Assalamualaikum,
Nampaknya wabak COVID-19 ni semakin menjadi-jadi kat bumi Malaysia ni. Setakay\t jam ni, kita dah mencatat 10 kematian dengan over 1000+ kes. Risau beb, buat pulak dah berkeluarga sekarang ni. Bukannya nyawa sendiri nak kena jaga, nyawa mak ayah, anak bini, adik beradik pun kena jaga jugak. Okaylah, entri hari ni pun berkait dengan wabak ni jugak. As you guys tau, sekarang ni kita tengah dalam Movement Control Order or Perintah Kawalan Pergerakan. So, citenya our mobility ni terhad dimana lagi eloknya duduk dalam rumah je lah.
Aku pun cam orang lain, memang duduk rumah je, starting dari hari Rabu lepas. Pishang jugak stay satu tempat ni.
Memang banyak masa habis tengok TV je. Nasib Astro bagi channel free, memang layan HBO je lah. Tengok Star Wars, tapi yang tak boleh blahnya aku boleh habis sembilan cerita Harry Potter. Siot je, terminat pulak cerita ni. Huhu
Budak kecik ni pulak bukan main aktif lagi time siang. Huhu
Time ibu dia masak, memang kena jaga walaupun dah ada pagar merata tempat. Laju dia ni, ikut siapa lah tu..:-p
Hari Jumaat keluar rumah jap pergi kedai dekat-dekat sini je. Nak topup barang keperluan. Luckily dekat Sungai Buaya ni belum nampak orang panik lagi. Lagipun kedai banyak kat sini, pilih je mana nak beli. Habis-habis yang penuh pun Speedmart je.
Agak lengang jugaklah ni, biasanya penuh motor kat kedai mamak tu.
Siang time Fariq tidur, aku banyak habiskan masa main handphone. Game COD jangan dilupakan, tapi lately memang payah nak dapat strong connection. Mungkin server diorang dah full kot.
Tapi ada satu lagi game yang fun dan time consuming. Virtual Lawn Bowls - game kegemaran offline kegemaran aku. Main game ni kadang-kadang tak sedar masa berlalu dengan pantas. Haha
Malam lepas tengok Harry Potter, and si kecik tu dah naik atas. Aku sambung yang ni pulak, syok oo main Napoleon Total War ni. Biasa bukak dalam pukul 10 malam, habis around 3 pagi. Bukan selalu dapat lepas gian jadi jeneral perang ni.
Outnumbered 1:3, a truly noble death for Brigadier General Edward Paget, commanding officer of the British Army at Marseille. His death allowed Lieutenant General James Inglis Hamilton to execute a swift flank attack against Grouchy's and liberated Caen and Brittany from France.
Itu je lah cerita aku kena kurung minggu lepas. Minggu ni lain sikit sebab dah start kerja company baru. So, memang kena standby WFH je. Minggu lepas boleh lah bermalas-malasan sebab dah takde kerja sangat kat Quatriz tu. Huhu
P/S: EPL tangguh sampai bulan April. FA Cup pun sama. Lagi pishang lah jawabnya.
No comments:
Post a Comment