Friday, January 31, 2014

Kisah AKU n Wk 2 at ORSB

Assalamualaikum semua, seronok kan hari ni dapat cuti? Ok lah, hari ni nak cerita pasal progress minggu kedua aku berpraktikal kat OROGENIC ni. Oh lupa nak inform, tempat aku prakitkal ni ialah sebuah syarikat multinational yang berpusat di Malaysia, menawarkan servis teknikal dan logistik didalam industry minyak Malaysia. Nampaknya aku dah berpeluang untuk berkerja dibawah dua firms yang skopnya sama - jangan-jangan masa depan aku ni kat oil and gas kot? haha

Kat office ni, aku berkhidmat dibawah Contract & Licensing Department. Kat sini aku ada partition sendiri, ada telephone extension sendiri..huu, best-best. Yang tak bestnya takde email company sendiri..huk, nak buat camne, dah sekejap sangat aku praktikal kat sini.
Dapat sticker kenderaan jugak..huu. Aku naik motor je berulang alik from rumah uncle aku kat Bukit Bayu, tak macam ada yang naik kereta..haa
Haa, ni lah practical training plan aku. Yang compulsory dalam guidelines FSPPP ialah report dengan training. Selebihnya aku yang rangka sendiri. Alhamdulillah, supervisor aku pun kata OK dengan plan ni, dia kata kalau takde kerja, boleh lah buat benda-benda ni. Tapi, so far semuanya balance. 
Sila-silalah telefon aku kat sini, hehe - tapi pasal business je la. :-)
Kerja pun bawah Contract Department, memang hari-hari menghadap kontrak je lah - tapi best, sebab buat apa yang dah belajar time PROMA hari tu - iaitu tendering. Cumanya kat sini lagi advance sebab kita deal dengan technical part.
Tapi kerja aku tak terhenti kat situ je - as a part of management studies, aku berpeluang untuk meneliti beberapa dokumen company. Gambar ni baru dua fail je, sebenarnya ada 5 lagi yang aku baru dapat semalam, tapi tak sempat nak amik gambar..hii. Mostly, study aku ni berkaitan HRM dan juga Quality Management.
Macam dalam plan aku - time praktikal ni juga akan aku gunakan untuk meneliti research paper aku. Baru-baru ni dah dapat greenlight from Dr. Aliza untuk proceed - sekarang ni tengah mengumpul maklumat untuk questionnaire. So far, progress yang sangat baik.

Apa yang bestnya company ni Farid? Ok, yang seronoknya OROGENIC ni, top management tau macam mana nak handle employee through culture yang sangat sihat dan baik untuk diikuti oleh company lain. Misalnya, setiap hari Jumaat, semua pekerja akan mendengar tazkirah selama hampir 2 jam, and ada makan free. Fasiliti untuk employee jugak sangat baik kat sini, nak tau apa yang ada kat tingkat atas Wisma OROGENIC ni?
Lounge untuk employee berehat selepas kerja ataupun kalau takde kerja. Boleh la nak tengok tv, or tidur kat sofa
ataupun berkarok melepaskan stress, takpun buat air panas yang instant pakai mesin ni. Aku baru guna sekali semuanya sebab bila aku lepak kat lounge ni, benda yang aku akan buat ialah..
Main golf..haha, serius best tau. Apa salahnya belajar basic dulu, kot la dah kerja betul-betul nanti senang sikit kalau client ajak main golf..kii
Kat tingkat yang sama jugak ada gymnasium. Dalam ni ada snooker, dart, foosball, ping pong dan juga mini gym. Seronok kan kerja kat OROGENIC ni..:-)
Balik je kerja, singgah makan kat Bukit Jelutong dan balik ke rumah Acik Fendi. Tak jauh pun perjalanan dari office ke Bukit Bayu ni, kalau jalan sesak ada dalam 15 minit, kalau tak sesak, kurang dari 10 minit pun boleh sampai.
Ok lah, disini aku nak mengucapkan selamat berpraktikal kat kawan-kawan seperjuangan. Kerja baik-baik ye semua. Kalau takde kerja, cari lah kerja, jangan tercongok je kat meja tu tak buat apa-apa. Bye and goodluck uolls..:-)

Thursday, January 30, 2014

Kisah AKU n Profesionalisma in Komunikasi

Assalamualaikum semua, berjumpa kita lagi didalam segmen "Office Talk", petang ni kita akan berdiskus pasal isu professionalisme dalam komunikasi. Specialist sepakat mengatakan yang sikap tidak professional fresh graduate dalam komunikasi terutamanya dialam job hunting merupakan punca kenapa fresh graduate tak dapat bagi a good impression terhadap potential employer. Apa yang dimaksudkan dengan unprofessional dalam komunikasi ni? Picture-picture dibawah ni merupakan contoh penggunaan professionalisme didalam e-mel.

