Assalamualaikum,
Bertemu lagi dalam segmen Games Review, segmen yang mengupas permainan video di PC dan mobile yang latest mahupun outdated. Tapi hari ni kita review antara game indie yang terhangat pada tahun 2019 ni. Game apa tu, bro?
Okay lah, game yang menjadi pilihan untuk direview hari ini ialah Brass Brigade. Game yang dibangunkan oleh Mr. Henry Kucab ni released officially to public pada 1 Oktober 2019. Video game yang bertemakan zaman Perang Dunia Kedua ni menggabungkan elemen dari Battlefield 1942 untuk gameplay system dan juga Ravenfield bagi graphic yang quite cartoonish. Kedua-dua elemen ni menjadikan Brass Brigade ni sebuah game yang fun dan enjoyable.
Ni GUI untuk main menu Brass Brigade. A very simple GUI. Ada training untuk make sure korang familiar dengan combat system. Battles untuk terus jump ke battle map yang ada. Setting untuk korang buat customization game ni. Credit page untuk tengok siapa lagi yang contribute untuk pembikinan Brass Brigade ni dan juga yang terakhir sekali - Quit, untuk siapa yang nak stop main..:-p
Ada 14 battle map yang ditawarkan untuk korang bertarung dengan AI. Brass Brigade setakat ni hanya support single player sahaja. BOT setting membolehkan korang set berapa banyak bot AI yang korang nak lawan. Kalau PC sedap, letak maximum 150/team memang syok beb. Tapi kalau PC purba macam aku ni, dapat 20 for each team pun dah cukup hebat. Haha. Kat setting korang boleh tetapkan jugak level AI yang mempengaruhi aggressiveness dan intelligence diorang. Kalau rasa diri tu noob, slide bagi level 1 pun dah cukup..:-p
Sebelum battle, korang akan diminta untuk buat dua benda. Pilih soldier class dan juga tempat spawn. Soldier class ni berbeza mengikut faction. Nak tau apa bezanya, keep scrolling ke bawah. Aku akan review each faction yang ada.
Faction pertama ialah United States of America (USA). Diorang ni kat mana-mana game pun ada. Haha. US ni ada enam kelas - Officer (M3 Grease + M1911), Riflemen (M1 Garand), Support (M2 Browning), Assault (M1A1 Thompson), Anti Tank (Bazooka), Automatic Riflemen (BAR). Screenshot ni diambil ketika Battle of Iwo Jima melawan Empire of Japan. Map Iwo Jima antara yang paling senang jugak dalam game ni, sebab banyak vantage point sesuai untuk rifleman cam aku ni..:-)
Faction kedua ialah Soviet Union (USSR). USSR ni ada enam kelas - Commisar (Mosin Nagant + Tokarev), Assault (PPSh41), Support (DP28), Conscript (Mosin Nagant), Rocketeer (Panzerschreck), Shock Trooper (SVT40). Screenshot ni diambil ketika Volga's landing at the Battle of Stalingrad melawan Nazi Germany. Ni antara battle paling ganas aku pernah main, sesuai untuk korang yang suka urban warfare.Faction ketiga ialah United Kingdom (UK). UK ada enam kelas jugak - Officer (Lee Enfield + Webley), Riflemen (Lee Enfield), Royal Shock Trooper (M1928 Thompson), Royal Commando (Sten MKII), PIAT (Bazooka), Bren Gunner (Bren MKI). Screenshot ni pula diambil ketika British ridge defense at the Battle of El Alamein melawan Nazi Germany. Ni syok jugak tapi sebab amount of tank Nazi ni bersepah, agak rumit jugak nak defence spawn point. Elok defend baik, tau-tau dah kena encircled sebab geng lain dah retreat ke belakang. Cb sungguh.
Faction keempat ialah Nazi Germany. Tak seronoklah WW2 kalau takde deme ni. Huhu. Nazi seperti faction lain, pun ada enam kelas - Officer (G43 + Luger), Riflemen (Kar98), Assault Trooper (MP40), Shock Trooper (STG44), Rocketeer (Panzerschreck), Heavy Machine Gunner (MG42). Screenshot ni pulak time defense of Omaha Beach melawan US. Map yang seronok kalau korang pakai Nazi, sebab kita defender and we simply wanted to stop the American from moving inland. Aku main kat map ni, US tak pernah dapat capture satu point pun. Haha
Faction yang terakhir ialah Empire of Japan. Diorang unik sikit dalam game ni compare to other faction. Why? Sebab diorang ada lima kelas je - Officer (Arisaka), Riflemen (Arisaka), Assault (Type 100), Support (Type 99), Banzai (Tanto Sword). Banzai Unit ni memang syok, hit point dia banyak and diorang ni pakai pedang je. Haha. Screenshot ni pulak time night assault against US Henderson Field at Guadalcanal. Map yang paling kelam kabut, satu sebab dah nama pun serangan malam. Memang gelap jugak, gambar ni pun sebab aku edit kasi terang. Yang kedua, strategic point banyak nak kena capture. Korang dah capture satu tempat tu, on the way nak pergi tempat lain. Yang tadi tu kena rampas balik. Kira rushing jugak lah map ni.
Dalam game ni korang boleh guna beberapa vehicles yang ada depending on map. Ada tank, APC, jip yang boleh digunakan untuk deliver deadly blow kepada enemy korang. Cam dalam map ni, Batlle of Kursk. The largest tank battle in history of mankind pada tahun 1944 diantara Soviet Union dan Nazi Germany.
Okay lah, to summarize game ni memang best. Gameplay memang senang nak hadam, siapa yang dah biasa main Battlefield 1942 punya stail CTF memang kacang goreng lah nak main Brass Brigade ni. Grafik cukup kemas walaupun cartoonish, audio memang best dengan suara letupan, battle yang real. Kalau pakai earphone memang rasa macam dalam real battle! Overall, aku bagi 9 out of 10. Good job to Mr. Kucab untuk game yang terbaik ni. Cuma kena tambah lagi map, player stats dan juga ada class Sniper. Then, baru I kasi full mark. Huhu
Buat korang yang minat game FPS macam ni, this is a must-try game!
No comments:
Post a Comment