Wednesday, August 30, 2017

Kisah AKU n Hard Luck Boys!

Assalamualaikum,

Jarang update blog pagi-pagi ni. Sebelum start bekerja ni aku nak update sikit cerita semalam. Well, seperti yang kita semua tahu semalam telah berlangsungnya final untuk sebuah sukan yang penting dalam mana-mana kejohanan sukan. Tak kisah lah walau sukan sekolah peringkat daerah sekali pun, bola sepak terus dikenal sebagai acara kemuncak kejohanan. Just in case korang memang bebal sangat sampai tak tahu game apa semalam, last night merupakan final bagi acara bola sepak Sukan SEA KL 2017 diantara pasukan negara, Malaysia menentang Thailand.
Aku ni bukanlah jenis kaki stadium lagi-lagi melibatkan game yang dah tentu ramai orang datang. Tapi semangat nak tengok tu ada beb! Semalam balik on-time 5.30 petang tu. Huu. Pukul 8.45 lepas Isya aku ke Stadium Astro untuk meluangkan masa menonton perlawanan akhir ni. Macam biasalah ada segelas Nescafe untuk extra sensation..:-p
Tengok sorang je semalam kat rumah. Yang lain semua busy hal masing-masing. Tak patriotik langsung. At least kalau tak bersukan pun support lah sikit..:-)
Pasukan Thailand menyumbat gol pertama perlawanan hasil dari tepisan kedalam oleh goalkeeper Malaysia, Haziq Nadzli. Time tu tengok terpaku jugak, ingatkan bola corner tu melencong kedalam. Rupa-rupanya own goal daa! Haha
Dan aku pun setia tercongok depan TV sampailah ke minit 94 apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil, Chen Hsin-Chuan. Of courselah kecewa tu ada since dah buang masa aku 2 jam..haha, tapi tahniah juga kepada barisan player kita yang menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun trailing 0-1 seawal minit ke-40. Banyak dangerous attacking movement yang ditunjukkan budak-budak ni, permainan pun cantik with adoption of short passes rather than long ball play. Tapi tu lah, agak bengang jugak since banyak player yang pulun nak try long range shot tapi kelaut. Ingat PES ke? Haha
Player dan pengurusan pasukan Thailand saluting their supporters. Yang hat ni aku memang respek kat orang Thai ni. Pergi mana-mana mesti bawa photo Thai Royal Family dari Raja, Permaisuri sampailah ke gambar their late King Bhumibol. Massive respect! Yang kita kat Malaysia ni YDPA pun ada yang sanggup maki. Haishh.
Upacara penyampaian pingat oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. 
Pemenang pingat acara bola sepak Sukan SEA KL 2017. Gold: Thailand, Silver: Malaysia, Bronze: Indonesia. Okay, so Siam tu nombor satu sekarang ni. What now?
Kita tukar jersi Thailand lah apa lagi! Haha
Saja je. Malaysia tetap dihati lah wei! Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebab negara ni tanah tumpahnya darahku. #BangkitBersama

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bakal melabuhkan tirainya malam ini dengan Malaysia masih mendahului senarai kutipan pingat dengan 315 medal in total. Benchmark 111 Emas sudah pun dicapai, cuti ke tak tu belakang ceritalah. Haha. Yang penting memang aku bangga dengan pencapaian atlet-atlet negara kita untuk temasya sukan tahun ni. Last but not least, Happy Merdeka Day in advance ya to my fellow Malaysian out there! 

Sunday, August 27, 2017

Kisah AKU n Glorious Saturday Night!

