Monday, June 1, 2026

Kisah AKU n Cuti Aidiladha 2026 @ Serkam

Assalamualaikum,

Baiklah, nak update sikit cerita beberapa hari aku stay kat kampung ni disebabkan cuti combo Aidiladha + Wesak + YDPA. Total enam hari jugak kat Melaka ni.
Khamis lepas first time dalam masa beberapa tahun ni aku balik kampung siang. Gerak from Sungai Buaya dalam jam 12 tengahari. Selamat sampai Serkam dalam jam 3 petang. Ikut plan asal nak balik jam 7 pagi, tapi badan sengal-sengal lagi since terlibat dalam korban a day before, tu yang terlajak tidur lepas Subuh. Bangun jam 10 pagi. Haha
Petang Khamis tu tak buat apapun. Ada sesi latihan badminton kepada yang berkenaan..:-)
Jumaat tu aku kerja, maklumlah member yang sorang tu belum masuk kerja lagi. Tu yang aku tak plan nak cuti, bukan apa - takut cuti pun orang kacau. Sudahnya kerja je lah.
Sabtu ke Serkam Darat, gunting rambut + shave. Ada lah nampak kemas sikit, ni tengok dah macam orang Vikings . Haha
Jumpa hidden gem baru kat sini - Restoran Asad. Bukan Mamak, tapi Mamu. Asalnya nak pekena kopi sambil menunggu Zohor, then aku perasan kedai ni macam memenuhi kriteria restoran multi-generation owner. Dan tekaan aku tak salah, memang superb Maggi Goreng kat sini, esok ingat nak try Mi Goreng pulak sebelum balik.
Seperti yang dirancang bersama ipar - Zed dan Amien. Malam tu jam 10 kami dah bergerak menuju ke Infasha Corner Bukit Katil. Nak tengok final UCL - Arsenal vs PSG. Game pukul 12, tapi 10.30 kedai dah penuh. Last-last kami ke Infasha Corner Batu Berendam. Ada meja, tapi nak menunggu air ada sejam jugak. Well untuk game ni aku takdelah minat sangat PSG, but I hate Arsenal to death. Haha. Memang puas hati tengok diorang kalah game tu, buat pulak si Gabriel mangkuk tu missed penalty. Lagi puas hati. Bukan apa, memang teringat kenangan time Arsenal kalahkan Newcastle 1-2. Gabriel tu tak dapat kad merah walaupun memang clear intentionally siku Woltemade, belum lagi handball dalam kawasan penalti diorang. And lagi aku hangin, dia pulak yang score minit 95. Apa-apapun tahniah PSG. Anda memang mantap (semua team EPL diorang beat dalam UCL campaign season ni, except Newcastle where we drew with them 1-1 di Parc de' Princes)
Hari Ahad ramai takde kat rumah. Zed dan family ke Seremban, nak settlekan penjualan rumah Ainsdale. Satu hari jugak kat sana, so aku bawak the kids merayau. Tak jauh pun, Serkam Darat tu jugak. Kena jimat, next week nak ke Amverton. Huhu
Pergi DIY. Cik isteri nak cari barang-barang sekolah anak-anak.
Pastu kami ke Wonderful Serkam. Kat sini memang syurga untuk sesiapa yang suka aiskrim, candy, cookies dan segala macam manisan.
Macam tiga orang ni lah. Haha
Encik ni diperlukan time kat cashier je. Haha. Apa benda lah si Iman tu. Bersajak ke apa?
Actually aku pun ada beli jugak. Ni haa, Iced Latte.
Singgah kubur arwah abah before balik.
Pagi tadi follow si Zed berbekam kat Duyong. Petang tu aku bawak the kids, bersama anak buah ke Taman Rekreasi Pulai. 
Budak baru bangun tidur.
Main lah korang. Nak panjat sampai atas tu pun takde hal.
Perghh, buat sit up tu.
Baru muka ada senyum. 
Malam seperti biasa lepak jap dengan Zed pas Maghrib, then balik tengok budak-budak ni main kat rumah. Main lah korang, esok dah nak balik. 

Okaylah guys, nak tidur awal - esok plannya nak balik siang jugak. Rabu dah start kerja balik, sampai jumaat - and later, Amverton Pulau Carey untuk menutup cuti mid-term tahun 2026 ni.

P/S: WC pun dah nak start. Kali ni aku sokong Germany since Woltemade and Thiaw main. Deutschland Uber Alles!

No comments:

Post a Comment