Sunday, November 17, 2019

Kisah AKU n Biz Trip @ Lumut, Perak

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak share sikit another outstation story. Seronok betul kan asyik keluar office je, kali ni kemana pulak tu? Bulan 9 ke Penang, bulan 10 Johor, laa ni Perak pulak.
Since meeting pagi Jumaat, seawal malam Khamis lagi aku plan untuk bergerak ke Perak ditemani seorang staf BD, Ridzuan. Malam tu hujan lebat, so kitorang lepak dulu kat rumah aku sebelum bertolak. 
Kami berdua gerak dari around 10 malam, sampai di hotel penginapan, Brezza Hotel @ Lumut sekitar jam 1.30 pagi. 
Nice hotel ni, tapi katil kena share lah. 
Aku ni kalau ikutkan dah quite exhausted sebenarnya. Bayangkan Rabu lepas pecah rekod sleepless yang dipegang tahun lepaa. This time, 33 jam without sleep untuk menyiapkan tender JPN.
Pagi tu kami ke venue meeting di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut. Ada tender briefing dan site visit kat sini untuk kami bid.
Mission accomplished sekitar jam 11.45 pagi. Ni baru nak mencari breakfast since tak sempat pagi tu sebab terlewat bangun. Jalan punya jalan dari Lumut, lalu Manjung then Ayer Tawar sampailah ke Titi Gantung. Haram jumpa kedai makan bukak. Kalau ada pun kitorang terlepas. Haha
Last-last decided berhenti kat Pekan Bota Kanan, pekena Mee Rebus Kedai Junit. Eh macam kenal je nama tempat ni?
Haa, mestilah. Bota Kanan kan my hometown. Singgah jap kampung halaman menziarah Opah. Yang si Ridzuan tu elok tidur lena kat atas. 
Seronok brader ni dapat merasa pengalaman duduk kampung. Next time kalau dapat job ni kita tidur sini je der. Jimat pun jimat. Huu
Okay, time to say goodbye kat Opah untuk short visit aku kat sini..:-(
Bergambar kenangan dengan Opah tercinta. Ajak balik rumah, tapi tak nak pulak. Hmm
Kami meminta izin Opah untuk memulakan perjalanan pulang ke KL sekitar jam 2 petang. Since dah makan, memang straight je lah hala tuju kami semalam. 
Sampai Rawang jam 5 petang, drop Ridzuan kat rumah then terus menuju ke Sungai Choh pick up my wife pulak. Dah nak masuk bulan kedua wife jadi super mommy ni. Proud of you, dear.
Pagi Sabtu pulak aku dan keluarga balik kampung Melaka pulak. Dah janji dengan wife, sepupu rapat dia kahwin. 
Wajah-wajah kesayangan hamba..:-)
Congratulation to Syafiqah dan pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin In Sha Allah. That's the wrap untuk entri ketiga bulan November ni. Minggu depan so far takde apa-apa BD activity. Boleh lah tarik handbrake sekejap.

P/S: International break lah pulak. Baru ada sinyum tengok Newcastle back to back win. Haha

No comments:

Post a Comment