Monday, August 17, 2026

Kisah AKU n Haikal's Wedding @ One City USJ

Assalamualaikum,

Perghh, nak dekat sebulan tak update. Record baru ni. Last entri 20 Julai, hari ni 16 Ogos. Apa cerita bro, banyak sangat ke kerja kat ofis tu? Haha

Ya, memang banyak kerja dua-tiga minggu ni. Macam-macam report nak kena submit. Report tahun lepas pun tiba-tiba appeared out of nowhere. Hah
Minggu lepas Iman joined lawatan sekolah ke Pusat Sains Negara dan juga Kilang Chocolate
Semalam, aku dan family sempat menghadiri sebuah majlis persandingan sepupu belah wife di USJ.
Majlis berlangsung di Bizmilla Wedding Hall @ One City USJ. Ikutkan Rawang ke Subang ni biasanya setengah jam je. Tapi jem punya pasal sejam setengah jugak nak sampai. Pfft
Ni lah dewannya. Ada few times jugak aku datang sini dulu. Tapi tak ingat pulak design macam ni. Huhu
Majlis yang menyatukan Haikal dan Aina ni ialah majlis belah lelaki, iaitu keluarga Haikal yang merupakan sepupu kepada wife. So, memang adik beradik dia pun ada hadir jugak, walaupun tak semua.
Iman banyak snap gambar hari tu, tapi semua kelaut. Haha
Makan time. Perut dah kasi kosong pagi tu..:-p
Ada hired musician hari tu, saxophonist. Iman tengah layan tu. Huhu 
Yang penting ada teh tarik dan juga apam balik. Perfect combo..:-)
Boleh nak bersilat pulak budak sorang ni. Banyak sangat pengaruh Hang Tuah ni. Haha
Bergambar bersama kerabat yang datang dari Melaka, Pahang, KL etc.
Before balik, ambil goodies bag dulu
Balik pun jem jugak. Gerak 2.30, nak dekat jam 4 petang baru sampai rumah. Nasib baiklah lepas Sungai Buloh dah clear.

So itu je lah entri pembuka setelah hampir sebulan menyepi. Don't worry ada a few lagi entri yang aku akan taip dalam sehari dua ni - before EPL bermula. Huhu

P/S: Banyak benda nak update pasal Newcastle ni. Memang aku saja tunggu sampai final game friendly lawan Strasbourg ni.

No comments:

Post a Comment