Sunday, September 11, 2016

Kisah AKU n A Day @ Selayang Mall

Assalamualaikum,

Macam biasa lah, sedikit coretan untuk minggu ini.
Nampak muda bila shave kan? Baru kena sikit dengan umur aku yang sweet 24 ni..hehe
Minggu ni takde benda menarik pun kat pejabat, except for Tuesday dimana aku ada training Internal Auditor untuk ISO..huu, dah lama aku tunggu benda ni tau. Sejak belajar kat UiTM lagi..:-)
Since adik pun dah balik USIM, aku restart rejim exercise 30 minutes/day kat rumah after work. Tak payah nak pergi gym segala bagai, kat dalam bilik pun boleh, asalkan ada proper equipment. Macam aku fokus kat abs je, and lengan sikit (dumbell 5kg). So, minggu ni berkicap jugak beb!
Jumaat pulak jumpa Abg Lan, ex-manager aku di Trueventus dan CapSource. Ni lah orang yang bertanggungjawab membawa aku masuk kedalam dunia korporat, dan polish skill komunikasi dan business acumen aku. Kalau dia tak sabar dalam melatih aku, takdenya aku jadi macam sekarang ni..:-)
Balik Sungai Buaya, sambung melepak Afiq. Dah macam Shaolin aku tengok rambut brader ni..haha
Pagi semalam aku dan adik (balik cuti raya haji) pergi merayau kat Selayang Mall. Kitorang tinggal berdua je kat rumah, since mak ayah dan along ke Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan Kak Harina kat Batu Pahat, dan juga menziarahi bakal besan di Ayer Hitam..:-)
Dah lama tak datang Selayang Mall, rasanya last datang sini time nak beli baju raya tahun 2010. Cerita 6 tahun lepas tu! Cuba selak entri tahun 2010, mesti ada terselit punya.
Ni lah hasilnya kalau adik-abang keluar cari video games. Dah dua-dua minat game bola..:-p
Singgah lunch kat JM Bariani House di Selayang Mall. Restoran ni kat branch AEON Rawang banyak kenangannya dengan aku.
Silap besar balik lalu Pekan Rawang, kalau tahu semalam lalu LATAR je. Tak kisah la bayar tol ke apa, janji sampai cepat.
Malam pulak we had our dinner kat Burgerbyte Bukit Beruntung. This time aku try Cilantro Pesto Chicken Burger pulak, rasa okay but can't beat my all-time favorite Chili's Meat Burger.
Santai je environment sini. Staff pun friendly.
Okay lah semua, nak layan live streaming Newcastle vs Derby sekejap. Team gua kan dah turun liga, so tengok kat sini je lah. Mana masuk Astro dah..wuu

Have a good night ahead!

No comments:

Post a Comment