Funky Email Address
Wuu..aku paling down part yang ni lah. aku selalu nak emel yang nampak professional macam faridgani@gmail.com instead off my mcbridefred@gmail.com. Haa, kan lawa tu. Sepanjang aku buat attachment kat dua company, dua-dua tak nak bagi aku company e-mel dengan alasan tempoh praktikalyang singkat. Tapi memang betul pun, sekejap sangat. Apa lah sistem fakulti aku ni? Bayangkan korang Recruiters, tiba-tiba nampak ada job application from roza_gothicmetal@gmail.com..haha

Informal Language
Ni simple je, bahasa yang kita gunakan tu tak formal. Contohnya, laras bahasa yang tak sesuai digunakan bila urusan rasmi. Sebab tu lah ada subjek Business Correspondence kat UiTM. Berkomunikasi dengan anyone even untuk emel pun cuba-cubalah try menggunakan laras bahasa yang professional. Tak rugi pun, experience aku memang sakit - sebab kalau aku emel yang jenis macam ni, biasanya penerimaan kawan-kawan tu tak jalan sangat.

No/Lengthy Cover Letter
Hantar resume lagi proper bila ada cover letter, tapi jangan lah panjang berjela-jela sangat. Sebabnya mengikut pendapat HR Specialist, mereka mengambil masa tak sampai 7 saat pun untuk meneliti satu-satu resume tu. Mana-mana yang lebih 7 saat, maknanya berjaya lah tarik attention diorang ni.

Attachment & Blank E-Mail 
Pernah tak korang hantar attachment  kat kawan-kawan time buat assignment. Biasa-biasakan letak notes sikit, dan jangan tinggalkan blank e-mail. Benda ni tak professional sebenarnya, bila kita dah biasa praktis, when it comes our time nak apply kerja nanti, senang lah sikit

So guys, jom terapkan professionalisme dalam komunikasi kita - tak kiralah dengan kawan, lecturer, colleagues mahupun family, ataupun dengan siapa-siapa je. Memang payah sikit penerimaan tu lagi-lagi dengan kawan-kawan yang tak serius - tapi, chill la - selalu guna nanti lama-lama jadi terbiasa - bila nak apply kerja pun tak kekok.

Wednesday, January 29, 2014

Kisah AKU n Mitos Gaji

Assalamualaikum semua, untuk segmen "Office Talk" hari ni, aku nak dedahkan tentang mitos dan juga salah faham budak-budak yang baru lepas graduate tentang GAJI. Yeah, gaji or wages, or salary, paycheck dan apa-apa term yang korang guna untuk gambarkan pendapatan yang diterima bila dah berkerja. Tak macam budak praktikal, jangan perasan yang korang dapat gaji, tu sebenarnya elaun je..haha

Okayh, berbalik kepada isi utama entri hari ni - orang yang abru lepas grad ni kekadang ada banyak misconception tentang hal-hal melibatkan gaji ni. So, jom kita terjah apa top three salah faham paling popular tentang gaji..:-)
Company Besar? Gaji Besar?
Haa, ni jenis yang suka assume bila dok sedap-sedap kat company yang dah establish dalam satu industri tu, mesti gaji yang diorang dapat pun besar. When it comes to negotiation, ataupun job interview, company kecik jarang lakukan salary market survey yang membuatkan mereka hire someone tu based on qualification and experience rather than company besar yang memang dah ada HR Specialist. Fungsi HR Specialist ni ialah untuk buat salary market survey, dan jika kita perhatikan, company besar memang tersusun dan juga up-to-date dengan jatuh naik salary tu dalam market. So, memang kita agak susah nak nego, lagi-lagi dalam bab gaji dengan HR Specialist ni.

But, kekadang mitos ni boleh dipatahkan dengan prinsip "lagi besar, lagi banyak tanggungjawab, dan lagi banyak gaji". Ini pun sometimes betul dan tak dapat dinafikan. Tapi tak semua.

My Personal Experience: Pernah dan sedang menjadi Student Attachment di dua company yang berbeza saiz - yang first tak besar but pay me more, the second one - boleh tahan besar sebab ada banyak anak syarikat dan juga HQ luar negara, but it pay me less than the first one. But, yang second ni best sikit, sebab struktur agak organized.

