Assalamualaikum,
Baiklah, petang ni aku nak share staycation aku bersama keluarga di Pulau Carey bersempena cuti sekolah ni. Walaupun minggu lepas dah nak dekat seminggu lepak kat kampung, plus quick detour ke Muzium Hang Tuah, tapi aku still insist to have this staycation untuk reset our minds setelah bercuti panjang, plus nak reward Fariq atas result yang agak membanggakan dalam mid-term recently.
Jumaat tu after office hour, aku ambil anak-anak dan wife dulu before bergerak terus dari Rawang ke Shah Alam. Jem siakk, sejam setengah jugak baru sampai Teluk Panglima Garang. Singgah di SHELL TPG to had our early dinner.
Around 8.30pm, sampai jugak di hotel penginapan kami untuk 3D2N iaitu Riverine Hotel & Suites @ Amverton Cove.
Check-in . Actually aku pernah datang sini few years back. Tak silap November 2023, ada B&G Away Day. Laa ni datang bawak family pulak..:-)
This is our room, menghadap muara Sungai Langat. Ada one king-size bed, plus sofa yang most likely jadi tempat tidur aku considering lasaknya budak dua orang ni tidur later..:-p
Ni lah dia office aku dalam sejam dua lepas check-in, nak cover sikit kerja hari Jumaat tu. Diorang ni macam biasalah, petang Jumaat baru lah nak request itu, ini. Problemnya pagi tu korang buat apa gila?
Hari Sabtu, seawal jam 6.30 pagi lagi aku dah bangun untuk solat Subuh. Cantik pemandangan from bilik ni yang menghadap muara Sungai Langat.
Enjoying complimentary breakfast at Carey's Diner. Makan semuanya, hari ni kita nak berkubang kat waterpark.
Seawal jam 9.45 pagi dah terpacak kat sini. Riverine Splash Water Theme Park @ Amverton Cove ni buka jam 10 pagi, tapi dah alang-alang kami stay kat sini, datang awal sikit. Buat pulak tiket belum beli since dapat guest discounted rate, so boleh guna dekat kaunter je.
Dekat je Riverine Splash ni dengan hotel kami. Walking distance je, if korang nampak ada bangunan tinggi belakang tu? That's Riverine Hotel. Ada buggy by request, tapi macam kitorang semalam berjalan je.
For the start, main kat Kids Play Pool or known as Kiddie Beats. Panaskan enjin dulu. HuhuCik isteri bersama our cute daughter, Iman.
The kids bergambar dengan replika sampan yang digunakan oleh kaum orang Asli disini untuk aktiviti laut mereka.
Apa benda lah dua beradik tu slide macam tu..:-p
Tengahkan Ija tengok budak-budak tu, aku explore waterpark ni. Banyak jugak pool/slide yang ada.
Masuk Wave Pool pulak or known as The Breaker - Wave Ball. Sini best sikit since luas, plus air dia agak warm sikit. Ada jugak part yang dalam sesuai untuk adult macam aku ni dan juga
Iman sejak kelas swimming ni dah berani. Siap practice buat bubble lagi tu. Huhu
Ni lah yang diorang namakan Wave Ball. Memang rasa macam kita ni hanyut tengah lautan yang bergelora.
Selfie laki bini..:-)
Okay jom ke zon seterusnya - Bubble Pool yang terletak in between The Breaker dan Batu Falls.Kat Batu Falls ni pun lama jugak, maybe sebab dalam kot. Syok sikit nak terapung..:-)
Selfie dulu before we take a break.
Dalam jam 1 petang, berehat sebentar untuk lunch, beli kat kafe sini; Carey's Shack je since once dah keluar tak boleh masuk balik. Good foods with affordable prices.
Ingat lepas lunch nak try Rimba River, tapi member ni tidur pulak. Lena pulak tu. Haha
Sambung sliding with Fariq di Aquatots.
Haa, bangun pun. Sambung main kat Kiddie Beats ni, sini je yang redup. HahaSekitar jam 3.30 petang, barulah diorang request nak balik hotel. Tapi sebelum balik, jom kita try Carey's Coconut Ice-Cream ni. Natural, dan juga sedap..:-)
One last photo before balik hotel kira-kira jam 4 petang. Actually memang lari tentatif asal. Ikutkan main waterpark ni sampai jam 1 petang je, then balik rest before ke Animal Island after Asar. Tapi dah budak dua orang ni request nak main air - kita scrapped je lah plan tu.
Malam tu around 8pm, kami keluar for a dinner. Juga walking distance jugak. Memang taklah nak keluar Pulau Carey ni, dah lah jalan gelap..:-)
Sebelum dinner, the kids nak naik kereta ni. Layankan je lah, nanti tak mau makan pulak.
Dinner di Mae Nam Thai by the River, dapat meja tepi Sungai Langat ni. Yang putih tepi tu bukan makhluk halus tau, tu reflection lampu from Rumah Api Bukit Jugra. Saja bagitau siap-siap, orang Malaysia ni pantang nampak benda putih dalam gambar - karang keluar bulatan merah segala bagai. HahaOur dinner. Jangan risau - ikan tu memang habis (aku kasi habis jugak). Spring roll + wantan tu end up tapau. Kailan pun 80% habis, cuma Crab Meat Omelette tu je yang masih banyak lagi.
Jom lah makan..:-)
Bergambar dengan pokok kelapa yang sinonim dengan Pulau Carey ni.
Before naik bilik, sempat meluangkan masa di Kids Area, berhadapan Carey's Cafe. Tiga tahun lepas tak silap aku ada dua je arcade machine yang ada. Sekarang ni dah ada close to fifteen arcade machine pelbagai jenis
Bukan main lagi brader ni. Haha. Tapi seriously, for budak 7 tahun - impressive jugaklah. Tahniah. HuhuTeringat time away day few years back, ada dua orang staf TNG mabuk kat sini gara-gara lawan minum beer. Tapi aku takde pun time benda tu jadi since pergi karaoke dengan brother sesama Muslim. Huhu
Dah jom naik. Lemau dah ni.
Amik gambar kenangan untuk menamatkan hari kedua kami disini.
Ritual wajib before check out. Gerak jam 12.15 from Pulau Carey dan selamat tiba di Rawang tempat jam 1.30 petang.
Okaylah, that's the wrap for a fairly long entry petang ni. Next week World Cup, later aku buat satu entri wajib WC. Sokong siapa tahun ni? Actually kalau tengok jersi atas ni pun dah tau team mana..
P/S: Esok kerja. Cuti sekolah pun dah habis. Confirm jalan jem. Sobs

















































No comments:
Post a Comment