Sunday, August 13, 2017

Kisah AKU n A Day @ Melawati Mall

Assalamualaikum,

Banyak beb nak cerita malam ni. Huu. Okay, malas nak membuang masa. Jom straight to the point je lah. Petang tadi aku dan bro-bro Sungai Buaya meluangkan masa merayau bersama. Ceritanya bermula semalam...
As usual, malam Sabtu kami bertiga melepak dekat kedai Siam ni. Si Dolah bukak topik ada shopping mall baru dekat Gombak. Since aku pun kerja area situ, memang confirmed mall yang Dolah maksudkan tu Melawati Mall baru je open it's door to the public sekitar awal bulan Ogos. So, plannya kami nak visit lah mall baru ni dan tengok apa yang ada kat dalam tu..:-)
2PM - aku keluar dari rumah pick up diorang dan terus menuju ke Gombak. Sampai sekitar jam 2.40 petang. Memang penuh pengunjung yang datang kat sini, nasib baiklah mall ni pakai Intelligent Parking System which can ease the experience of cari parking yang kebiasannya mengecewakan. In addition, sekarang ni pulak free parking, memang elok sangatlah. Jimat sikit TnGo aku tu. Huu
Boleh tahan besar jugak mall ni. Semput jugak Dolah tadi. Haha. FYI, Melawati Mall ni dibangunkan secara usahasama oleh CapitaLand Malls Asia dan Sime Darby Property untuk accomodate residen-residen yang menetap sekitar Taman Melawati, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bukit Antarabangsa, Taman Permata dan sewaktu dengannya even though kawasan-kawasan ni dah terlampau banyak shopping mall such as KL Festival City, Wangsa Walk, AEON AU2 etc. :-p
Patutlah takde dalam cinema listing. Tak bukak lagi rupanya GSC kat sini. Firezone Karaoke pun belum open lagi. But it's okaylah, at least we knew Melawati Mall ni dapat jadi satu lagi alternatif plus rival for Space U8 untuk port kami "beriadah"  Haha
Mencuci mata depan kiosk make up yang disediakan. Masing-masing bajet tunggu awek, padahal semua single. Huhu
Sebelum balik kami singgah makan kat Carl's Junior. Tak pernah try lagi dine-in kat sini, orang kata best. Yeke?
Padu jugak CJ Chilis Burger ni. Apa padu, padu? Ingat Pian Vitdaily ke? Hahaha..:-p
Lepak luar jap sambil teman bro-bro ni smoking. Maklumlah, dalam kereta aku kan zon larangan merokok. Karang ada yang mati sesak nafas tak dapat rokok pulak. Haha
Selfie satu kali! Muka masing-masing macam cover album New Boys dulu-dulu. Hii
5 PM - Since masa pun still awal dan kami pun rasa takde apa yang menarik setakat ni kat Melawati Mall tu. Aku pun decided to bawa diorang ke Prima Gombak, berdekatan Menara AlloyMtd. Kat sini ada karok best, boleh tahan murah jugak.
RM 34 je untuk 2 jam. Okaylah. First time aku datang sini dengan kawan-kawan Quatriz dalam bulan 2 hari tu. Tak silap kami baru balik dari wedding Shahrul kat Temerloh.
Feeling Dolah tu nyanyi. Sebak pulak aku dengar. Haha, cam cibai..;-p
Sekitar jam 8 malam, kami bergerak meninggalkan Prima Gombak. Nasib baiklah jalan clear, sempatlah aku tengok first match Newcastle dalam English Premier League tahun ni. Tapi tu lah, nasib tak berapa baik kalah 0-2 against Spurs. Takpelah, hard luck. Kita pun main 10 orang je tadi. Next week we will bounce back. Howay The Lads!

Itu sajalah cerita aku untuk malam ni. Nak tidur dulu since esok nak ke Shah Alam, kena jadi event committee pulak untuk AGM WIBM atas arahan direct superior aku. Takpelah, yang penting ada elaun. Huhu

No comments:

Post a Comment