Assalamualaikum,
Siapa Miss Dell tu? Haha. Ni nickname laptop aku dekat TNG. Yup as the title suggested, laptop ni aku kena serahkan balik ke IT Department as a part of Technology Refreshment initiative, iaitu mana-mana staf yang dah pakai laptop lebih lima tahun, layak untuk dapat replacement dan aku merupakan salah seorang ystaf bertuah. Huhu
Ini lah dia Miss Dell pada hari terakhir dia berkhidmat dengan aku sepanjang enam tahun setengah di TNG. Laptop ni pun bila aku serahkan kat IT hari tu, memang agak uzur condition dia. Dengan keypad "CTRL" dah takde. Getah dah tercabut dan yang paling teruk sekali - bateri. Time charge penuh, tapi bila bukak tahan sejam je. Haha. Kad tu pun kena return jugak, digantikan dengan the latest NFC Business Card.
20 Mac 2020 merupakan hari pertama aku dapat laptop ni, sebab aku joined TNG betul-betul time Covid. Seingat aku, HR kurier laptop ni from Bangsar sampai ke Rawang. Nak sangat suruh aku kerja time tu. Haha
Habis tu sekarang pakai laptop apa?
Haa, tengok ni HP Probook. Baru semangat nak kerja. Hihi
Akhir kata, thank you Miss Dell for serving me faithfully. From era Expressway, sampailah terhumban ke Parking unit ni. Thanks for three consecutive years of 3.5 KPI. Jasamu dikenang. Semoga kita berjumpa di lain hari. Sobs.
P/S: Pagi tadi dapat automated email. Ada remarks from IT untuk next action "Recommended for disposal"


No comments:
Post a Comment