Wednesday, November 27, 2019

Kisah AKU n Happy Birthday 2019

Assalamualaikum,

Alah, lambat sehari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2019 ialah hari ulangtahun aku yang ke 27. Haha, tiga tahun lagi nak 3-Series ni. Untuk tahun ni, yang pertama wish tentunya cik isteri dan anak (tepat pukul 12 tu, haha!), followed by mak (1.30 pagi), Along (6.40 pagi), adik (6.45 pagi) dan ayah sekitar jam 8.30 pagi. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje (Afiq, Dolah), followed by friends from group Penyet Deq (Chey, Mok, Ijat Jamal, Shakir, Ijat Paan, Syawal, Aizat). Thank you guys!
Celebration tahun ni memang agak bermakna. Why? Huu, dok tanya lagi. Mestilah lain. Tahun ni celebrate dengan cik isteri dan anak tersayang pulak. Celebrate kat Rawang je pagi tadi. Sanggup amik cuti tau. Selain nak celebrate birthday boy, hari ni aku nak menguruskan urusan nak membuka akaun Tabung Haji untuk si Fariq ni. Sampai Tabung Haji Batu Caves sekitar jam 10.30 pagi, settle je terus bergerak ke destinasi seterusnya, AEON Rawang.
Sampai je kami bersiar-siar dulu kat dalam ni, sambil nak menunggu perut lapar..:-p
Selfie with the love of my life..:-)
Masuk AEON nak shopping baju baru. Tengok bukan main seronok budak kecik ni..:-p
Eh, kenapa bukan birthday boy yang dapat baju baru? Haa
Ibu saya nak tengok sendiri lah! Hee
Haa, elok pun kena dukung, pergilah tengok baju yang awak nak tu. Haha
Singgah tempat toys, Fariq nak Darth Vader ke Kylo Ren? Apa dua-dua dark side ni bro, salah ajaran ni. Huu
Okay dah lapar, jom makan kat port biasa - Spices of Penang. Wife suka sangat makan kat sini sejak mengandung kan si kecik ni lagi. Lepas lunch je kami terus bergerak pulang menuju ke rumah. 
So, 27. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, masih lagi bekerja di company yang sama walaupun always put me in dilema kat sini. Myvinium Falcon pun dah 5 tahun dengan aku. Rumah masih lagi sangkut dekat grant ownership, kena kencing lagi lah kot after PRU14 hari tu. Haha. Latest highlight dalam hidup aku tahun ni sudah tentunya dengan kelahiran Fariq Ilham pada Julai 2019 yang menceriakan lagi rumah tangga yang dibina bersama Ija. Apa-apapun kami mengharapkan agar rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.

