Masih berkurung lagi kita nampaknya, dah masuk minggu yang kedua kita berada didalam Movement Control Order. Sepatutnya Isnin lepas aku report duty di tempat baru, tapi angkara COVID-19 ni, HR cakap kerja dari rumah je which is okay jugaklah. Karang datang office tak pasal-pasal kena hempuk dengan askar pulak. Huhu. Okay, nak cerita pengalaman bekerja dari rumah ni.
Selfie sikit dekat meja kerja aku yang simple ni.
Aku jadikan second bedroom sebagai office aku sepanjang MCO ni. Ada katil untuk tidur/rest kalau letih, tak bercadar pun sebab bilik ni aku tidur bila balik lewat malam je. Dan juga ada sejadah untuk menunaikan solat..:-)
Tapi yang best, ada toilet sendiri. Kot lah nak memerut, tak payah lah susah-susah nak berjalan sejauh 50meter pergi tandas macam kat TPM tu. Huu
Bila dah masuk company baru ni, memang almost everyday ada conference call. Biasanya dalam sehari tu ada dua session - pagi dengan petang. Maklumlah, gaji masuk. So, kerja pun kena lah buat..:-)
Tapi tu lah bila kerja dari rumah ni memang payah sikit nak fokus. Huhu. Kadang-kadang time kerja tu kena tengok si kecik ni. Time tu lah orang rumah nak berperang kat dapur pulak. Haha
Eh ayah, ada kamera amik gambar kita lah..;-p
Since ni personal laptop, malam kalau takde proposal untuk distudy boleh sambung memerangi negara yang tak nak dengar cakap King William IV. Haha. Okay, jom belajar politik sikit dari gambar ni. Politics 101: The Art of Soft Diplomacy - Ceritanya Russia decided to invade Austria, my long standing ally and I had to choose whether to break alliance with Russia or Austria. Dilema jugak mula-mula sebab cuma ada a few active brigades dekat border. Russia pulak tak payah cerita memang berpuluh brigades ready to unleash their hard power to Austria. Luckily, UK ada good relationship with other countries due to its status as economic powerhouse. So, in one turn and 1million GBP spent for diplomatic mission, William IV convinced all 19 nations to join the war against Russia and impose trade embargoes. Now, it's 20 vs 1. Udahku kabor jangan gaduh-gaduh. Hang degil Aleksander!Best kan kerja dari rumah? Memang best, tapi bagi aku yang old school ni kerja dari pejabat lagi give more focus dan discipline. Kalau ada meeting pun lagi senang jumpa terus dan discuss. Both ada pros and cons sebenarnya, but if I were to choose. Kerja di pejabat lagi best..:-)
P/S: Tak sabar nak masuk office baru.
No comments:
Post a Comment