Alah, lambat sehari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini. Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2019 ialah hari ulangtahun aku yang ke 27. Haha, tiga tahun lagi nak 3-Series ni. Untuk tahun ni, yang pertama wish tentunya cik isteri dan anak (tepat pukul 12 tu, haha!), followed by mak (1.30 pagi), Along (6.40 pagi), adik (6.45 pagi) dan ayah sekitar jam 8.30 pagi. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje (Afiq, Dolah), followed by friends from group Penyet Deq (Chey, Mok, Ijat Jamal, Shakir, Ijat Paan, Syawal, Aizat). Thank you guys!
Celebration tahun ni memang agak bermakna. Why? Huu, dok tanya lagi. Mestilah lain. Tahun ni celebrate dengan cik isteri dan anak tersayang pulak. Celebrate kat Rawang je pagi tadi. Sanggup amik cuti tau. Selain nak celebrate birthday boy, hari ni aku nak menguruskan urusan nak membuka akaun Tabung Haji untuk si Fariq ni. Sampai Tabung Haji Batu Caves sekitar jam 10.30 pagi, settle je terus bergerak ke destinasi seterusnya, AEON Rawang.
Sampai je kami bersiar-siar dulu kat dalam ni, sambil nak menunggu perut lapar..:-p
Haa, elok pun kena dukung, pergilah tengok baju yang awak nak tu. Haha
Singgah tempat toys, Fariq nak Darth Vader ke Kylo Ren? Apa dua-dua dark side ni bro, salah ajaran ni. Huu
Sampai je kami bersiar-siar dulu kat dalam ni, sambil nak menunggu perut lapar..:-p
Selfie with the love of my life..:-)
Masuk AEON nak shopping baju baru. Tengok bukan main seronok budak kecik ni..:-p
Eh, kenapa bukan birthday boy yang dapat baju baru? Haa
Ibu saya nak tengok sendiri lah! HeeHaa, elok pun kena dukung, pergilah tengok baju yang awak nak tu. Haha
Singgah tempat toys, Fariq nak Darth Vader ke Kylo Ren? Apa dua-dua dark side ni bro, salah ajaran ni. Huu
Okay dah lapar, jom makan kat port biasa - Spices of Penang. Wife suka sangat makan kat sini sejak mengandung kan si kecik ni lagi. Lepas lunch je kami terus bergerak pulang menuju ke rumah.
So, 27. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, masih lagi bekerja di company yang sama walaupun always put me in dilema kat sini. Myvinium Falcon pun dah 5 tahun dengan aku. Rumah masih lagi sangkut dekat grant ownership, kena kencing lagi lah kot after PRU14 hari tu. Haha. Latest highlight dalam hidup aku tahun ni sudah tentunya dengan kelahiran Fariq Ilham pada Julai 2019 yang menceriakan lagi rumah tangga yang dibina bersama Ija. Apa-apapun kami mengharapkan agar rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment