Assalamualaikum,
Awat tajuk entry sedih je bro? Sedih lah. Korang tak minat Star Wars, apa korang tau?
Minggu ni aku banyak kerja diluar pejabat. Since BD pun takde kerja, aku banyak spend time uruskan kerja RFID yang bertimbun. Agency management, fitment report, stock take dan yang paling menyedihkan sekali, reinstatement of our flagship RFID Fitment Center R&R Awan Besar. Later entry aku buat dedication post, okay. Surprisingly, minggu ni dari Isnin sampai Khamis aku balik awal. Mana taknya, dah control jadual sendiri. Memang apa-apa meeting, site visit buat sesi petang lah gamaknya. Boleh terus balik. Haha
Dah pandai meniarap si Fariq ni. Pelan-pelan ye anak. Pasni boleh belajar jalan pulak..:-)
Jumaat aku cuti. Memang dah apply lama sebab malam tu plan nak tengok Star Wars Episode 9: The Rise of Skywalker dengan Ija. Tiket pun dah beli, cuma tinggal nak pergi AEON je. Petang pulak aku spend time tengok Episode 8 - The Last Jedi untuk recall story penting sebelum tengok yang latest punya malam tu. Elok time nak keluar pick up wife, ayah kata mak tak dapat nak jaga Fariq malam tu atas kesihatan yang tak mengizinkan. Sudahnya, aku canceled je plan nak berStar Wars malam tu. Frust beb, sebab ni episod terakhir yakni penutup untuk Star Wars saga yang dibina sejak 1977. Dah lah first screening tak dapat tengok, ni pun belum tentu aku dapat tengok sebelum Khamis ni. Tapi nekad dah, kalau by Rabu takde peluang nak pergi dengan wife memang aku pergi tengok sorang je, Haa
Sabtu pulak aku sekeluarga balik kampung. Kami gerak dari rumah sekitar jam 8.30 pagi dengan harapan jalan tak jem. Ingat nak breakfast kat R&R Nilai. Dah lama tak pekena Nasi Lemak Manjo. Huhu
Sangkaan untuk pemanduan rileks meleset dengan trafik yang heavy sepanjang jalan. Nak berhenti kat R&R pun tak berbaloi. Buat habis masa nak keluar highway balik je. Pfft
Haha. Apa benda lah budak ni. Bukannya boleh makan pun, gaya macam nak telan sepinggan terus..:-p
Singgah R&R Ayer Keroh untuk late breakfast. Penuh R&R, lay-by dari Sungai Buloh sampailah ke Senawang. Musim cuti sekolah, tu yang ramai balik kampung, bercuti semua. Akhirnya, jam 12.30 tengahari kami bertiga selamat tiba di Serkam. Cuaca kat sini elok je. Takdelah panas sangat macam kat Lembah Klang.
Balik kampung ni aku tak buat apa sangat. Malam tu stream Newcastle lawan Palace yang berakhir dengan kemenangan ketujuh Magpies dalam EPL season ni. Miggy akhirnya berjaya score after 27 games bersama Toon. HWTL!
Pagi tadi gerak dari Melaka jam 10 pagi. Elok pulak sampai pukul 12.30. Ingatkan jem. Diorang sambung cuti lagi kot. Alang-alang je dah nak cuti Krismas.
Itu je cerita hari ni. Haha. Macam cakap awal-awal tadi. Entri asal boleh je ni..:-p
P/S: Rabu cuti. Huhu
No comments:
Post a Comment