Sunday, August 20, 2017

Kisah AKU n AGM Koperasi WIBM @ Shah Alam

Assalamulaikum, 

Selamat petang semua, lama jugak aku tidur tadi. Maklumlah, minggu ni memang kurang tidur. Faham-faham je lah, BD nya kat sini aku sorang je. Haha. Tapi takpe, at least aku still in one piece kan? Tu maksudnya walau apapun kerja yang diberi, aku akan try buat sehabis baik even though it will drain my energy. Haha. Well, thats the idea of employment. You are getting paid and rewarded by your effort. So, no surprise lah kan aku dapat performance bonus hari tu walaupun tak cukup setahun lagi kerja last month. I deserved that! Hehe
Okaylah, nak cerita pasal aktiviti semalam sebenarnya. Seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah bergerak ke Shah Alam untuk sebuah AGM yang dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Industri Binaan Malaysia ataupun dikenali sebagai WIBM.
Since my boss merupakan Pengerusi untuk association ni, aku dan Kak Amy diminta untuk membantu untuk melancarkan perjalanan program disamping beberapa orang lagi dari syarikat lain. Huu, dah lama tak organize event macam ni. Time kat UiTM dulu almost setiap minggu kena organize modul KI..:-)
Ohh terlupa pulak, event ni dianjurkan di Bilik Mesyuarat Level 4, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Tahun ni saja dah masuk kali kedua aku datang sini.
Kaunter pendaftaran dibuka sekitar jam 9 pagi di lobi Perpustakaan.
10AM - Majlis dimulakan dengan ucaptama dari Pengerusi, Pn. Zihan. Basically AGM semalam ni adalah bertujuan untuk menubuhkan sebuah koperasi yang bernaung didalam WIBM. 
Penerangan dari wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia tentang latar belakang, undang-undang Koperasi di Malaysia. Selain jaga event, jadi tukang amik gambar pun kerja aku jugak semalam..:-p
Yang datang ni bukan calang-calang tau. Mereka ni terdiri dari golongan professional wanita yang bergiat didalam sektor binaan negara yang datang dari latarbelakang berbeza - jurutera, surveyor, arkitek, akauntan, lawyer etc. Most of them merupakan owner ataupun memegang jawatan directorship dan C-level didalam syarikat yang diwakili masing-masing. 
Pukul 1 petang, Syawal (kiri) share gambar ni dalam group. Ye betul tu, sepatutnya aku plan nak join konvoi majlis persandingan one of my UiTM friend, Faisal di Bandar Tun Razak, Cheras. Tapi, since event pun dah over-dragged. Terpaksalah aku melupakan hasrat nak attend his wedding.. Sobs
Congratulation Bro Faisal dan pasangan, Farhan who is also one of my friend dekat UiTM. Seingat aku diorang ni kapel since semester pertama degree lagi. Kahwin jugak korang ye. Tahniah-tahniah. Terkilan tak dapat join sebab ramai kawan-kawan dari batch kami yang turun semalam..:-(
Sekitar jam 2.30 petang, the event was being concluded dengan objektif AGM berjaya dicapai melalui penubuhan koperasi yang diberi nama Koperasi Wanita Industri Binaan Bumiputera Berhad. Congratulation!
Kami yang urusetia habis pack up sekitar jam 3 petang. Since nak pergi Cheras pun memang dah tak sempat, alang-alang ada kat Shah Alam aku decided to pay a visit to my friends yang stay kat sini. Siapa lagi yang aku nak melawat kat sini kalau bukan Bro Joe and the gang. Haha
Tumpang melelapkan mata kat rumah diorang sekejap before mengeteh kat Hakim around 6PM. Kebetulan ada match MU-Swansea, dengan aku sekali melayan tengok sampai jam 10 malam. Lama tak jumpa beb, banyak benda nak sembang. Itu pun tak habis cover lagi tu.
Sempatlah melawat fakulti kami yang tercinta ni..:-)
Tak sangka, dah 3 tahun aku tinggalkan fakulti yang telah memberikan banyak jasa untuk aku. Well, thank you very much FSPPP. Tengoklah produk korang ni, jadi orang berguna dah. Huu
Aku gerak dari Shah Alam sekitar jam 11 then sambung melepak lagi dengan bro-bro ni pulak. Haha, tak penat ke siot! Macam aku selalu cakap, kawan dan family je yang aku ada sekarang. Let's cherish the moment selagi diorang ada depan mata. 
Ni pulak cerita pagi tadi, lepas beli breakfast aku ke Dewan KRT Kembojasari, Sungai Buaya menghadiri event yang dianjurkan Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya mengenai isu tuntutan Individual Title yang menjadi kanser untuk urusan jual-beli hartanah dikawasan ni. Isu yang berlarutan selama 20 tahun ni membuatkan pembeli rumah still tak dapat status Individual Title even though dah habis bayar loan rumah. Puncanya sebab developer kaput and abandoned the project leaving status tanah ini stuck di Master Title. Since aku pun bakal memiliki rumah area ni, elok sangatlah aku datang untuk mendengar penjelasan pihak berwajib. At the end of the event, kami signed a memorandum untuk menuntut hak-hak penduduk yang dah lama nakkan isu ni settle termasuklah aku sendiri. 

Haa, itu lah aktiviti hujung minggu aku. Tak menarik bukan? Haha. Okaylah, aku nak ready tengok second match Newcastle jam 8.30 ni menentang old rival di EFL Championship, Huddersfield. Harapnya dapatlah kemenangan pertama lah ye. Howay The Lads!

No comments:

Post a Comment