Assalamualaikum, hari tu aku dapat message ni from UiTM:
Terkejut jugak mula-mula sebab memang setahu aku, takde pulak aku buat application untuk sambung Master ni. Fikir lepas grad ni nak kerja dulu, Master Degree ni mungkin boleh tunggu sekejap kot..huu. Tapi tu lah, rezeki kan. Tiba-tiba pulak dapat call for interview. Aku tanya kawan-kawan lain, ada jugak yang dapat walaupun tak apply. So, kitorang assume yang ramai tak nak buat Master ni sebab yang kitorang dapat ni sebenarnya Research, bukan Coursework.
So, lepas tu aku bukak lah laman web IPSIS tu, nak check betul ke, kot la silap orang kan..tengok-tengok memang ada call for interview. Pastu aku call la mak ayah tanya pendapat, so pendapat mereka better lah sambung sebab bukan semua orang dapat peluang sambung belajar sampai Master ni.
Kelakar jugak bila fikir balik yang sememangnya Master ni memang tak masuk dalam perancangan asal aku. Dulu ingat lepas grad nak terus kerja - maklumlah tengah ada girlfriend time tu. Mestilah nak kumpul duit sebab nak kahwin..haha. So, since sekarang ni aku pun vacant, rasa macam boleh nak sambung Master ni, plus kalau habis Research awal, by any luck umur 23 tahun aku dah ada Master Degree ni..:-)
Research memang antara benda kegemaran aku walaupun tak dinafikan memang penat nak siapkan walau satu study, sebab aku memang suka kerja-kerja lapangan ni. Plus, time research hari tu pun aku digalakkan oleh panel and supervisor untuk sambung ke peringkat yang lebih extensive. Since minat aku terhadap Quality ni pun memang mendalam.
Tapi tu lah, dapat message tu pun kurang dari seminggu dan interview tu pulak esok. Mana lah sempat nak prepare sijil-sijil original, buat pulak family aku semua balik kampung so memang takde orang kat rumah nak poskan hari tu. Plus, untuk interview Master Research ni kita kena prepare proposal untuk our next Research. Ni lagi lah tak sempat sengal..haha.
So, aku pun tak tau lagi macam mana ni. Nak pergi ke tak interview tu esok? Rasa kalau mintak ayah emelkan then aku print rasanya memang okay. Tapi takut panel mintak yang ori pulak. Pasal research proposal rasanya takda masalah sangat, aku bentang je lah research lama aku tu. Pastu pandai-pandai lah pusing sikit..haha
Takpelah, maybe aku try je pergi esok. Insya Allah, kalau ni jalan yang Allah tetapkan. Semuanya baik-baik sahaja untuk petang esok. Amin