Sunday, November 17, 2019

Kisah AKU n Biz Trip @ Lumut, Perak

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak share sikit another outstation story. Seronok betul kan asyik keluar office je, kali ni kemana pulak tu? Bulan 9 ke Penang, bulan 10 Johor, laa ni Perak pulak.
Since meeting pagi Jumaat, seawal malam Khamis lagi aku plan untuk bergerak ke Perak ditemani seorang staf BD, Ridzuan. Malam tu hujan lebat, so kitorang lepak dulu kat rumah aku sebelum bertolak. 
Kami berdua gerak dari around 10 malam, sampai di hotel penginapan, Brezza Hotel @ Lumut sekitar jam 1.30 pagi. 
Nice hotel ni, tapi katil kena share lah. 
Aku ni kalau ikutkan dah quite exhausted sebenarnya. Bayangkan Rabu lepas pecah rekod sleepless yang dipegang tahun lepaa. This time, 33 jam without sleep untuk menyiapkan tender JPN.
Pagi tu kami ke venue meeting di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut. Ada tender briefing dan site visit kat sini untuk kami bid.
Mission accomplished sekitar jam 11.45 pagi. Ni baru nak mencari breakfast since tak sempat pagi tu sebab terlewat bangun. Jalan punya jalan dari Lumut, lalu Manjung then Ayer Tawar sampailah ke Titi Gantung. Haram jumpa kedai makan bukak. Kalau ada pun kitorang terlepas. Haha
Last-last decided berhenti kat Pekan Bota Kanan, pekena Mee Rebus Kedai Junit. Eh macam kenal je nama tempat ni?
Haa, mestilah. Bota Kanan kan my hometown. Singgah jap kampung halaman menziarah Opah. Yang si Ridzuan tu elok tidur lena kat atas. 
Seronok brader ni dapat merasa pengalaman duduk kampung. Next time kalau dapat job ni kita tidur sini je der. Jimat pun jimat. Huu
Okay, time to say goodbye kat Opah untuk short visit aku kat sini..:-(
Bergambar kenangan dengan Opah tercinta. Ajak balik rumah, tapi tak nak pulak. Hmm
Kami meminta izin Opah untuk memulakan perjalanan pulang ke KL sekitar jam 2 petang. Since dah makan, memang straight je lah hala tuju kami semalam. 
Sampai Rawang jam 5 petang, drop Ridzuan kat rumah then terus menuju ke Sungai Choh pick up my wife pulak. Dah nak masuk bulan kedua wife jadi super mommy ni. Proud of you, dear.
Pagi Sabtu pulak aku dan keluarga balik kampung Melaka pulak. Dah janji dengan wife, sepupu rapat dia kahwin. 
Wajah-wajah kesayangan hamba..:-)
Congratulation to Syafiqah dan pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin In Sha Allah. That's the wrap untuk entri ketiga bulan November ni. Minggu depan so far takde apa-apa BD activity. Boleh lah tarik handbrake sekejap.

P/S: International break lah pulak. Baru ada sinyum tengok Newcastle back to back win. Haha

Friday, November 15, 2019

Kisah AKU n 1st Wedding Anniversary

Assalamualaikum

Baru sempat nak update ni. Busy sungguh aku minggu ni. Ada dua tender submission, ni pun sekarang berada di Lumut, Perak untuk menghadiri satu tender briefing dan site visit di TLDM. Malam ni aku nak update pasal satu anniversary yang penting dalam hidup aku dan isteri. Tapi cam biasa, before ke main entry. Jom kita selak a few cerita yang happened last week.
Ibu ayah yang anniversary, Fariq pulak yang dapat hadiah kereta baru. Mentang-mentanglah ayah punya kereta biru, dia pun nak jugak. Haha
Jumaat lepas macam biasalah aku kerja dipejabat sampai Sabtu. Minggu tender biasanya camni lah, lagi-lagi yang submission hari Isnin. Pagi Sabtu pulak seawal jam 11 pagi, aku dah ke Port Dickson untuk ke rumah abang ipar. Kat situ mak ayah dan isteri bersama anak dah pun menunggu aku. 
Seperti yang dijanjikan, malam tu aku dan Ija ke Palm Mall Seremban untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama pada 10 November 2019. Tapi malam tu, kami keluar berdua je. Yang si kecik ni bagi lah main dengan Mikail tu. Huhu. Kasi chance sikit ibu ayah nak dating berdua. Huhu
Sampai sekitar jam 8.30 malam, kami memilih untuk dinner date di Kluang Station. Kitorang ni memang kaki kopitiam. Dulu time kapel, tunang pun selalu sangat lepak kat kedai kopi camni. So, untuk first anniversary ni elok jugaklah mengingati masa-masa indah berdua kat sini..:-)
Thank you very much sebab sentiasa berada disisi abang sepanjang perkahwinan kita. Abang sedar mungkin tak banyak masa yang dapat kita spend bersama atas kekangan kerjaya. Tapi percayalah, ni semua untuk masa depan keluarga kita. Abang tak kisah penat kerja, tapi harap sayang dapat terus faham dan support abang dari belakang. I love you, baby..:-)
Ni dah kenapa pulak sampai bersandar? Tunggu movie time, start pukul 10.30 malam pulak. Mula-mula ingat nak balik tapi sebab rasa cinta kat sejarah tu membuak-buak. Cerita apa hang tengok ni?
Selfie dulu lah baby..:-)
Menutupi aktiviti santai anniversary kami dengan menonton movie Midway. Sebuah cerita yang aku personally craving nak tengok dua minggu sebelum tu. Sebagai pencinta sejarah, cerita macam ni memang aku enjoy. Ceritanya berkisar tentang kemenangan Amerika didalam Pertempuran Midway pada May 1942 menentang Jepun. Kemenangan ni sekaligus mengubah landskap peperangan di Pasifik dengan tengelamnya 4 buah kapal induk Tentera Laut Jepun - Kaga, Siryu, Horyu dan Akagi yang menjadi enjin perluasan kuasa Jepun di Asia. Verdict? Memang awesome!
Pagi Ahad aku bersiap untuk bergerak pulang ke office semula untuk menyambung tugas. Ayah dan cucu-cucunya yang lasak. Dah besar panjang si Mikail tu. Haha
Sampai office dalam jam 11 pagi, sambung buat kerja untuk satu tender submission pada hari Isnin. Luckily, dah ada team sekarang. Seperti biasa, kami bertiga overnight lagi. Ni rutin biasa sebagai BD tau. Just for you guys punya info lah yang wondering apa benda kerja jadi orang business ni..:-)
Tender siap wrapped jam 4 pagi. Terus balik rumah memang terus tidur je dalam kereta. Tak dan dah nak masuk dalam. Pukul 7 pagi baru masuk rumah untuk mandi dan bersiap untuk hantar adik ke pejabat dan menghadiri another tender briefing di Agensi Pengangkutan Awam Darat. Dengar pun penat kan? Haha. It's our call of duty.