Assalamualaikum,

Selamat malam semua. Boring jugak minggu ni. Takde aktiviti menarik pun yang nak kongsi sebenarnya tapi hari tu dah janji kan dalam my 2017 Resolution - 1 Minggu, 1 Entri. So, kita grab je lah cerita yang ada. Huu. Kalau ikutkan hari ni aku nak join Syawal and the geng ke Teluk Intan untuk menghadiri wedding Faisal. Dah lah minggu lepas missed, minggu ni pun missed jugak. Haishh, takde rezeki lah nampaknya nak tengok kawan naik pelamin. Anyway, suka aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru sekali lagi kepada pasangan yang diraikan hari ni. Ada free time nanti aku datang rumah korang. Huu
Cerita dipejabat minggu ni - Meeting di LLM hari Isnin, hari lain semua dekat HQ. Jimat sikit minyak kereta. Haha
Semalam bawa Blueniey pergi Perodua Sungai Choh. Dah 70,000 KM beb! Kalau ikut schedule servis sepatutnya bulan 11 ni, tapi sebab kerap sangat berjalan. Belum masuk September dah kena servis..:-)
Ehh, dah kenapa pulak ni? Kereta kau ke yang biru tu Farid? Huu. Takdelah, lepas servis aku ke Perodua Body Repair & Paint Hub Rawang. Dah lama postpone nak repair rear bumper aku yang kena hentam tahun lepas. So, semalam datang sekali lagi nak discuss and book date untuk repair. Kali ni betul bro, saya hantar punya. Haa
Ini lah dia kesan hentaman yang aku dapat bulan 9 tahun lepas. Time tu aku ke Setapak minum dengan bos lama. Korang tahulah macam mana susahnya nak cari parking area Columbia Hospital tu. Cari punya cari dapatlah satu parking muat-muat je kereta kontot aku ni. Elok lepas ngeteh nak balik rumah, tengok dah terbarai macam ni. Bayangkan dah setahun aku drive Blueniey dengan keadaan camni, semuanya gara-gara takde masa since kalau nak repair kena tinggal kereta kat Perodua dalam 3 hari. Yelah kerja aku kan bergerak sana-sini, nak pergi kerja naik apa der? Since September ni aku bakal ke Krabi for a company trip, memang cantik sangatlah. Quotation pun dah dapat, RM700+ jugak kos naik baikpulih. :-)
Ni cerita our glorious night pulak - hujan lebat kat sini, so Astro macam biasalah buat taik takde coverage. Sudahnya dapat tengok match Malaysia-Indonesia ni pun dah masuk minit 70. Nasib baik 0-0 lagi time tu. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Malaya kita dengan tandukan N. Thanabalan pada minit ke-82. Final nanti kita akan bertemu Thailand untuk perebutan ibu Emas bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini. Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan negara kita. Amin
Kesian. Tak boleh nak kutuk banyak-banyak since kontraktor rumah aku pun orang Indonesia jugak. Mau dia terbaca nanti habis mogok tak nak siapkan kerja. Haha
Haa, ni satu lagi game yang melibatkan pasukan kesayangan aku - Newcastle United menentang West Ham. Kemenangan pertama kami didalam English Premier League ini menamatkan rentetan kekalahan dalam dua perlawanan terawal. Kemas gameplay semalam, memang padu combination from our midfield oleh Ritchie-Merino-Hayden-Atsu. Joselu mencetakkan gol karier pertamanya untuk Newcastle. Clark menanduk masuk gol kedua dan our supersub, Mitrovic menyumbat gol ketiga sekaligus memastikan malam gemilang The Magpies!

What can I say? Truly a glorious night for me. Malaysia masuk final, Newcastle menang bergaya. Harapnya momentum kemenangan ni dikekalkan lah ye sampai habis liga. Nak jugak tengok Newcastle main peringkat Eropah pulak. Huu

P/S: Yang penting esok jersi gua dapat..:-)

