Monday, September 14, 2026

Kisah AKU n Sambutan Maulidur Rasul 2026 @ Bandar Sungai Buaya

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak berkongsi pengalaman kami sekeluarga join sambutan Maulidur Rasul di Bandar Sungai Buaya ni. 

Hari Rabu, tanggal 25 Ogos 2026, umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul bagi meraikan hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Walaupun ada perbezaan pendapat, tapi sambutan ni tak salah kita raikan untuk menyatakan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar kepada Nabi Muhammad SAW..:-)
Sambutan tahun ni agak delay sikit iaitu berlangsung pada 13 September 2026, sebab timing tak berapa nak cun. mungkin clash dengan cuti sekolah dan Hari Merdeka. Tu yang buat minggu ni. Seawal jam 7.30 kami dah bergerak ke venue program yang terletak dihadapan SMK Bandar Sungai Buaya. 
Berkumpul dikhemah nombor 3 iaitu team kariah Surau An-Nur Presint 11 Mawarsari. Sambil-sambil tu dengar persembahan qasidah dari anak-anak Maahad Tahfiz Darul Quran Felda Sungai Buaya.
Event dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Persatuan Penduduk BSB, Dato' Rusly dan juga taklimat keselamatan dari wakil JPAM. Ni time tengah susun baris untuk memulakan sesi perarakan sepanjang 1.5km.
Tengah susun formasi. Huhu
Surau An-Nur dengan warna tema hijau. Semuanya segak dan cantik belaka. 
Perarakan bermula sekitar jam 8 pagi. Teringat zaman sekolah dulu, camni lah gayanya. Berarak sambil berselawat beramai-ramai keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
Semua pantang nampak kamera. Jiran Mawarsari yang snap. Taman kami ni sebelah jalan besar je, so untunglah.
Budak-budak dok depan. Ni frontliner kitorang..:-p
Habis berarak dalam jam 8.30 pagi. Bergambar kenangan bersama jiran-jiran Taman Mawarsari
Ada jamuan disediakan bagi peserta-peserta yang hadir memeriahkan majlis. Syok brader ni dapat jumpa member surau.
Dapatlah breakfast bihun goreng free, berserta pelbagai jenis minuman dan kuih-muih dari kaunter F&B yang ada. Jangan tanya aku kenapa pakai baju melayu full set + kopiah. Aku follow arahan je, walaupun rasa something off. Baju melayu full set patut pair dengan songkok. Huhu
Majlis bersambung dengan ucapan Penghulu Mukim Serendah mewakili MPKK Hulu Selangor dan juga upacara penyampaian hadiah dan cenderahati kepada wakil-wakil 14 surau di Bandar Sungai Buaya dan Felda Sungai Buaya.
Terserempak dengan mak yang join kontinjen Masjid ar-Rahmah..:-)
Ada juga gerai jualan MADANI. Tu yang wife pergi borong berkotak tu. Haha
Sekitar jam 10 pagi, cari mak dekat khemah Masjid ar-Rahmah, dan kami sekeluarga beransur pulang untuk menamatkan aktiviti Maulidur Rasul pada tahun ni.

Yup, itu sahaja ceritanya. Esok ramai pulak colleagues' yang cuti maybe sambung cuti Hari Malaysia, aku pulak WFH. Okay lah tu, ada dua je risk samada tak banyak kerja or melambak kerja sebab nak cover orang..:-p

P/S: Minggu ni Newcastle akan bertandang ke Elland's Road, let's extend our unbeaten run and clean-sheet for the fifth time.:-)

No comments:

Post a Comment