Friday, October 9, 2026

Kisah AKU n Happy 29th Birthday, Dear

Assalamualaikum,

Baik, entri kedua untuk pagi ni. Hujung minggu lepas aku dan family ke AEON Mall Rawang. Actually tak plan pun, it supposed to be a normal waiting dekat Anggun City, while the kids ada Art class.

Ni haa rutin mingguan. Dua jam tunggu every Saturday. Cuma minggu lepas kami ambil session petang since pagi tu ada program. 
So nak dijadikan cerita kami singgah AEON untuk dinner. Dah masuk sana tu memang confirm lah melencong. Mula-mula diorang ni nak beli toys baru. Kebetulan vouchers AEON yang aku dapat awal tahun hari tu hasil menang TNG Top Talent ada lagi. 
Dah tu toys department sebelah arked Molly Fantasy ni. Terpaksalah menyinggah. Haha
Ingatkan nak main satu dua je, since ada point lagi dalam kad Molly Fantasy ni.
Last-last top-up lagi RM50. Takpelah, budak-budak ni pun dah lama tak masuk AEON.
Sambung main lagi, nak dekat sejam jugak. Kira licin lah kad Molly tu. 
After spending time di arked, now time untuk shopping for our birthday lady. After two consecutive year beli hadiah untuk wife dan dia tak pakai langsung. Aku conclude, let her choose  dia nak apa. Instead of buat surprise yang later aku surprised. Haha
Happy birthday Sayang. Setahun lagi nak masuk three-series. Haha 
Senang budak-budak dah boleh makan sendiri. Huhu

Simple je kan celebration kali ni. Ye lah, minggu lepas dah naik Genting. Memang plan asal nak celebrate birthday wife kat Genting hari tu,cuma kebetulan family yang lain pun nak kesana jugak. Chip in sekali je.


Haa, itu sahajalah cerita kami menyambut birthday wife yang ke-29 ni, apa-apapun selamat hari lahir buat Ija, semoga sentiasa menjadi ibu terhebat untuk Fariq dan Iman, dikurniakan umur panjang yang diberkatiNya serta dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin In Sha Allah.

Kisah AKU n MyARTTE 2026

Assalamualaikum,

Minggu lepas aku berkesempatan untuk join sebuah event anjuran Persatuan Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dimana TNG merupakan Platinum sponsor untuk program ni. Event ni dinamakan MyArtte, a short form for My ASEAN Road & Traffic Tech Expo, berlangsung selama tiga hari di MITEC KL pada 30 September hingga 2 Oktober yang lepas.
Seperti most of staff dalam Business team, aku terlibat untuk jaga booth TNG untuk full three days
Amacam? Futuristic tak booth TNG ni. Platinum sponsor dik, mesti lah grand. Haha
Hari first tu aku datang tengahari sebab ada urgent meeting. So tak sempatlah nak tengok menteri menyinggah booth. Sudah tentunya, kami as Business team do our part, iaitu memberi penerangan tentang TNG. Macam dalam gambar ni, bro Irfan explain pasal our latest TNG Seamless LPR parking system. Bro Razif pun ada jugak until guide pengunjung for our transit My50 product.
Tapi kerja aku tiga hari tu berada di belakang counter ni. Iaitu buat customized card kepada premium client.
At the same time, jadi budak sales. Tapi dalam gambar ni, ni semua card display je. Yang jual dekat kaunter sebelah tu. 
Ni pulak section VR, untuk pengunjung merasai our latest SLFF technology secara visual. Tapi untuk siapa yang nak try the real one. Boleh ke Plaza Tol Datuk Keramat AKLEH dan Plaza Tol Alam Impian LKSA untuk mencuba sendiri. Cari lorong RFID yang ada simbol Star.
Ni pulak section sejarah TNG sejak penubuhannya pada tahun 1996. Dan event ni juga kami gunakan untuk menyambut ulang tahun TNG yang ketiga puluh 
Time takde orang, kekadang aku switch dengan Amirul, our intern. So time tu aku gunakan untuk melawat booth-booth yang lain.
Our management escorting delegation dan memberi penerangan yang menyeluruh tentang our offering. Bahaya duduk kaunter ni, selalu kena petik jawab benda yang aku tak tahu. Haha
Tengahari makan kat food court MITEC Yang berkonsepkan food truck. Mat Rock ni jugak yang senang makan. Haha
Besar jugak food court. Kebetulan tiga hari Tu clash dengan event lain jugak iaitu TCE Baby Expo 2026. Memang ramai lah umat manusia, belum kira parking lagi. Haha
Hari kedua benda sama je. Then came hari ketiga. Ada official launching of our TNG Seamless LPR Parking , dan juga kempen Gold Parking dimana pemenang bertuah berpeluang menang the exclusive TNG Gold Wafer.
TNG CEO' Mr Praba entertaining our premium parking client, KLCC Parking Management Sdn Bhd, since in conjunction to the Gold Parking program , kami juga launch or LPR system di Suria KLCC.
Tengahari tu, together with Razif dan Amirul, kami menapak 1km untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah. Dah la pakai kasut kulit. Haha
Haha. Kalah judi ke tu..:-p
Lepas solat Jumaat, kami continue jaga booth sampai jam 3.30pm before event officially concluded. 

