Wednesday, March 18, 2020

Kisah AKU n Last Day As Quatrizian

Assalamualaikum,

It's time, brother. Masanya telah tiba untuk aku melangkahkan kaki keluar dari pejabat yang menjadi medan aku mengasah bakat dan pengalaman dalam bidang Business Development sejak tahun 2016 lagi. Tanggal 17 Mac merupakan my final day menabur bakti di Quatriz System Sdn Bhd. Entri ni adalah coretan terakhir aku bergelar seorang Quatrizian.
Semalam aku bertugas semula setelah bercuti panjang selama sembilan hari. Kalau ikut surat, hari last aku ialah 20 Mac. Tapi dengan recent outbreak Covid19 pandemik dimana rakyat Malaysia diminta duduk dalam rumah, semalam merupakan hari last aku bekerja dipejabat. Untuk baki lagi dua hari ni aku work from home je.
Awal pagi lagi dah pack barang-barang peribadi. Huu. Betul-betul tak sabar tu..:-p
Berjalan untuk kali terakhir bersama mereka ke kafe Picante yang menjadi port lunch favourite aku
Ridzuan cakap bila aku cuti panjang, budak-budak ofis semua berpecah makan kat tempat lain-lain. Bila aku ada, semua ikut sekali pergi Picante sampai at least dua meja untuk budak Quatriz je. Haha
Tu yang diorang cakap, bila aku takde nanti camna lah. Mesti lepas makan terus balik je, takde dah nak pekena COD dulu. Huu. Lepas lunch aku start buat handover, dimulakan dengan Business Development kepada Ridzuan. Followed by ISO matter, handover to Pn. Ainie.
Jumpa Pn. Zihan sebelum dia balik sekitar jam 5 petang. Takde farewell pun maybe sebab tak dijangka yang semalam hari last. Thank you very much Pn untuk your patience and guidance sepanjang saya bekerja kat sini. Banyak benda dapat belajar dari Iron Lady Quatriz ni. I'm sure knowledge yang ditimba akan terbukti berguna dalam karier aku dimasa hadapan.
After office hour, aku dan beberapa rakan rapat pergi lepak dekat Sultan @ Jalil Perkasa.
Lama bhai lepak, dari pukul 7.30 sampai ke 9.30. Biasalah throwback zaman kerja dulu-dulu, discuss isu syarikat dan sebagainya. Yang join lepak aku, Afiq, Zaaba, Azhar, Aiman, Ridzuan dan Rizal. Ni je yang join, thank you guys!
Bergambar dengan rakan sejawat aku yang paling lama kat sini, Zaaba. Bro ni yang ajar aku selok belok sistem tol time aku masuk Quatriz dulu. Banyak jasa dia kat career development aku disini. Thank you bro, banyak kenangan dengan brader ni. Satu bilik time company trip Langkawi, Krabi. Lepak sahur kat Pelita Puchong time buat RFID tag, short vacay kat Pengkalan Balak dan banyak lagilah..:-)
Lepas lepak, aku masuk office balik. Ada one last job. Handover fail RFID kat boss baru RFID Quatriz, En. Afiq Azham. Haha
Habis semua dalam jam 11.00 malam. Start packing barang-barang.
Bergambar dengan workstation aku yang dah kosong. Sobs
Lepak bilik meeting, amik mood baring beralaskan kotak buat terakhir kalinya disini. Bila lagi nak merasa pengalaman tidur camtu. Haha
Bergambar kenangan dekat lobi. Huhu.
One last clock out sekitar jam 1 pagi to mark my last moment as Quatrizian.

Yup, itu sahaja cerita penutup kerjaya aku selama hampir empat tahun disini. Banyak kenangan suka dan duka yang aku lalui sepanjang tempoh ini yang terbukti menjadi medan mengasah bakat dan menambah pengalaman aku. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada pengurusan Quatriz dan rakan-rakan sekerja yang banyak membantu selama aku disini. I wish Quatriz the best and hopefully we can work together in near future.

No comments:

Post a Comment