Qualification mengalahkan Pengalaman?
Bila cakap pasal benda ni, memang ramai fresh graduate sangka yang lagi tinggi academic qualification, ianya membantu untuk mengalahkan calon yang berpengalaman. This is a highly subjective issue sebenarnya, ada industry yang lagi pentingkan people yang banyak pengalaman rather than belajar tinggi, tapi Microsoft Word pun tak habis explore.

Of course dalam bidang Akademik, qualification lagi diutamakan. Betul tak, but not in industry yang tentunya memerlukan a blend of experience dan juga qualification.

My Personal Experience: Tak pernah but contoh paling dekat ialah my dad. Tak belajar tinggi pun, ada Professional Certificate je from INSTEP. But, dengan pengalaman selama 30 tahun dalam PETRONAS. Beliau dapat outrank fresh graduate dan juga potential candidate yang lain. Siap pernah mentoring budak-budak tu lagi..haha

A Job Is A Job Anywhere
Sesetengah fresh graduate menyangka dengan adanya degree dalam sesuatu bidang tu, let's take Accounting for example, dia akan senang dapat gaji yang besar kat mana-mana company sebab Accounting is the heart of a company, isn't? Haha, sebenarnya an accountant is best rewarded kat accounting firms (eg - Pricewater), sama jugak kat Petroleum Engineering yang akan dibayar tinggi kat PETRONAS rather than PROTON.

Ideanya kat sini, nilai seseorang tu akan bertambah jika dia diklasifikasikan sebagai the source of revenue untuk industri itu. Simpe kan? Ini sebabnya gaji itu bergantung kepada pentingnya someone dalam company tu.

My Personal Experience: Juga tak pernah ada direct experience but from observation time attachment dulu, gaji Engineer dalam Oil & Gas firms lagi tinggi daripada gaji Contract Executive yang bekerja dalam firms yang sama..:-)

So, macam mana semua - jom kita sama-sama remove "general rule" yang hanyalah mitos, dan memberi salah faham kat kita. Ingat, gaji dinilai melalui value kita untuk mereka, bukanlah diatas qualification, besarnya company itu ataupun industry-specified semata-mata

P/S: All picture courtesy from Google

Tuesday, January 28, 2014

Kisah AKU n 5 Tabiat Buruk Waktu Berkerja

Assalamualaikum semua, kat office memang banyak ragam-ragam manusi sebenarnya. Ada yang baik, ada yang tah apa-apa. So, malam ni aku nak share 5 tabiat buruk yang berlaku didalam ofis. Tak kira la kat mana korang kerja, mesti ada jenis-jenis yang 5 ni..:-)

Ring Toner
Bayangkan korang tengah bermati-matian fokus nak siapkan dokumen tender, ataupun tengah berada dalam tension stand up meeting, tiba-tiba "tinggalkanku perlahan-lahan ku pinta.." (nada dering someone berbunyi dan tak henti-henti).

Loud Speaker
Sometimes ada orang bila cakap kat telefon memang tak ingat dunia, some people speak as loud as they can bila bercakap on the phone. Kekadang benda tu tak relate dengan kerja pun. Sampai apa yang diorang nak buat hujung minggu tu pun kita boleh curi dengar..lol

"Pemecah Keyboard"
Haha, ni memang best. Rasanya aku pun boleh dikategorikan sebagai "Keyboard Smasher" ni jugak. KS ni digambarkan untuk sesiapa yang suka menaip menggunakan seluruh kekuatan, then mengeluarkan bunyi seakan mesin taip walaupun hakikatnya taip guna PC. Haha, nak solve masalah ni senang je, suruh company guna touch screen punya PC..kii

"Si Peminjam"
"Bro, ko ada nampak stapler aku tak, pinjam ko punya dulu. Urgent ni?", "Babe, pinjam puncher jap..aku punya bos pinjam.." Erm, ni jenis suka yang pinjam tak reti nak letak balik. Bukan apa la, pinjam tu okay, tapi yang tak okay nya bila barang pinjam tu jadi harta intelek diorang pulak. Rasanya nak kasi settle, chain je semua barang-barang kita kat meja, takpun nak senang, label kan..:-)

"Si Always Lewat"
Hampir kesemua ofis kat dunia ni ada yang jenis macam ni. Datang lambat, balik awal, 2 breakfast break, 4 lunch break, keluar masuk tandas. Dah la lambat, pastu rilek-rilek je share credit bila projek habis, tak pun dapat payment sama dengan colleagues selevel dia..Antara kelima-lima jenih bad habit, aku paling hate orang macam ni sebenarnya.

