Sunday, October 22, 2017

Kisah AKU n E-Day

Assalamualaikum,

Tempat korang panas tak? Kat Rawang ni dah rasa macam gurun pulak. Panas gila! Dulu biasa buka aircond tak sampai sejam dah off. Sekarang ni rasa macam nak biar on je sampai malam. Baru panas dunia bro, henti-hentilah mengomel tu. Haha. Aku sebenarnya baru je balik dari Melaka petang tadi. Saja lah berehat kat sana after sebulan berperang dengan tender.
Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku amik annual leave. Tapi pagi tu aku still ke LLM, hantar tender then terus shoot ke Asahan dengan ayah. Mak memang ada je teman Along kat sana.
Singgah breakfast kat Nilai then sampai sekitar jam 1 petang. Sempatlah kami solat Jumaat dulu kat situ. Malam pertama tak buat apa pun. Qada tidur yang lepas-lepas. After a month of tak cukup tidur, akhirnya terbalas jugak minggu ni. Huu
Petang Sabtu kami sekeluarga ke Serkam. Sambil nak pekena fresh seafood, datang kami dari jauh ni ada hajatnya.
Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan 'berkenalan', kami memutuskan untuk membawa hubungan kami maju selangkah. Kalau mak ayah dah masuk, you guys already know how serious things will be.
Dia punya nervous lain macam. Haha. 
Ringkas je majlis semalam. Sekitar jam 6.30 petang, kami sekeluarga meminta izin untuk pulang. Eh, apa benda balik? Kata nak makan seafood.
Alang-alang ada kat sini, kami nak try makanan laut dekat the famous Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai.
Berkonsepkan restoran terapung, disini juga menempatkan beberapa kiosk yang menjual produk IKS dan seni kraftangan Melayu Melaka dengan harga yang berpatutan.
Snap gambar dulu before makan. Pas makan dah tak boleh cover perut. Huu
Mak ayah pernah pergi makan sini dulu. Rasanya dalam 3 tahun lepas jugak.
Pasangan ni tengah menunggu masa je baby nak keluar. Macam mana lah rupanya anak diorang ni. :-)
Yang ni muka tak sabar nak try seafood segar dari Selat Melaka. Plus, muka lega since first step berjalan dengan lancar.
Antara hidangan makan malam kami semalam. Rasa sotong tu masam-masam manis, manis-manis lebaran. Buat pulak cicah dengan sambal kicap. Padu beb!
Lepas dinner kami terus balik ke Asahan. Malam tu tak buat apa pun, tengok cerita Kung Fu sampai pukul 12. Ingat nak tengok match Newcastle-Palace, tapi abang ipar aku tak subscribe channel sukan pulak. Line pulak slow. Sudahnya tengok live feed je. Nasib baik menang. Now we sit at 6th place. Yeay!
10am - kami bergerak pulang ke Sungai Buaya dan tiba sekitar jam 12.30. Esok kerja pulak. Huu. Bro, dah kena start double the savings ni. Tak boleh nak berjimba sangat, every RM is valuable right now. No, correction. Every cent. Make it count.

P/S: Doa yang baik-baik ye untuk kami. Semoga dipermudahkan laluan kami ke jalan itu. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

3 comments:

  1. Congrats! Happy for you bro. Insya Allah semoga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  2. I cari info pasal company,tak pasal-pasal terjebak follow blog ni. Btw, interesting sharing, keep the positive vibe. Keep writing bro. All the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, thanks sebab sudi menyinggah dan follow..:-)

      Delete