Sunday, August 20, 2017

Kisah AKU n AGM Koperasi WIBM @ Shah Alam

Assalamulaikum, 

Selamat petang semua, lama jugak aku tidur tadi. Maklumlah, minggu ni memang kurang tidur. Faham-faham je lah, BD nya kat sini aku sorang je. Haha. Tapi takpe, at least aku still in one piece kan? Tu maksudnya walau apapun kerja yang diberi, aku akan try buat sehabis baik even though it will drain my energy. Haha. Well, thats the idea of employment. You are getting paid and rewarded by your effort. So, no surprise lah kan aku dapat performance bonus hari tu walaupun tak cukup setahun lagi kerja last month. I deserved that! Hehe
Okaylah, nak cerita pasal aktiviti semalam sebenarnya. Seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah bergerak ke Shah Alam untuk sebuah AGM yang dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Industri Binaan Malaysia ataupun dikenali sebagai WIBM.
Since my boss merupakan Pengerusi untuk association ni, aku dan Kak Amy diminta untuk membantu untuk melancarkan perjalanan program disamping beberapa orang lagi dari syarikat lain. Huu, dah lama tak organize event macam ni. Time kat UiTM dulu almost setiap minggu kena organize modul KI..:-)
Ohh terlupa pulak, event ni dianjurkan di Bilik Mesyuarat Level 4, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Tahun ni saja dah masuk kali kedua aku datang sini.
Kaunter pendaftaran dibuka sekitar jam 9 pagi di lobi Perpustakaan.
10AM - Majlis dimulakan dengan ucaptama dari Pengerusi, Pn. Zihan. Basically AGM semalam ni adalah bertujuan untuk menubuhkan sebuah koperasi yang bernaung didalam WIBM. 
Penerangan dari wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia tentang latar belakang, undang-undang Koperasi di Malaysia. Selain jaga event, jadi tukang amik gambar pun kerja aku jugak semalam..:-p
Yang datang ni bukan calang-calang tau. Mereka ni terdiri dari golongan professional wanita yang bergiat didalam sektor binaan negara yang datang dari latarbelakang berbeza - jurutera, surveyor, arkitek, akauntan, lawyer etc. Most of them merupakan owner ataupun memegang jawatan directorship dan C-level didalam syarikat yang diwakili masing-masing. 
Pukul 1 petang, Syawal (kiri) share gambar ni dalam group. Ye betul tu, sepatutnya aku plan nak join konvoi majlis persandingan one of my UiTM friend, Faisal di Bandar Tun Razak, Cheras. Tapi, since event pun dah over-dragged. Terpaksalah aku melupakan hasrat nak attend his wedding.. Sobs
Congratulation Bro Faisal dan pasangan, Farhan who is also one of my friend dekat UiTM. Seingat aku diorang ni kapel since semester pertama degree lagi. Kahwin jugak korang ye. Tahniah-tahniah. Terkilan tak dapat join sebab ramai kawan-kawan dari batch kami yang turun semalam..:-(
Sekitar jam 2.30 petang, the event was being concluded dengan objektif AGM berjaya dicapai melalui penubuhan koperasi yang diberi nama Koperasi Wanita Industri Binaan Bumiputera Berhad. Congratulation!
Kami yang urusetia habis pack up sekitar jam 3 petang. Since nak pergi Cheras pun memang dah tak sempat, alang-alang ada kat Shah Alam aku decided to pay a visit to my friends yang stay kat sini. Siapa lagi yang aku nak melawat kat sini kalau bukan Bro Joe and the gang. Haha
Tumpang melelapkan mata kat rumah diorang sekejap before mengeteh kat Hakim around 6PM. Kebetulan ada match MU-Swansea, dengan aku sekali melayan tengok sampai jam 10 malam. Lama tak jumpa beb, banyak benda nak sembang. Itu pun tak habis cover lagi tu.
Sempatlah melawat fakulti kami yang tercinta ni..:-)
Tak sangka, dah 3 tahun aku tinggalkan fakulti yang telah memberikan banyak jasa untuk aku. Well, thank you very much FSPPP. Tengoklah produk korang ni, jadi orang berguna dah. Huu
Aku gerak dari Shah Alam sekitar jam 11 then sambung melepak lagi dengan bro-bro ni pulak. Haha, tak penat ke siot! Macam aku selalu cakap, kawan dan family je yang aku ada sekarang. Let's cherish the moment selagi diorang ada depan mata. 
Ni pulak cerita pagi tadi, lepas beli breakfast aku ke Dewan KRT Kembojasari, Sungai Buaya menghadiri event yang dianjurkan Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya mengenai isu tuntutan Individual Title yang menjadi kanser untuk urusan jual-beli hartanah dikawasan ni. Isu yang berlarutan selama 20 tahun ni membuatkan pembeli rumah still tak dapat status Individual Title even though dah habis bayar loan rumah. Puncanya sebab developer kaput and abandoned the project leaving status tanah ini stuck di Master Title. Since aku pun bakal memiliki rumah area ni, elok sangatlah aku datang untuk mendengar penjelasan pihak berwajib. At the end of the event, kami signed a memorandum untuk menuntut hak-hak penduduk yang dah lama nakkan isu ni settle termasuklah aku sendiri. 

