Sunday, August 27, 2017

Kisah AKU n Glorious Saturday Night!

Assalamualaikum,

Selamat malam semua. Boring jugak minggu ni. Takde aktiviti menarik pun yang nak kongsi sebenarnya tapi hari tu dah janji kan dalam my 2017 Resolution - 1 Minggu, 1 Entri. So, kita grab je lah cerita yang ada. Huu. Kalau ikutkan hari ni aku nak join Syawal and the geng ke Teluk Intan untuk menghadiri wedding Faisal. Dah lah minggu lepas missed, minggu ni pun missed jugak. Haishh, takde rezeki lah nampaknya nak tengok kawan naik pelamin. Anyway, suka aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru sekali lagi kepada pasangan yang diraikan hari ni. Ada free time nanti aku datang rumah korang. Huu
Cerita dipejabat minggu ni - Meeting di LLM hari Isnin, hari lain semua dekat HQ. Jimat sikit minyak kereta. Haha
Semalam bawa Blueniey pergi Perodua Sungai Choh. Dah 70,000 KM beb! Kalau ikut schedule servis sepatutnya bulan 11 ni, tapi sebab kerap sangat berjalan. Belum masuk September dah kena servis..:-)
Ehh, dah kenapa pulak ni? Kereta kau ke yang biru tu Farid? Huu. Takdelah, lepas servis aku ke Perodua Body Repair & Paint Hub Rawang. Dah lama postpone nak repair rear bumper aku yang kena hentam tahun lepas. So, semalam datang sekali lagi nak discuss and book date untuk repair. Kali ni betul bro, saya hantar punya. Haa
Ini lah dia kesan hentaman yang aku dapat bulan 9 tahun lepas. Time tu aku ke Setapak minum dengan bos lama. Korang tahulah macam mana susahnya nak cari parking area Columbia Hospital tu. Cari punya cari dapatlah satu parking muat-muat je kereta kontot aku ni. Elok lepas ngeteh nak balik rumah, tengok dah terbarai macam ni. Bayangkan dah setahun aku drive Blueniey dengan keadaan camni, semuanya gara-gara takde masa since kalau nak repair kena tinggal kereta kat Perodua dalam 3 hari. Yelah kerja aku kan bergerak sana-sini, nak pergi kerja naik apa der? Since September ni aku bakal ke Krabi for a company trip, memang cantik sangatlah. Quotation pun dah dapat, RM700+ jugak kos naik baikpulih. :-)
Ni cerita our glorious night pulak - hujan lebat kat sini, so Astro macam biasalah buat taik takde coverage. Sudahnya dapat tengok match Malaysia-Indonesia ni pun dah masuk minit 70. Nasib baik 0-0 lagi time tu. Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Malaya kita dengan tandukan N. Thanabalan pada minit ke-82. Final nanti kita akan bertemu Thailand untuk perebutan ibu Emas bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini. Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan negara kita. Amin
Kesian. Tak boleh nak kutuk banyak-banyak since kontraktor rumah aku pun orang Indonesia jugak. Mau dia terbaca nanti habis mogok tak nak siapkan kerja. Haha
Haa, ni satu lagi game yang melibatkan pasukan kesayangan aku - Newcastle United menentang West Ham. Kemenangan pertama kami didalam English Premier League ini menamatkan rentetan kekalahan dalam dua perlawanan terawal. Kemas gameplay semalam, memang padu combination from our midfield oleh Ritchie-Merino-Hayden-Atsu. Joselu mencetakkan gol karier pertamanya untuk Newcastle. Clark menanduk masuk gol kedua dan our supersub, Mitrovic menyumbat gol ketiga sekaligus memastikan malam gemilang The Magpies!

What can I say? Truly a glorious night for me. Malaysia masuk final, Newcastle menang bergaya. Harapnya momentum kemenangan ni dikekalkan lah ye sampai habis liga. Nak jugak tengok Newcastle main peringkat Eropah pulak. Huu

P/S: Yang penting esok jersi gua dapat..:-)

No comments:

Post a Comment