Sunday, October 15, 2017

Kisah AKU n Tender Oh Tender!

Assalamualaikum,

Tak cuti langsung minggu ni. Capek bangat! Rasa macam tak cukup pulak tidur aku tadi walaupun plus minus almost 10 jam jugak aku tidur. Haha. Ce cite sikit apa benda yang hang buat sampai penat sangat ni?

Anda kenal bendera ni? Haa, untuk siapa yang biasa baca blog ni tahulah yang asal bendera ni terpacak, confirmed aku tengah busy coordinate tender management. Yup, itu lah ceritanya. Aku dah berkampung dekat Bukit Jalil ni sejak awal bulan Oktober lagi. Tender ni agak besar. Walaupun working dengan partner tapi since portion kami dominant, memang ianya memerlukan kordinasi dan juga careful time management untuk ensuring timely preparation. 
Well, untuk sesiapa yang kenal memang tahulah aku ni tak berapa gemar kerja last minute. Since submission esok (Isnin), aku tetapkan semalam untuk wrap the whole thing. At least adalah sehari buffer. Preparation untuk wrapping bermula hari Jumaat tapi ada delay pagi tu since aku urgently kena pergi LLM untuk another tender briefing. Haha. Walaupun staf lain balik around 1 pagi, aku still work in my way dan akhirnya ketiduran jugak pukul 4 pagi.
Sabtu - Bangun pukul 8, breakfast baki KFC yang bos belanja semalam. Sebenarnya memang tak plan nak tidur office. Mana aku bawak barang mandi. Singgah petrol station beli benda-benda tu. Baju merah ni pun kebetulan sebab ada dalam beg reket badminton aku. Memang letak baju spare kot lah nak bersukan. Huu. Start finalize costing dari pukul 9 sampailah 2 petang. Petang tu ada 3 orang staf teknikal yang datang jugak untuk completekan part diorang.
Eh apa ni? Siot gila Nawawi. Share gambar ni siap buat caption "Haha, kena kerja". Tu lah, Rabu lepas ternampak flyers dekat TPM. Ada event KL Sci-Fi kat sini. Nawawi pulak tau aku minat gila Star Wars. Tu yang dia share, jeles beb tak dapat pergi. Wuaa!
Melepas nak bergambar dengan Queen Amidala and Kylo Ren. Time-time ni pulak ada event best camni. Time aku free tak nak buat pulak. Pfft
Selain cosplayer, ada jugak pameran Star Wars Lego. Yang best, charity sales pun ada. Memang teringin sangat nak cari light saber. Mana lah tau boleh dapat murah. Huu. Takpelah, takde rezeki nak join.
Haa, berbalik kepada cerita tender ni. Kami berempat bergabung tenaga lah menyelesaikan part masing-masing sampailah jam 10 malam. But still time ni aku belum boleh wrap sebab costing pending boss approval. Well, for those yang biasa involve dengan tender, korang pun tahu ni lah part paling hujung sekali dalam cycle.
11PM - Since part diorang already settled, plus semua pun dah berkeluarga. Aku minta diorang balik as I'll take care the wrapping. Alang-alang tengah keseorangan, tu yang bersinglet je. Haha.
Akhirnya pukul 1 pagi baru dapat approval untuk contract value sebenar from bosses. Tengah fokus buat CD copy, tiba-tiba Izuwan datang balik. Siap bawa kebab, thanks bro! Tau-tau je aku memang tak makan sejak breakfast Sabtu. Berapa jam perut kosong tu. Haha. Akhirnya kami sealed the tender around 3 pagi. Lega tak terkata time tu, walaupun belum submit. Tapi memang released habis lah!
This is one of the thing yang aku buat in managing the tendering procedure. Tengok berapa banyak kertas reject sepanjang proses printing. Not bad lah kot..:-P

Sumbatkan kotak-kotak tender tu dalam kereta, then sekitar jam 4 pagi. Kami pun bersurai. Singgah OBR Sungai Buloh, tapau KFC untuk lunch. Sebab tahu sampai rumah memang confirm lemau punya. Tunggu Subuh and as expected, aku tertidur sampailah pukul 3 petang. So, itu je lah cerita berkenaan kerja aku minggu ni. Next week ada satu lagi tender submission hari Jumaat, tapi tak lah sebesar yang ini. Okaylah, aku nak tengok EPL sekejap. Jumpa di lain entri ya! Till then, take care.

P/S: Hopefully Newcastle boleh menang malam ni. God Speed!

No comments:

Post a Comment