Haa, itu lah aktiviti hujung minggu aku. Tak menarik bukan? Haha. Okaylah, aku nak ready tengok second match Newcastle jam 8.30 ni menentang old rival di EFL Championship, Huddersfield. Harapnya dapatlah kemenangan pertama lah ye. Howay The Lads!

Sunday, August 13, 2017

Kisah AKU n A Day @ Melawati Mall

Assalamualaikum,

Banyak beb nak cerita malam ni. Huu. Okay, malas nak membuang masa. Jom straight to the point je lah. Petang tadi aku dan bro-bro Sungai Buaya meluangkan masa merayau bersama. Ceritanya bermula semalam...
As usual, malam Sabtu kami bertiga melepak dekat kedai Siam ni. Si Dolah bukak topik ada shopping mall baru dekat Gombak. Since aku pun kerja area situ, memang confirmed mall yang Dolah maksudkan tu Melawati Mall baru je open it's door to the public sekitar awal bulan Ogos. So, plannya kami nak visit lah mall baru ni dan tengok apa yang ada kat dalam tu..:-)
2PM - aku keluar dari rumah pick up diorang dan terus menuju ke Gombak. Sampai sekitar jam 2.40 petang. Memang penuh pengunjung yang datang kat sini, nasib baiklah mall ni pakai Intelligent Parking System which can ease the experience of cari parking yang kebiasannya mengecewakan. In addition, sekarang ni pulak free parking, memang elok sangatlah. Jimat sikit TnGo aku tu. Huu
Boleh tahan besar jugak mall ni. Semput jugak Dolah tadi. Haha. FYI, Melawati Mall ni dibangunkan secara usahasama oleh CapitaLand Malls Asia dan Sime Darby Property untuk accomodate residen-residen yang menetap sekitar Taman Melawati, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bukit Antarabangsa, Taman Permata dan sewaktu dengannya even though kawasan-kawasan ni dah terlampau banyak shopping mall such as KL Festival City, Wangsa Walk, AEON AU2 etc. :-p
Patutlah takde dalam cinema listing. Tak bukak lagi rupanya GSC kat sini. Firezone Karaoke pun belum open lagi. But it's okaylah, at least we knew Melawati Mall ni dapat jadi satu lagi alternatif plus rival for Space U8 untuk port kami "beriadah"  Haha
Mencuci mata depan kiosk make up yang disediakan. Masing-masing bajet tunggu awek, padahal semua single. Huhu
Sebelum balik kami singgah makan kat Carl's Junior. Tak pernah try lagi dine-in kat sini, orang kata best. Yeke?
Padu jugak CJ Chilis Burger ni. Apa padu, padu? Ingat Pian Vitdaily ke? Hahaha..:-p
Lepak luar jap sambil teman bro-bro ni smoking. Maklumlah, dalam kereta aku kan zon larangan merokok. Karang ada yang mati sesak nafas tak dapat rokok pulak. Haha
Selfie satu kali! Muka masing-masing macam cover album New Boys dulu-dulu. Hii
5 PM - Since masa pun still awal dan kami pun rasa takde apa yang menarik setakat ni kat Melawati Mall tu. Aku pun decided to bawa diorang ke Prima Gombak, berdekatan Menara AlloyMtd. Kat sini ada karok best, boleh tahan murah jugak.
RM 34 je untuk 2 jam. Okaylah. First time aku datang sini dengan kawan-kawan Quatriz dalam bulan 2 hari tu. Tak silap kami baru balik dari wedding Shahrul kat Temerloh.
Feeling Dolah tu nyanyi. Sebak pulak aku dengar. Haha, cam cibai..;-p
Sekitar jam 8 malam, kami bergerak meninggalkan Prima Gombak. Nasib baiklah jalan clear, sempatlah aku tengok first match Newcastle dalam English Premier League tahun ni. Tapi tu lah, nasib tak berapa baik kalah 0-2 against Spurs. Takpelah, hard luck. Kita pun main 10 orang je tadi. Next week we will bounce back. Howay The Lads!

