Sunday, March 1, 2020

Kisah AKU n I'm Resigned 2020!

Assalamualaikum,

Waah, topik yang menarik malam ni nampaknya. Tengok title pun dah lain macam ni. Resign ke bro. Baca je lah.
Isnin aku ke Putrajaya, ada meeting dengan MOT dan JPJ bagi projek Vehicle Entry Permit (VEP). Nasib baiklah kat sini parking senang nak dapat. Kalau kat KDN tu jangan haraplah aku nak pergi..:-p
Selasa lepas, bersamaan 25 Februari 2020 aku secara rasminya telah memberikan surat perletakan jawatan aku sebagai Business Development Executive di Quatriz System Sdn Bhd. Berikutan perletakan jawatan aku yang tak dijangka ni, our Executive Director panggil aku masuk menghadap. Setelah hampir setengah jam perbincangan yang dipenuhi dengan justifikasi, counter-offer , succession plan dan work-life advice. Beliau akhirnya bersetuju untuk melepaskan staf yang telah berkhidmat hampir empat tahun ni. Seperti yang dipersetujui, 20 Mac merupakan hari terakhir aku bekerja di Quatriz ni.
Kebetulan, petang tu ada makan-makan bagi meraikan staf-staf yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari. Ada birthday cake yang ditempah khas, beserta aneka makanan yang mengenyangkan dan menjimatkan duit (tak payah dinner). Huu
Staf-staf yang menyambut hari lahir pada buan Januari & Februari, dari kiri - Pn. Ainie, Nik, Pn. Zihan, Dhiyauddin, Rizal dan Sufian. En Zainul tak dapat datang.
Ni je lah gambar aku yang ada time majlis makan-makan tu. Ni pun rembat screenshot dari WhatsApp story Kak Amy. Huhu
Balik rumah, budak kecik ni tak tidur lagi. Ayah dah resigned tau Fariq. Tapi jangan risau, ayah dapat offer lain yang lagi better. Nanti boleh beli Fariq banyak lagi toys..:-)
Hari Khamis, aku ada site visit untuk tender DUKE3 SPE melawat Control Center di Tol Batu, dan juga RCC di Tol Ayer Panas. Walaupun dah resign, aku still menjalankan tugas harian sebagai seorang BD disini. Seperti yang aku janjikan kepada bos, I'll commit to my duty sampailah hari terakhir aku bekerja disini.
Sepatutnya Khamis tu aku cuti, tapi sebab dah takde orang nak pergi DUKE aku pun terpaksalah turun. Tapi lepas habis site visit memang terus balik rumah lah beb, main GTA V. Haha
Hari Jumaat merupakan hari last aku menjalankan tugas menghantar adik ke tempat kerjanya di Ulu Klang ni. Kereta baru ayah dah sampai, so secara tak langsung kereta Waja pun diserahkan ke bro tu. In Sha Allah, esok dia dah pergi kerja drive sendiri. Good luck brother, drive elok-elok nanti. Kalau nampak Myvi cucuk biorkan je.:-)

Yup, itu sahaja cerita untuk petang ni. Tak sangka akhirnya aku meletakkan jawatan yang disandang selama hampir empat tahun disini. Tapi, hidup mesti diteruskan. Sekarang ni ada family yang aku nak bagi makan. Masa dengan keluarga pun kenalah seimbang. So, pengorbanan mesti dilakukan. Ada lagi kurang dari dua puluh hari aku menaburkan bakti kat sini, semoga dpermudahkan semuanya. Amin In Sha Allah/

P/S: Draw pulak lawan Burnley. Apo ni Bruce, dulu elok je. Sekarang drop kaw-kaw. Kita cuma lima mata je dibawah zon penyingkiran. Please lah jangan relegated..:-(

No comments:

Post a Comment