Tadi ada lah hujan sekejap, tak sampai 10 minit panas balik. Huu. Cam gitulah cuaca kat Rawang ni sekarang. Okaylah, nak cerita sikit aktiviti hujung minggu aku this week. Cam biasa, let's start dengan cerita di office.
After hampir sebulan duduk kat TPM, now aku pulang ke tempat asal. Selain bernarsis kat cermin, lama jugak aku tak memerut kat bilik air ni. Haha
Kebetulan ada meeting Rabu lepas kat TPM, I had a quick dinner with our future Mrs. McBride. Ada lah bincang sikit preparation menuju hari bahagia. Haha, ni ayat In-Team ke UNIC, ke Hafiz Hamidun? :-p
Haa, ni cerita semalam. Boring gila duduk rumah. Puas aku fikir apa nak buat. Tengok TV takde cerita best, nak main PS pun takde game baru. Sudahnya lepas Isya, aku grab kunci then pergi merayau.
Aku keluar sorang je, kawan-kawan semua takde. Afiq shift malam. Dolah pulak kat UNISEL. Bro-bro UiTM tu ada je kat Shah Alam. Mula-mula ingat nak melawat diorang, tapi memikirkan kalau pergi sama habis jugak 100+ km mileage. Nak kena tuang petrol, Touch n Go lagi. Sudahnya aku ke Rawang je pergi port biasa.
Mana lagi tempat berhibur kalau bukan kat KTV Rawang ni. HahaNo forum, no problem bro! Biar orang tengok pelik apasal brader ni karok sorang-sorang. Yang penting mic ni aku punya! Huu
Singgah makan malam kat kedai Siam before menamatkan aktiviti hujung minggu. Huu. Ni lah yang dinamakan hiburan bajet. Karok sejam RM 15, dinner RM 5. Sebenarnya ada lebihan sikit untuk bajet minggu ni, alang-alang ada lebih tu yang kasi habis je..:-)
Tengah breakfast kat Rahim pagi tadi, terserempak dengan bro Afiq ni. Elok-elok nak lepak sekejap , sudahnya sampai ke pukul 1 kitorang bersembang. Maklumlah, lama tak jumpa. Masing-masing busy.
Itu je lah cerita minggu ni. Cuma nak bagitau, try lah karok sorang-sorang. Kau rasa macam segala benda dalam bilik tu kau yang punya. Best!
P/S: Malam ni Newcastle lawan Burnley. Harap-harapnya boleh lah menang. Dapat pintas Liverpool, then naik nombor 6. Amin
No comments:
Post a Comment