Thursday, June 18, 2026

Kisah AKU n Hari Sukan SKBSB 2026

Assalamualaikum,

Sementara tengok Portugal lawan DR Congo ni (of courselah nak support GOAT CR7, at the same time nak tengok Wissa jugak, representing Congo), aku nak update cerita Sabtu lepas. As title suggested, it's the Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya.
Event berlangsung di Padang SMK Bandar Sungai Buaya. Nostalgia kan? Dua-dua ni sekolah aku dulu tau. Some twenty years ago, and aku cakap kat Fariq - padang ni lah aku menang silver acara lari time sekolah rendah 2003, dan juga another silver main Pestabola Merdeka 2009.
Pagi tu ada upacara pembukaan. 
Fariq is a part of rumah sukan Hulubalang - ni haa, yang kaler hijau. 
Pembawa bendera kejohanan.
Sesi ikrar kejohanan oleh wakil murid, diiringi flag-bearer rumah sukan.
Ada lima rumah sukan sekarang. Zaman aku dulu ada empat je. Maklumlah sekarang ni dah ramai students.
Bawak cik adik ni breakfast dulu sebelum game start.
Wife dapat port premium bawah pokok. Pandai cari port akak ni. Haha
Si Fariq ni aku suruh tengok abang-abang berlari, dia boleh main hiking pulak kat slope ni. Si Iman tu pun nak join sekaki. Haha
Ahh memory...teringat waktu darjah 5 (2003) dulu, aku compete untuk acara 4X100. Dapat silver bhai. Actually, aku lagi banyak main sukan kat sekolah rendah (sprint, wakil team bola sepak) compared to menengah - lagi banyak fokus persatuan - kelab Catur, persatuan Sejarah dan PRS.
Ada jugak beberapa stall jualan - corndog, aneka mi, candy/ice-cream etc.
Beli lah aiskrim kat budak ni. Tengahkan panas lit-lit ni..:-p
Haa, ada pun bro ni.
Sempat merayau kat sini. Terkenang memori lama zaman SMK dulu - 2005 to 2009.
Fariq ambilkan gambar ni. Asalnya gelap angle tak betul, terpaksa lah terangkan. Baru nampak sikit makhluk seluar putih tu. Haha
Ada acara untuk parents jugak, yang bapa main tarik tali. Yang ibu aku tak ingat game apa diorang main dan seperti biasa - aku tengok je dari jauh. Huhu. Sebab game tarik tali, kalau buat acara lari , or bola ke - boleh lah join..:-p
Dalam jam 1 petang, kami pun bergerak meninggalkan sekolah. Dah dua minggu berturut-turut burn kulit aku ni. Dua minggu lepas berkubang kat Riverine Splash, last week hari sukan pulak. Legam jadinya, belum kira kulit kering lagi.

P/S: Setakat ni ada few player Newcastle yang dah appeared dalam WC tahun ni. Guimaraes (Brazil), Elanga (Sweden), Wissa (Congo). Woltemade dan Thiaw belum lagi walaupun Germany dah play one game. Cuma Burn je sekejap lagi, itupun tak sure Tuchel letak dia ke tak dalam England vs Croatia later. Tapi yang penting, puas hati tengok 4 player related to Selangor main untuk Jordan semalam - Ali Olwan, Nour Rawabdeh, Abu-al-Nadi dan juga Yazan al-Arab. Lagi manis, Rawabdeh assist Olwan, cuma yang tak mani, Yazan scored own-goal pulak. Haha

No comments:

Post a Comment