Sebelum main game ni eloklah aku update sikit cerita minggu kedua didalam pelaksanaan Movement Control Order. Of course, seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang patuh kepada Undang-Undang Negara, aku memang berkurung je kat rumah minggu lepas. Tak faham betul aku kat orang yang keluar dok melepak time-time genting camni. Dah tu banyak pulak alasan nak lipat polis. Macam bodoh je, elok ditembak je makhluk ni. Takpun jadi rat lab untuk vaksin Covid19. Haha
Ya, minggu kedua aku bekerja. Office masih sama di Room 2, Level 2, McBride's Palace. A lot of telcon last week, but I'm already getting used of it.
Bila takde kerja, turun bawah tengok tv sambil lepak dengan anak bujang aku ni. Seronok dia duduk rumah, tak tahulah camna bila masuk taska balik. Hopefully tak melalak ye anak..:-p
Selang dua hari aku panaskan enjin kereta, adalah dalam 20 minit. Rindu beb bau aircond kereta. Huu
Macam biasa hari Jumaat aku keluar rumah restock barang. Pergi kedai area sini je. Dah macam Clone Trooper bila pakai mask ni. Haha
Since pergi kedai depan je, aku drive. Wife yang beli barang. Katanya takut aku salah beli macam hari tu. Suruh beli sawi, dibelinya kobis. Kan kelaut tu. Pfft.
Riadah me-time jangan dilupakan. Biasanya every night lepas Fariq tidur. Aku lari jap main game. Huu. Seperti yang mentioned dalam last entry, Russia buat silap yang besar bila diorang jentik Austria. Now, four British Army Brigades led by Liutenant General Rowland Hill standing in front of Moscow's gate. One turn later, boom! Russia collapsed. Thank you kepada ally yang lain sebab sudi join perang, walaupun tak engage dalam direct assault with exception of Austria, Poland and Sweden. Tapi dengan trade embargoes dah cukup untuk crippled ekonomi diorang.
Tadi dapat lepaskan kerinduan nak makan burger. Walaupun Sungai Buaya ni ceruk gila sampai Foodpanda, Grabfood pun tak masuk. Tapi kami still ada kedai/restoran yang buat delivery. Restoran buat penghantaran makanan, ada individu yang jadi runner belikan groceries, barang basah dan sebagainya. Tapi tu lah, kalau ada petrol station kat Sungai Buaya ni kan lagi elok. Senang nak tuang minyak, reload TNG dan keluar duit kat mesin ATM. Apakan daya hanya mimpi disiang hari. Haha
Itu je lah cerita malam ni. Nothing big happened pun, tapi for a sake of running this blog. Anything can be story. Huu
P/S: Cam siot je Quatriz ni boleh lupa nak bayar gaji aku. Hampeh betol..:-(
No comments:
Post a Comment