Itu sahaja cerita untuk pagi ni. Tengoklah kalau BMMC ada share gambar, later aku tepek kat sini.

P/S; Finally after tiga minggu international break, EPL is back yaww!! 

Tuesday, September 29, 2026

Kisah AKU n Family Staycation @ Genting Highlands - Day 2

Assalamualaikum,

Baiklah, ini merupakan entri terakhir bagi diari percutian keluarga kami di Genting Highlands.

Pemandangan pagi Banjaran Titiwangsa from tingkat 25 Antara Genting.
Tengah khusyuk menelaah room service untuk breakfast.
Dalam jam 8.30 pagi, family aku je yang turun Level 1 untuk melayan swimming pool yang ada. Ni kids pool sesuai until the kids. Tinggi pool ni 0.5m je.
Haa, ni pulak another pool - leap pool. Untuk adult, nak berenang kuak lentang pun boleh. Luas dia just nice je.
Dekat leap pool ni ada outdoor extension, domain korang boleh berenang sambil menikmati pemandangan Genting Highlands ni. Jangan risau, both air kolam ni suam je.
Dalam jam 10.30 ready untuk nail bilik. Maklumlah hari tu kena check out. Short je vacay kali ni atas kekangan masa. 
Yang penting budak dua orang ni happy. :-)
Seperti biasa before check out, kita ambil gambar kekangan dulu.
Sebelum serah access card, kami sekeluarga datang balik kat area Terrarium ni until have another photoshoot
My small family :-)
The kids while waiting aku check out. Nak check in panjang, nak check out pun panjang. Haha
Okay lah tunggu apa lagi. Jom lah balik. Ya betul, staycation kami untuk tahun ni tak padat dengan aktiviti pun. Next time kita arrange lagi until hangout kat Theme Park 
Descending Genting Highlands sekitar jam 12.30, plan nak lunch di Batang Kali before membawa haluan masing-masing.
Layan betul makan Nasi Padang kat sinim terngiang-ngiang dia punya rendang Tu. Next time boleh la datang lagi, bukan jauh pun Sungai Buaya dengan Batang Kali . Huhu

That's the end of our staycation with beloved family members di Genting . A very simple yet memorable trip we had together. Hopefully more trip to come in near future. 