Ok lah guys, itu je aku nak cerita malam ni tentang dunia pekerjaan ni. Nantikan lagi entri berkaitan office's life kat blog ni. Till then, take care.

P/S: All picture courtesy from Google

Saturday, January 25, 2014

Kisah AKU n Practical Training

Assalamualaikum semua, semalam aku telah berjaya melepasi minggu pertama latihan industri aku di sebuah syarikat yang tidak asing lagi dalam bidang petroleum, OROGENIC Group. Aku diletakkan dibawah anak syarikat iaitu OROGENIC Resources Sdn Bhd, specifically berkhidmat dibawah Contract Department. Seperti yang aku dah plan hari tu, time praktikal ni akan aku gunakan untuk buat research dalam Quality Management System since research paper aku fokus di dalam ISO 9001 in Oil & Gas Industry.
Ni je gambar yang aku ada. Sebenarnya banyak tau, tapi sebab careless sangat, maybe sebab tengah ngantuk. Aku accidently terdelete folder gambar tu. Yang gambar atas ni selamat pun sebab aku post kat facebook time first day praktikal hari tu.

Erm takpelah, ada lagi 5 minggu kan. Nanti amik lah gambar banyak-banyak. Apa-apapun, wish me luck okay!!

Thursday, January 23, 2014

Kisah AKU n Summary BAS Pt. 5

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog ni, sorry sangat ye lambat update. Bukan apa, owner blog ni sedang berpraktikal dan sudah memasuki minggu pertama. Kerja banyak sikit sampai asyik tertidur awal je. Takpelah, nantikan update praktikal aku nanti ye. Ok lah, untuk entri malam ni, ingin aku kupas perjalanan semester 5 aku bergelar siswa Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran ni. Let's check it out!!

a) September 2013
Menyertai Teambuilding FSPPP 14ALL41 di Kem Tanah Melayu, Gunung Ledang. Probably one of the best teambuilding yang aku pernah join. Teambuilding ni dianjurkan oleh SMF dengan kerjasama Majlis Rekreasi Malaysia. Picture credit to Cik Radziah, KI Executive FSPPP Shah Alam
Berfutsal setelah sekian lama meninggalkan sukan ni. Haha, best mula-mula bila main balik, tapi sekejap je la. 
Menguruskan Modul 3&4 Kemahiran Insaniah bersama a dedicated team of TUNAS SMF and Special Task Committee. 

b) October 2013
Menguruskan Modul Finishing School untuk pelajar Semester 6. Ini ialah modul terakhir yang aku uruskan sepanjang bergelar SMF.
Appointed as Head of Project Department for SUMMIT. Aku diberi tanggungjawab untuk membimbing a team of 4 people yang berlainan background, attitude dan work culture.
Gathering SMF-TUNAS-STC. Picture credit to Gamo.

c) November 2013
Berjaya meletakkan standard baru untuk Team Men's Fourth Lawn Bowls FSPPP pada Kejohanan Sukan Antara Fakulti 2013 dengan melepasi grouping tapi tumpas tipis di suku akhir. A sweet memory and improvement untuk team ni..:-). Picture credit to Syikin.
Project Management Day, event yang julung kali dianjurkan untuk pelajar yang mengambil kursus Project Management di FSPPP.
"Doing Right Project Rightly", event yang dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara ini tertumpu kepada pelaksanaan projek didalam sektor awam. Satu event yang juga disertai oleh pelajar kursus Project Management FSPPP. Picture credit to Yasin.
Setelah menabur bakti selama hampir 1 tahun setengah, akhirnya SMF 2012-2013 dibubarkan pada 27 November 2013, lewat 2 bulan daripada tarikh asal.

d) December 2013
Malam Apresiasi FSPPP, event dianjurkan oleh TUNAS dengan kerjasama STC meraikan alumni dan juga mantan pemimpin pelajar kat FSPPP ni. Tak sangka, dah jadi mantan time ni..huu. Picture credit to Nad.
Project Management Bidding Day, juga sebuah event yang dianjurkan khusus untuk pelajar Project Management FSPPP kesinambungan untuk Request For Proposal yang telah diberikan kepada semua Project Manager pada awal semester.
Menjadi rider "bertauliah" bak kata Joe setelah berjaya completekan konvoi Shah Alam-Morib sejauh 100 kilometer pergi balik..hehe, aku status L je kot..lol

e) January 2014
Minggu exam, boleh katakan 85% malam aku dihabiskan kat fakulti menjadi tutor untuk "pelajar" seramai 5-8 orang. Sengal mulut aku time tu, dah la tak bayar..haha
Berjimba di Hulu Langat, bersama Team A (kanan) kat Sungai Congkak, dan juga Team B (kiri) kat Sungai Gabai. Dua-dua seronok, kat Congkak suka dengan jeram, Gabai pulak of course la air terjun.:-)

