Thursday, April 16, 2020

Kisah AKU n MCO @ Malaysia - Wk3

Assalamualaikum,

Minggu lepas adalah minggu ketiga rakyat Malaysia berada didalam Perintah Kawalan Pergerakan, langkah Kerajaan yang digunapakai bagi membendung wabak Covid-19 yang sedang menggila kat dunia ni. Kalau minggu pertama kita tengok China kena bantai, minggu kedua pulak di Iran dan Italy, minggu ketiga di Sepanyol, dan minggu ni kita tengok US yang kena pulak. Harapnya Malaysia terhindar dari bahaya wabak ni walaupun tengok sekarang ada rakyat dan juga syarikat yang masih berdegil ingkar dengan MCO yang diperkenalkan. Agaknye deme ni kebal virus kot. Pfft
 
Minggu ni rutin yang sama, masih bekerja dari rumah. Tapi minggu lepas panasnya memang terasa, sampai aku terpaksa memindahkan workstation aku sementara dibilik utama. Sini ada aircond. Huu. If ada conference call, aku bawak laptop je masuk bilik nombor dua tu.
Muka budak tak nak tidur. Jam tidur si Fariq ni nampaknya dah bertukar. Payah nau nak tidur sekarang, kadang-kadang tu jam 2 pagi baru tidur. Sejenis yang suka tidur lepas Maghrib. Macam bapak dia. Haha.
Minggu lepas aku keluar ke Rawang jap. Ada dua urusan nak buat. Yang pertama reset mobile number untuk TAC wife kat CIMB. Henset dia hilang betul-betul time awal lockdown dulu. Ingatkan MCO dua minggu je, rupanya extend. Tu yang gagah jugak ke Rawang, sian cik adik tu kempunan nak beli barang online. Hal yang kedua pulak aku ke Bank Islam, nak keluar reserve fund. Korang bayangkanlah, gaji March aku kat Quatriz tak masuk lagi sejak 25 Mac dulu. Aku faham memang orang yang resigned gaji masuk lambat sikit, tapi tak lebih dari 7 haribulan.  Yang kes aku ni tak masuk-masuk, bila check dengan HCD katanya tak receive lagi clearance form. Perghh, memang menyiraplah beb sebab aku memang dah submit borang clearance since 17 Mac lagi. Alhamdulillah, tadi masuk jugak gaji aku tu. Huhu
Lalu jalan dalam je. Kekok bai dah lama tak drive. Seingat aku last drive jauh sikit time hari last kerja tu lah..:-p
Petang Jumaat yang lepas ada sesi Live Talk dengan our CEO, Mr. Syahrunizam Tan Sri Shamsuddin. Almost semua staff join virtual talk ni. Adalah berkongsi tip nak buat time MCO, ada Q&A untuk plan syarikat after MCO dan banyak lagi lah benda yang beliau cover dalam masa sejam tu.
Eh game ke ni? Ya, game Napoleon Total War aku dah habiskan. So, Khamis lepas aku start main game baru untuk mengisi malam, Introducing Rome II Total War. Game yang aku dah habiskan jugak zaman bujang dulu. Terpanggil nak main balik lepas tengok dokumentari Roman Legion kat History Channel. Haha, mudah terpengaruh betul. Kalau dulu aku pilih jadi Empayar lepas civil war, kali ni aku nak pilih Republik pulak. Roma Invicta!

That's the wrap untuk entri malam ni. MCO extend lagi sampai 28 April, awal Ramadhan lah gamaknya. Aku pun dah terbiasa dengan culture kerja dari rumah ni, hopefully bulan puasa nanti tak terbawaklah perangai masuk kedapur tanpa sedar. Haha

P/S: Betul ke ada Pak Arab nak beli Newcastle..:-)

No comments:

Post a Comment