Kisah AKU n Family Staycation @ Genting Highlands - Day 1

Assalamualaikum,

Fuhh, letih beb hari ni. Rasa macam nak tidur terus je, tapi kalau tak update karang asyik bertangguh pulak. Okaylah, nak story sikit pasal my short vacation bersama family tercinta.
Hari Sabtu tu since aku ada event kat sekolah. Kami gerak lambat sikit after Zohor. While mak ayah dan adik, bersama family Along dah gerak dulu dalam jam 12 tengahari.
Nasib baiklah jalan tak jem. Sampai ditempat penginapan kami selama 2 hari 1 malam di Antara Genting @ Genting Highlands. Berkabus betul petang tu.
Since kitorang gerak asing since ada event kat sekolah pagi tu. Family member yang lain semua lunch di Sky Avenue. Aku sampai ngam-ngam jam 3 petang dan terus check in.
Cakap kat Fariq jangan buat selerak, nanti Along nak buat video record bila dia sampai. Tu yang behaves je. Haha 
Sedikit gambar didalam bilik keluarga aku. Dapat lah view menghadap banjaran Titiwangsa. Bilik yang lain pun ada banjaran jugak, cuma bilik aku ni master bedroom. So luas sikit..:-)
Alang-alang diorang tak sampai lagi, kami berphotoshoot dulu satu family...:-)
Selfie laki bini. Huhu
Makan dulu, order from room service. Diorang ada JV dengan kopitiam dekat lobi tu.
What a breathtaking view. Haha. Tak nampak apa langsung. Buat pulak baru lepas hujan.
Dalam jam 4 petang tu baru lah diorang sampai. 
Tengah plan nak buat apa since tentatif lari sikit.
So, petang tu dalam jam 5.30 petang, kami turun untuk meninjau fasiliti yang ada kat Antara Genting ni. Ni dekat Terrarium Level 1, yang juga menempatkan gymnasium, swimming pool dan bowling alley. 
View dari second deck Terrarium. Rasa boleh nampak Sungai Buaya tak dari sini? Sebab from Tol Sungai Buaya boleh nampak Genting Highlands. Haha
Ada vibe KUDRAT tak? Haha
Wife bergambar landscape inside the terrarium.
Selfie untuk kenangan bersama..:-)
Ni level 2. Ada cigar room, dart and billiard room. Ada jugak bilik AV, dan juga arcade zone. Except for cigar room dan arcade, the rest semua kena pre-book dulu since fasiliti tu limited. 
Dalam jam 6.15 camtu, kami strolling the mall. Antara Genting ni directly connected dengan Antara Signature Mall , dan juga linked with Sky Avenue via a 1.2km covered walkway macam dalam gambar ni.
Nak cari port makan malam nanti. Since mak ayah tak join kami jalan-jalan time ni. 
Dalam jam 7 petang baru lah kami menamatkan tour and buat quick planning until aktiviti malam later.

Sebelum naik sempat bawak budak-budak ni main a variety of indoor playground yang ada dekat Antara Genting ni. Uniknya, from 47 tingkat yang ada - ada a few levels with unique indoor playground such as Experience Playground, The Hammock, Whimsical Playground, The Trampoline. Ada juga Stargazing Deck di tingkat 38
Naik je bilik, tengok tuan ni layan movie. Haha. 
Lepas Maghrib, budak-budak ni melayan jakuzi pulak. Suhu air boleh set, so walaupun kat balcony ni bapak sejuk, tapi air dalam tu memang just nice. Takpe korang berendam dulu, nanti bagi orang tua pulak berkubang.
Malam tu kami berlima je yang turun semula ke shopping mall untuk dinner si Papparich Kopitiam. Mak tak larat nak keluar, lagipun budak2 tiga orang tu tak nak keluar jakuzi. Haha
After dinner, plan nak pergi main arked. Tapi canceled, ramai pulak orang dalam tu. 
Sudahnya lepak di Luckin Coffee @ Antara Genting. Mengopi sambil menikmati udara segar yang lagi dingin kat atas ni.
Naik atas dalam jam 10.15 malam, tengok budak-budak pun dah hanyut. Then turn kami pulak  enjoy jakuzi sambil melayan KUDRAT 1968. Pastu sambung Kahar Kapla pulak kat Netflix. Haha

That's the wrap untuk entri hari pertama kami di Genting Highlands. Ada lagi satu entry yang akan aku sajikan for the next hours. Stay tuned