Itu sajalah cerita aku untuk malam ni. Nak tidur dulu since esok nak ke Shah Alam, kena jadi event committee pulak untuk AGM WIBM atas arahan direct superior aku. Takpelah, yang penting ada elaun. Huhu

Kisah AKU n Busy Week!

Assalamualaikum,

Sorry lah lewat update malam ni. Baru lepas tengok EPL tadi. Maklumlah, first time team aku main dalam liga ni setelah satu season menyorok dalam gua. Huu. Okaylah nak cerita sikit aktiviti minggu ni di pejabat. Banyak episod suka duka, nak tahu? Jom lah baca.
Its tender week! Ada dua tender nak kena submit minggu lepas and unluckily for me, it's back to back submission dimana tender pertama kena hantar Rabu, while another one hari Khamis. Memang aku berkampung kat TPM lah tiga hari tu.
Macam biasalah, barang-barang keperluan plus stok Nescafe + Maggi untuk membekal tenaga berpanjangan. Huhu
Start bertugas menyiapkan dokumen-dokumen bermula pukul 10 hari Selasa, wrap the job sekitar jam 10 pagi Rabu. Dengan tak tidurnya, restless. Bayangkanlah betapa lesunya aku nak menghadap satu lagi submission. 
Nasib baik technical partner kami yang volunteer untuk submit ke SSM, so dapatlah aku tidur sekejap. Lepas lunch terus bersiap untuk preparation tender kedua. Alhamdulillah, jam 10 malam berjaya wrap the job. On the way balik singgah KFC, memang kebulur gua hari tu. Haha. 
Ni pulak cerita Jumaat lepas. As mentioned before our Financial Controller already tendered her resignation bulan lepas. Staf-staf kat HQ including me dah pun buat quick farewell party kat Sunway Putra hari tu. Yang hat ni pulak kami buat secara besar-besaran dengan kehadiran bos-bos sekali.
The venue located di Secret Recipe, Wisma Standard Chartered yang terletak di Bukit Jalil. Kebetulan Jumaat lepas kami ada operation meeting, memang elok sangatlah ramai staf yang ada with exception our technical staffs yang scattered all over the highways..:-)
Ni je lah satu-satu gambar yang aku terinterframed time farewell party tu. Haha
Secret Recipe Fried Rice With Mexican Grilled Chicken. Memang power! 
Fuyoo, dapat kek Secret Recipe tu! Malangnya aku tak makan kek. So, you guys can enjoy my portion. Huhu
Penyampaian gift oleh CEO kami, En. Zainul kepada Kak Ain as a token of appreciation kepada khidmat beliau kepada syarikat.

So, itu lah cerita di pejabat minggu ni. Macam-macam cerita ada, dari steadfast commitment yang ditunjukkan team CPD sepanjang 3 hari kami bertungkus lumus menyiapkan tender, sampailah ke farewell party. Okaylah, aku nak update satu lagi entri ni. Nak tahu pasal apa, baca nanti eh. Huu