kawan kata bukan main lama aku dalam tu..haha
Habis je sesi temuduga, aku tunggu giliran Ashraf. Lepas tu sambung bersembang dengan dia kat Lobi sampai nak dekat pukul 3 petang. Bukan apa, aku ada tugas lagi yang nak kena buat ni. Tapi apa-apa pun, kita selfie satu round..huu
Haa, ni lah tugasnya. Patah balik ke Bangsar, ambil Along from kerja. Luckily dia balik pukul 4 semalam. So, sesak pun dalam bandar, lepas je Istana Negara clear dah jalan dan kami sampai ke rumah dalam jam 5 petang.Tu lah pengalaman aku menjalani temuduga PTD M41. Memang menguji ketahanan mental dari segi bagaimana Panel menguji kita dengan melontar pertanyaan bertalu-talu, dan membuatkan kita berasa ragu-ragu dengan pendirian kita. Memang bersyukur sangat dah sampai ke stage terakhir ni walaupun ini kali pertama aku dipanggil. Apa-apapun keputusan interview ini, aku serahkan kepada Allah. Aku redha dan terima dengan seikhlas hati. Akhir kata, selamat maju jaya kepada agensi yang terlibat didalam pengambilan Kadet PTD pada tahun ini, terutamanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima Kasih!
SO dpt x job ptd ni?
ReplyDelete