Monday, April 27, 2020

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2020

Assalamualaikum,

Tanggal 24 April 2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2020!
Untuk Ramadhan kali ni, aku berada didalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, masih lagi didalam workforce dan memasuki tahun keenam aku berpuasa sebagai seorang yang berkerjaya. Cuma yang lainnya kali ni, aku berpuasa di company baru. But yang uniknya, untuk tahun pertama aku di company ni, puasanya time Covid-19 pulak, sudahnya bekerja dari rumah je lah. Gambar ni time bos HR call aku melalui Teams untuk welcome me kedalam Touch 'n Go. Thank you for reaching me Dr. Amy!
Dan yang paling penting, tahun ni jugak first time aku menyambut Ramadhan bersama isteri dan anak tercinta. Amboi kening tu Fariq..:-p
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, venue Terawih aku tahun ni di rumah je. Ni semua angkara wabak Covid-19 ni lah. Jadi Imam bhai, haha. Dah nama pun ketua keluarga. Kena lah tunjuk teladan dan leadership sikit. Leading from the front..:-)
Macam last year, hari pertama Ramadhan tadi disambut di rumah ayah, cuma kali ni family Along takde. Juga angkara virus jahanam tu. Pfft 
Kat sini pun kena jadi Imam jugak. Ingatkan adik nak lead, tapi dia kata nak buat sorang 20 rakaat. Hmm, takpelah Terawih dengan mak ayah pun okay. Ija period pulak. Si kecik tu pun nak join jugak. Huhu
Fariq be like, macam kenal je bilik ni. Betul ke kat kampung ni ayah? Ye baby, kita kat kampung dah ni. Sekejap kan sampai, tak payah bayar tol. Tak singah R&R pun. Haha
Kebetulan main Rome 2 Total War, dapat Julius Caesar jadi faction leader. Apa lagi, memang offensive mode lah aku minggu ni. Semalam dah trampled Veneti, Treveri dan Brigantes. Malam ni target nak conquer the whole Gaul dengan annexation of Belgica region.
Menutup entri pertama Ramadhan 2020 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

P/S: Bila nak keluar berita Pak Arab officially takeover Newcastle ni. Dah dua kali Jumaat dah..:-p

No comments:

Post a Comment