Tuesday, September 29, 2026

Kisah AKU n Family Staycation @ Genting Highlands - Day 1

Assalamualaikum,

Fuhh, letih beb hari ni. Rasa macam nak tidur terus je, tapi kalau tak update karang asyik bertangguh pulak. Okaylah, nak story sikit pasal my short vacation bersama family tercinta.
Hari Sabtu tu since aku ada event kat sekolah. Kami gerak lambat sikit after Zohor. While mak ayah dan adik, bersama family Along dah gerak dulu dalam jam 12 tengahari.
Nasib baiklah jalan tak jem. Sampai ditempat penginapan kami selama 2 hari 1 malam di Antara Genting @ Genting Highlands. Berkabus betul petang tu.
Since kitorang gerak asing since ada event kat sekolah pagi tu. Family member yang lain semua lunch di Sky Avenue. Aku sampai ngam-ngam jam 3 petang dan terus check in.
Cakap kat Fariq jangan buat selerak, nanti Along nak buat video record bila dia sampai. Tu yang behaves je. Haha 
Sedikit gambar didalam bilik keluarga aku. Dapat lah view menghadap banjaran Titiwangsa. Bilik yang lain pun ada banjaran jugak, cuma bilik aku ni master bedroom. So luas sikit..:-)
Alang-alang diorang tak sampai lagi, kami berphotoshoot dulu satu family...:-)
Selfie laki bini. Huhu
Makan dulu, order from room service. Diorang ada JV dengan kopitiam dekat lobi tu.
What a breathtaking view. Haha. Tak nampak apa langsung. Buat pulak baru lepas hujan.
Dalam jam 4 petang tu baru lah diorang sampai. 
Tengah plan nak buat apa since tentatif lari sikit.
So, petang tu dalam jam 5.30 petang, kami turun untuk meninjau fasiliti yang ada kat Antara Genting ni. Ni dekat Terrarium Level 1, yang juga menempatkan gymnasium, swimming pool dan bowling alley. 
View dari second deck Terrarium. Rasa boleh nampak Sungai Buaya tak dari sini? Sebab from Tol Sungai Buaya boleh nampak Genting Highlands. Haha
Ada vibe KUDRAT tak? Haha
Wife bergambar landscape inside the terrarium.
Ni level 2. Ada cigar room, dart and billiard room. Ada jugak bilik AV, dan juga arcade zone. Except for cigar room dan arcade, the rest semua kena pre-book dulu since fasiliti tu limited. 
Dalam jam 6.15 camtu, kami strolling the mall. Antara Genting ni directly connected dengan Antara Signature Mall , dan juga linked with Sky Avenue via a 1.2km covered walkway macam dalam gambar ni.
Nak cari port makan malam nanti. Since mak ayah tak join kami jalan-jalan time ni. 
Dalam jam 7 petang baru lah kami menamatkan tour and buat quick planning until aktiviti malam later.

Sebelum naik sempat bawak budak-budak ni main a variety of indoor playground yang ada dekat Antara Genting ni.

Uniknya, from 47 tingkat yang ada - ada a few levels with unique indoor playground such as Experience Playground, The Hammock, Whimsical Playground, The Trampoline. Ada juga Stargazing Deck di tingkat 38
Naik je bilik, tengok tuan ni layan movie. Haha. 
Lepas Maghrib, budak-budak ni melayan jakuzi pulak. Suhu air boleh set, so walaupun kat balcony ni bapak sejuk, tapi air dalam tu memang just nice. Takpe korang berendam dulu, nanti bagi orang tua pulak berkubang.
Malam tu kami berlima je yang turun semula ke shopping mall untuk dinner si Papparich Kopitiam. Mak tak larat nak keluar, lagipun budak2 tiga orang tu tak nak keluar jakuzi. Haha
After dinner, plan nak pergi main arked. Tapi canceled, ramai pulak orang dalam tu. 
Sudahnya lepak di Luckin Coffee @ Antara Genting. Mengopi sambil menikmati udara segar yang lagi dingin kat atas ni.
Naik atas dalam jam 10.15 malam, tengok budak-budak pun dah hanyut. Then turn kami pulak  enjoy jakuzi sambil melayan KUDRAT 1968. Pastu sambung Kahar Kapla pulak kat Netflix. Haha

That's the wrap untuk entri hari pertama kami di Genting Highlands. Ada lagi satu entry yang akan aku sajikan for the next hours. Stay tuned

No comments:

Post a Comment