Okeh, sekarang masanya untuk aku conclude semester lima yang mantap ni. Secara keseluruhan, nampak ada improvement baik dari segi study-life. Hubungan dengan classmate memang menunjukkan perkembangan yang ketara dengan jumlah masa yang aku spend dengan diorang melebihi masa dengan program SMF. Mungkin dibantu dengan status aku yang dah tak pegang apa-apa jawatan kat fakulti tu. Untuk semester depan, what should I expect? A more balance study-life I guess. Let's work on it!!

Monday, January 13, 2014

Kisah AKU n A Day at Sungai Gabai

Assalamualaikum semua, satu hari aku this day dihabiskan dengan masa yang berkualiti dengan rakan seperjuangan lelaki. Ok lah, masa berkualiti hari ni dihabiskan di Hulu Langat lagi nampaknya, kalau hari tu aku berpiknik kat Sg. Congkak, hari ni pulak aku ke Sg. Gabai, dengan team yang lain pulak..untung ramai kawan sikit ni. Mesti dapat invitation, lagi-lagi lepas habis killer paper..:-)
Untuk team kali ni, aku dapat meluangkan masa bersama dengan Abg Sabri, Abg Long, Ishak, Joe, Pok Jad and Esyam. Kami bertolak dari Shah Alam dalam pukul 11 pagi. All of us except Ishak naik kereta Abg Sabri, Ishak pulak bawak motor..memang kental betul brader ni..salute!!
Kat Gabai ni kalau nak port baik kena mendaki anak tangga yang berkali-kali ganda lagi tinggi daripada "tangga kejayaan" kat FSPPP tu. Even dah sampai kat puncak pun, still kena hiking sikit untuk port yang memang sesuai untuk orang-orang bujang cam kitorang ni..:-p
Macam pernah je tengok tempat ni dalam video klip Hafiz Hamidun. Tapi tak tau lah betul ke tak..
Port baiklah sangat..haha, takde lah. Ni port pertama, lepas tu sesi penaklukan pun bermula dengan mengacau tempat orang lain..haha
Sesampai je kitorang kat port ni, memang terus berendam. Lepas dah puas satu round baru naik untuk lunch..Well, sebenarnya macam ni baru puas compare dengan makan dulu..betul tak?
Bersama jejaka idaman FSPPP, Pok Jad..:-)
Santapan petang tadi disediakan oleh Ishak. Nasi lemak, si Ishak ni pun salah seorang calon suami yang aku recommend jugak untuk adik-adik manis kat luar sana. Seorang yang berpengalaman, kental dan juga cemerlang..ayat bodek ni, lol.
Tapi tu tak bermakna Abg Sab (baju biru) hilang status lelaki paling hot kat FSPPP ni. Bak kata Faiz, Abg Sab maintain 0.05 lebih daripada siapa-siapa yang nombor dua..haha
Dah habis makan, bersedia untuk round ke dua pulak lah. Cari port orang lain..:-p
Puas dah, dalam pukul 5 petang jugak kitorang stop tadi. Memang seronok spend time masa dengan kawan-kawan kat sini, rasa cam dah habis semester 5 pulak..haha, sedangkan ada satu paper lagi ni.
 
Sebelum meninggalkan Sg Gabai ni, kitorang solat Asar dulu. Surau yang unik sebab kiblat ditanda dengan 300 NW..haha, epik. 
Bergambar kenangan sebelum pulang ke tanah Shah Alam. Picture ramai-ramai takde pulak eh, tunggu jap lah nanti aku rembat from kamera siapa-siapa nanti. 
Okay Bro Sab, jom lah kita balik. Hari pun macam dah nak hujan.

Dalam pukul 8 jugak kitorang sampai Shah Alam tadi. Singgah minum kat Khulafa jap, hujan kat sini. Sejuk sangat, menggigil aku bawak motor tadi..

So itu lah cerita jalan-jalan release tension aku and kawan-kawan untuk hari ni. Memang bulan Januari ni, bulan lepak jalan-jalan kot..haha, takpe lah. Janji ada lah sikit kenangan untuk Semester 5 ni, lagipun kami ni cuma ada 1 semester je nak bersama pun. Lepas grad, masing-masing bawak diri tumpu kareer, awek or maybe family. Harapnya aku pun dapat lah merasa semua tu. Amin