Ingat malas nak update blog sebab takde aktiviti menarik pun minggu ni. Tapi risau takut jadi bad habit pulak bila selalu biar blog unattended. So, kita taip je lah cerita yang ada. Haha
"..And it's hard to hold a candle
In the cold November Rain.."
Yes. Itulah antara bait lirik November Rain oleh Guns N' Roses. Ni bukan dah tahap susah pegang lilin. Nak pegang stereng kereta pun dah tak larat. Haha. Menggila jem minggu ni, tiap-tiap masa hujan. Pergi kerja hujan, tengah kerja hujan, balik kerja pun hujan. Tengok sendiri lah, Penang habis banjir. Kedah pun sama. Baru-baru ni Gombak pun banjir jugak! Yang paling power Jumaat lepas, habis naik air kat MRR2 menghala ke Sungai Buloh. Berapa kali kereta aku ni sliding dek kerana banyak lopak air sepanjang jalan.
Cerita yang ada minggu ni pun Selasa hari tu lah. Aku ada meeting kat Sunway dengan vendor. Asalnya diorang yang nak datang office TPM pagi tu, tapi postponed. Sebab benda ni dah delay for quite sometimes, aku pun tanya whether these guys okay kalau aku sendiri yang visit petang tu. So, kami reschedule meeting 3.30 petang hari yang sama. Habis around 5PM. Bila tengok jam memang tak lah aku nak patah balik office. Karang elok aku sampai orang semua dah nak balik. Haha
Sudahnya aku call Joe kata nak menyinggah. Lama dah tak hangout dengan diorang ni, rasanya bulan Ogos kami last jumpa. Sampai Shah Alam dalam pukul 5.30, tumpang rehat kat Surau Al-Mustaqimah (ni lah tempat aku solat Jumaat, Terawih time study kat UiTM dulu..huu) sementara tunggu Joe dengan Yat balik rumah.
Diorang sampai tepat pukul 7 petang. Kami solat Maghrib dulu before keluar melepak. Excited beb naik Persona baru Joe! Korang tengok muka owner dia pun dah tau bangga ke tak. Haha
Kami bertiga had our early dinner plus sesi ngeteh dekat Restoran Tasik Seksyen 7. First time aku datang makan sini walaupun 4 tahun belajar kat Shah Alam ni. Sedangkan punya lah dekat dengan rumah sewa aku dulu. Bak kata Joe, time study yang aku tau tapau Nasi Lemak Jati, sebab anak owner lawa. Haha
Tak payah cite lah memang aku kena bahan malam tu gara-gara bertunang tak bagi tau. Bukan tak nak bagitau, aku sendiri pun tak jangka secepat tu. Tak dapat dinafikan lah bro-bro ni yang sakan melobi aku dekat Cik K waktu awal perkenalan kami kat FB tu. Tak sangka mulanya usik-usik, akhirnya bakal ke jinjang pelamin juga. LOLHaa Abe Kelate kita, Pok Jad pun join jugak mini gathering malam tu. Kami dismissed sekitar jam 10 malam. Memang kalau dah berbulan tak jumpa, bagi lah lama mana pun. Still tak cukup, punya lah banyak cerita masing-masing nak update. Plannya semalam nak berkarok, tapi tak jadi pulak atas kekangan masa from one of us.
Hujung minggu memang aku tak buat apa. Yelah, last week dah karok sorang-sorang. Takkan minggu ni nak pergi lagi. Haha. Tidur kat rumah lagi bagus, tak pun layan cerita Kung Fu. Duit pun jimat. Tapi petang tadi adalah keluar jap tuang petrol, reload TnGo plus got myself a new haircut. Okaylah, nak main game jap. Takde EPL minggu ni which is sangat boring.
P/S: Minggu depan kena join team building AlloyMtd. Excited, tapi at the same time bimbang jugak sebab jadual aku sangat pack next week. Harap-harap dapat keep things balance. Amin In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment