Thursday, July 2, 2026

Kisah AKU n Salam Maal Hijrah 1448H

Assalamualaikum,

Sementara tengok England versus Congo ni, elok jugak update entri untuk cerita minggu lepas. Seperti yang you all tahu, Rabu lepas merupakan cuti Maal Hijrah.

Seperti biasa Masjid ar-Rahmah kat sini memang ada organize event. Dan untuk tahun ni, penceramah jemputan yang diundang ialah tak lain tak bukan - the DUKE himself. Siapa tu? Sudah semestinya Dato Ustaz Kazim Elias yang membawa topik: Hijrah Hati, Hijrah Kehidupan

Aku dengar kat luar je. Ini gambar sebelum ramai. Asalnya memang duduk dalam Dewan Solat dengan Fariq, tapi tah mahkluk mana tiba-tiba dia boleh solat sunat betul-betul belakang Fariq (lebih kurang nak squeeze macam tu), sedangkan budak tu elok je duduk situ. Kuang ajo punya orang tua. Sebab tua je, tu yang aku malas nak amik port. Then terus keluar. 

Memang ramai hari tu. Cuba korang tengok yang beratur nak makan. Punya lah panjang, aku takde kisah sangat bab-bab makan ni. Datang nak ambil ilmu. Hihi. Tapi diorang kata Kari Kambing hari tu..:-p
Ayah dan beberapa jiran Taman Mawarsari pun ada hadir jugak.
Sudahnya, lepak sini pekena Teh Tarik, while budak dua orang ni aku beli air vending machine..:-)
Ni pulak cerita Sabtu lepas. Eh sejak bila kelas swimming hari Sabtu, bukan Ahad ke? Wife tukar jadual minggu lepas, gara-gara nak tengok Portugal main pagi Ahad tu. Haha
Habis kelas jam 11AM. Wife pun shift kelas Seni diorang ni jugak pukul 2PM. So ada masa lagi, korang berkubanglah dalam pool ni dulu
Aik, tak habis main lagi? 
Dalam jam 12 tu baru kami bergerak menuju ke Anggun City. Since ada dua jam lagi, kita lunch dulu di Raintown Kopitiam. Biasanya setiap Ahad, aku dan cik isteri lepak kat Bungkus Kaw sementara tunggu the kids ni habis kelas, laa ni lain sikit.
Masuk AEON jap, nak cari sweater untuk Iman. Maklumlah, dalam kelas tu sejuk jugak. Yang ada sekarang dah kecik. Datang sini nak beli jaket, tapi keluar dengan toys. Haha
Lepas hantar diorang jam 2 petang, kami pun lepak lah dekat ZUS nak menunggu sampai pukul 4. Wife ada kelas online, aku pulak cam biasalah - check emel yang ada.

So, itu sahaja cerita pagi ni. Dah lah, nak tengok Congo jap. Eh pulak? Yoanne Wissa main jadi striker kat sana. Dah si Tuchel ni tak pernah guna pun Dan Burn. Nak merajuk lah. Haha

P/S: Germany out, Sweden out. Congo out. England ke RO16. Brazil pun sama RO16. Ni senarai negara yang ada player Newcastle. Later aku buat entri nak assess contribution diorang for their respective country.

No comments:

Post a Comment