Assalamualaikum,
Kalau beberapa minggu lepas punya lah panas. Minggu ni pulak memanjang je hujan. Sampai nak tidur kat rumah memang tak payah buka kipas langsung. Dia punya sejuk tu sampai ke tulang! Okay lah, sebenarnya aku baru je balik dari kampung ni. Saja lah balik - selain dah lama tak jumpa opah, aku ni dah lama jugak tak merasa mi hailam famous tu. Huu.
Kat office minggu lepas agak free. Tu yang sampai sempat lunch kat Melawati Mall..:-)
Tapi nak balik rumah hari-hari jem. Ingatkan bila construction DUKE 2 Sri Damansara Link (SDL) tu siap adalah clear sikit jalan. Rupa-rupanya lagi teruk, bottleneck dari kenderaan yang exit dari Manjalara Interchange SDL dan juga kenderaan yang memang lalu MRR2 menghala ke Sungai Buloh. Bayangkanlah keluar ofis pukul 7, sampai 8.20. Time construction dulu kalau keluar pukul 7, before 8 biasanya dah sampai rumah.
Sabtu - seawal jam 7 pagi lagi aku, ayah dan mak bertolak ke kampung. Singgah breakfast kat Gopeng, sampai sekitar jam 9.30 pagi. Cuaca hujan sepanjang perjalanan dari Rawang ke Bota Kanan.
Sempat lagi . Huu
Ohh kome, "rambutan" dah berbunga. Moh kite minang anak dara. Anak dara, anak dara Bota. Teman jumpa di Padang Tenggala.:-p
Malam tu aku dan ayah pergi ke Pekan Parit. Cari apa kat situ? Mestilah the famous Mee Hailam D'Perak Kampung Tengah ni. Sanggup tu meredah 200KM demi sepinggan mee ni. Gian beb!
Tengok pun dah tau sedap. Last aku makan sini bulan 3 hari tu. Ada aku share kat blog, cuba klik link ini. Biasanya tengok owner share kat Facebook je. Laa ni tak kira aku balik jugak. Haha
Licin! Haha. Mee dia best, kuah lagi best. Tak percaya datanglah sini, try sendiri. Baru korang tahu nikmat sebenar makan Mee Hailam..:-)
Lepas makan, balik rumah tengok Piala Malaysia. Menang pulak si J tu. Pastu sambung lagi game Newcastle-Bournemouth. Tengok the whole game, sampai minit ke 92 ET diorang score. Cibai betul. Buang masa aku 2 jam tengok korang main. Haha. Takpelah team gameplay cantik dah, cuma takde luck. Sekarang ni we sat at 10th place. Not bad lah kan..:-)
Apa hal pulak tercegat brader ni? Alah, Saja nak tunjuk kehijauan suasana kampung. Mana nak dapat camni kat bandar.
Kami gerak dalam jam 9 pagi tadi. Sama jugak, hujan sepanjang jalan all the way dari kampung ke rumah. Sampai Bukit Sentosa around 11.30. Singgah lunch, tuang minyak, reload TNG. Rutin biasa sebelum memulakan minggu baru. Huu.
Okaylah, itu je cerita minggu ni. Berjumpa lagi dilain entri. Till then, take care alls!
No comments:
Post a Comment