Okaylah guys, dah pukul 3 ni. Aku nak tidur dulu, esok meeting start jam 9. Karang lambat mampus tak boleh masuk bilik meeting. Berkicap lah wei nak menjawab dengan boskur. Huu

P/S: Newcastle menang lagi last week lawan Bournemouth. Back to back win yaww!

Sunday, November 3, 2019

Kisah AKU n 1000th

Assalamualaikum,

Apa benda yang 1000 tu Farid? Haa, untuk quick entry petang ni. Suka aku nak berkongsi kegembiraan yang blog ni dah mencapai entri yang ke 1000. Huu. Tepuk tangan sikit lah guys. Kemon lah..:-)

Tak sangka blog yang aku buat kira -kira sepuluh tahun yang lepas ni dah mencapai feat yang quite remarkable jugak. 1000 entri dalam masa sembilan tahun setengah, lebih kurang 90+ entri setahun. 

Tak sangka hobi sekadar suka-suka ni, bagi a lot of impak yang besar dalam hidup aku. Contohnya, wife aku sekarang kenal dari blog ni lah. Katanya, time tu tengah survey nak sambung course apa after SPM. Dulu kalau nak ngorat, blog ni lah main peranan nak menjual diri. Haha

Tu belum cerita beberapa strangers yang datang melawat blog ni untuk collect info pasal Law foundation dan degree Science Admin yang akhirnya decided untuk menyambung pelajaran dalam kos-kos tu dan jadi junior-junior aku. Adalah jasa sikit kan blog ni kat orang lain. Huu

10 years back, time blogging ni tengah hot. Ada a few kenalan mintak ajarkan cara nak buat blog etc. Tapi aku dah remind yang this hobby require passion. Sibuk mana sekalipun, blog mesti kena update. Sekali tak update, memang jadi habit last-last terkuburlah blog korang tu..:-)

Sekarang ni, blogging activity quite slow jugak. Maybe sebab dah berkeluarga dan dah jadi bapak orang. Haha. Tapi, untuk memastikan blog ni terus berpenghuni. Aku akan make sure every month tu ada lah sikit entri untuk dikongsi. 

Apa-apapun , Happy 1000th entry to Diari McBride. Next anniversary will be 2 May 2020. Ada apa time tu? Tunggu nanti lah..:-)

P/S: Newcastle menang semalam lawan West Ham thanks to goal from Clark, Fernandez dan Shelvey. HWTL!