Monday, April 11, 2016

Kisah AKU n Ifah's Wedding @ One City

Assalamualaikum,

Petang semalam aku menghadiri sebuah majlis perkahwinan rakan seperjuangan ketika menuntut di UiTM dahulu. Rasanya korang sedia maklum kan pasal majlis ni melalui entri reunion di NU Sentral about a couple weeks back? Alah, yang aku dapat kad bercetak tu. Haa, takpelah tak payah struggle nak buat-buat ingat. Baca je lah entri ni..:-)
Berbaju serba merah dan bersongkok hitam (mengikut tema lah konon, ni semua Abang Nezam punya kerja), aku gerak dari Rawang sekitar jam 11.45 pagi. Nasib baik lah ada GPS kereta ni, so tak payah susah-susah nak mapping guna invitation card ni..
Tiba di One City, USJ tepat jam 12.45 tengah hari. Call budak-budak lain, semuanya belum gerak dari rumah masing-masing. Sudahnya nak dekat sejam jugak aku tunggu dalam kereta tu..:-p
Majlis berlangsung di Grand Ballroom Level 4, The Place - One City berhadapan SkyPark. Yang diorang tadi boleh terkonfius naik Level 4 kat Skypark tu, memang takde apa-apa lah kat sana..haha
Nice table decoration. Eh, macam kenal je makhluk dalam gambar ni? Okay, jom aku perkenalkan rakan-rakan seperjuangan yang turut hadir memeriahkan majlis tadi.
Muhaimin, datang dari Kuching semata-mata untuk sama menyaksikan hari bersejarah rakan kami, Afifah.
Afiqah dari Kelana Jaya, and our Prince of Setiawangsa , Rizki. Diorang bertiga datang satu kereta tadi. Gambar ni memang funny sebab time tu Rizki kena pitch join MLM dengan Auntie Who? Aku pulak buat-buat bersembang business dengan Iqa to avoid being pitch as well..haha
En. Ferdiansyah dari Rawang. Dia ni yang paling jauh tadi, but the earliest yang sampai. Eh, mana our god-brother yang sepatutnya tetamu paling penting? Entah lah - WhatsApp tak reply, call tak angkat. So we assumed he's MIA for the whole day.
Cantik kan pelamin ni? Kudos to the designer, simple yet eye catching! 
A formal picture with Raja Sehari yang diraikan semalam. Pn. Afifah dan juga pasangannya En. Zikri..:-)
Selfie satu round dulu!
Bergambar bersama En. Zikri. Amik berkat raja sehari..hee
Iqa with our stunning Ifah, Queen of the Day!
Bila ada majlis perkahwinan melibatkan batch ni, memang masa yang sesuai sangat untuk berjumpa dengan kawan-kawan satu batch yang lain even though not in the same class. Introducing, Zulhilmi Zabri in far right, selalu spar badminton dengan dia kat court Perindu.
Roommate in my Asasi day, Khaliq. Sekali tengok dah macam YB bergambar pulak aku ni..haha
With Muhaimin. Ramai lagi lah our batch yang datang memeriahkan majlis tadi, tapi tak sempat nak bergambar. Mana taknya, diorang nak balik, kitorang baru nak makan..:-)
Eh-eh, baru tinggal henset sekejap kat tangan si Rizki ni. Sempat lagi selfie tu..huhu
Around 4 PM, kami berempat meninggalkan dewan dan bergerak ke our next stop. Nak pergi mana?
Sambung mengeteh kat Old Town sambil bersembang mengenai progress hidup kami selepas bergraduat dan juga future plan. Macam aku dan Iqa, we left UiTM about 2 years back and sejak tu kami dah bina solid foundation in our career, cuma setakat ni aku terkandas (being retrenched last week) but I promise - I'll bounce back! When life give you hard time, don't ever say "Why Me" but always keep positive and think "Try Me, Try Me Harder". Muhaimin and Rizki had just graduated from LLB and I'm sure they will commence their career soon..:-)
We dismissed at 6PM, I made my way to Shah Alam. Ada plan lagi yang tak settle ni..hehe
Tu diaa, sambung melepak lagi dengan Brotherhood Shah Alam. Last jumpa diorang bulan 8 tahun lepas, dan sekali dah jumpa tadi memang tak ingat dunia lah bersembang. Dari jam 8 malam sampailah nak ke pukul 12.30!
Muka rabak dah sebenarnya. Dari pagi sampai ke tengah malam berjimba. Balik tadi lalu Guthrie pun dah tak fikir apa. Lantak lah orang kata highway ni haunted ke, yang penting aku nak sampai cepat. Tapi kan nak dijadikan cerita, kat pertengahan jalan somewhere between Bukit Jelutong - Elmina, dalam jam 12.45 tengah malam, aku tercium bau busuk beb! Dah la jalan punya gelap, kereta aku sebijik je sepanjang jalan tu. Sumpah menggigil gua pegang stereng tadi sambil keeping my eyes front. Time tu baru ada akal nak fikir, bengong betul ko ni Farid..:-p
Alhamdulillah, selamat sampai rumah kira-kira jam 1.05 pagi. Lepas ni rasanya kalau dah lewat sangat, better ikut PLUS je. Lambat sikit pun takpe, asalkan ada kereta banyak kat situ. By the way, thanks Ifah untuk goody bag ni.

Okay lah guys, nak tidur sekejap. Kot lah kena hantar ayah kerja pagi ni since Along MC. Buat Saudari Afifah dan Saudara Zikri, selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah dan ikatan korang berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

No comments:

Post a Comment