Friday, November 15, 2019

Kisah AKU n 1st Wedding Anniversary

Assalamualaikum

Baru sempat nak update ni. Busy sungguh aku minggu ni. Ada dua tender submission, ni pun sekarang berada di Lumut, Perak untuk menghadiri satu tender briefing dan site visit di TLDM. Malam ni aku nak update pasal satu anniversary yang penting dalam hidup aku dan isteri. Tapi cam biasa, before ke main entry. Jom kita selak a few cerita yang happened last week.
Ibu ayah yang anniversary, Fariq pulak yang dapat hadiah kereta baru. Mentang-mentanglah ayah punya kereta biru, dia pun nak jugak. Haha
Jumaat lepas macam biasalah aku kerja dipejabat sampai Sabtu. Minggu tender biasanya camni lah, lagi-lagi yang submission hari Isnin. Pagi Sabtu pulak seawal jam 11 pagi, aku dah ke Port Dickson untuk ke rumah abang ipar. Kat situ mak ayah dan isteri bersama anak dah pun menunggu aku. 
Seperti yang dijanjikan, malam tu aku dan Ija ke Palm Mall Seremban untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama pada 10 November 2019. Tapi malam tu, kami keluar berdua je. Yang si kecik ni bagi lah main dengan Mikail tu. Huhu. Kasi chance sikit ibu ayah nak dating berdua. Huhu
Sampai sekitar jam 8.30 malam, kami memilih untuk dinner date di Kluang Station. Kitorang ni memang kaki kopitiam. Dulu time kapel, tunang pun selalu sangat lepak kat kedai kopi camni. So, untuk first anniversary ni elok jugaklah mengingati masa-masa indah berdua kat sini..:-)
Thank you very much sebab sentiasa berada disisi abang sepanjang perkahwinan kita. Abang sedar mungkin tak banyak masa yang dapat kita spend bersama atas kekangan kerjaya. Tapi percayalah, ni semua untuk masa depan keluarga kita. Abang tak kisah penat kerja, tapi harap sayang dapat terus faham dan support abang dari belakang. I love you, baby..:-)
Ni dah kenapa pulak sampai bersandar? Tunggu movie time, start pukul 10.30 malam pulak. Mula-mula ingat nak balik tapi sebab rasa cinta kat sejarah tu membuak-buak. Cerita apa hang tengok ni?
Selfie dulu lah baby..:-)
Menutupi aktiviti santai anniversary kami dengan menonton movie Midway. Sebuah cerita yang aku personally craving nak tengok dua minggu sebelum tu. Sebagai pencinta sejarah, cerita macam ni memang aku enjoy. Ceritanya berkisar tentang kemenangan Amerika didalam Pertempuran Midway pada May 1942 menentang Jepun. Kemenangan ni sekaligus mengubah landskap peperangan di Pasifik dengan tengelamnya 4 buah kapal induk Tentera Laut Jepun - Kaga, Siryu, Horyu dan Akagi yang menjadi enjin perluasan kuasa Jepun di Asia. Verdict? Memang awesome!
Pagi Ahad aku bersiap untuk bergerak pulang ke office semula untuk menyambung tugas. Ayah dan cucu-cucunya yang lasak. Dah besar panjang si Mikail tu. Haha
Sampai office dalam jam 11 pagi, sambung buat kerja untuk satu tender submission pada hari Isnin. Luckily, dah ada team sekarang. Seperti biasa, kami bertiga overnight lagi. Ni rutin biasa sebagai BD tau. Just for you guys punya info lah yang wondering apa benda kerja jadi orang business ni..:-)
Tender siap wrapped jam 4 pagi. Terus balik rumah memang terus tidur je dalam kereta. Tak dan dah nak masuk dalam. Pukul 7 pagi baru masuk rumah untuk mandi dan bersiap untuk hantar adik ke pejabat dan menghadiri another tender briefing di Agensi Pengangkutan Awam Darat. Dengar pun penat kan? Haha. It's our call of duty.

Okaylah guys, dah pukul 3 ni. Aku nak tidur dulu, esok meeting start jam 9. Karang lambat mampus tak boleh masuk bilik meeting. Berkicap lah wei nak menjawab dengan boskur. Huu

P/S: Newcastle menang lagi last week lawan Bournemouth. Back to back win yaww!

No comments:

Post a Comment