Okay, entri ni didedikasikan kepada rakan kami, Farhan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga minggu lepas. Pagi tadi aku berpeluang memenuhi undangan majlis persandingan belah lelaki di Tapah, Perak.
Before ke Tapah, aku dan family sempat menyinggah Little Caliph Bandar Sungai Buaya, tahun depan Fariq akan start bersekolah kat sini. Dapat dengar taklimat from Pengetua, ada tour sikit dan juga sesi pendaftaran dan ukur saiz baju. Nampaknya adik Iman duduk sorang je lah kat taska sekarang ni. HuuSettle dalam jam 11 pagi, kami terus bergerak dari Sungai Buaya menuju ke Tapah. Trafik lancar sepanjang perjalanan kami ke Perak, cuaca pun elok je redup..:-)Sekitar jam 1 petang, kami bertiga selamat tiba di venue majlis. Majlis yang menyatukan Farhan dan Faharin ni berlangsung di Dewan Merdeka Tapah bertarikh 31 Disember 2022.
Iman pun excited jugak tengok member abah ni kahwin..:-)
Fariq pulak cam biasalah, ada aiskrim je dah settle.
Eh macam kenal tuan yang pakai baju putih tu? Ya, ayah pun join sekali sebab esok kami ada satu lagi event family di Teluk Intan. Alang-alang aku ajak sekali je, tak payah susah-susah nak drive.
Dah nama pun member UiTM, memang ramai lagi rakan-rakan satu batch dari fakulti yang sanggup hadir dari jauh untuk memeriahkan majlis. Yang aku sempat jumpa antaranya Chey, Ijat J, Ijat F, Syawal, A'an , Fara, Wani, Dayat, Zhafir, Zahier, Ajib dan Khaliq. Tak tahulah kalau ada lagi datang lepas tu. Gambar tak sempat ambil pulak dah menyembang, if ada pun tunggu lah kot diorang ada share ke nanti.
Si Fariq ni main lari-lari pulak. Aku baru nak introduce anak-anak kat member, Iman pulak sedap tidur.
Snap gambar seround sebelum left the event around jam 3 petang.
Jom kita ke Teluk Intan pulak. Muka tak puas hati sebab atuk tegur. Haha.
Aku memang dah book hotel siap-siap. Duduk dekat Lux Hotel @ Changkat Jong. Memang saja aku pilih hotel ni sebab berhampiran dengan rumah Cik Din.
Tu kata kat wife, ni hotel bajet. So jangan compare dengan yang kita pergi kat Penang hari tu. Sekadar buat tempat nak mandi, tidur sahaja..:-)
Aku terlelap sampai jam 8 malam jugak tadi. Fariq pulak lepak dengan atuk dia kat bilik sebelah..:-)
Lepas Isya, kami keluar ke bandar Teluk Intan. Nak cari makan sebenarnya, tapi alang-alang dah sampai sini aku ajak diorang ke tempat paling ikonik dan sinonim dengan bandar ni. Apa dia?
Sudah semestinya the famous Leaning Tower of Teluk Intan or known as Menara Condong Teluk Intan. Aku pernah melawat menara ni, dalam tahun 2015 dulu bersama-sama Dolah dan Afiq. Laa ni datang dengan family pulak, after five years. Huhu
Fariq bergambar bersama Mickey Mouse. Kena bayar RM5 dapat gambar dan juga belon helium tu..:-)
Wife dan Iman yang baru first time datang sini.
Selfie dulu. Memang ramai tadi, maklumlah nak menyambut tahun baru kan.
Asal nak makan kat restoran tepi sungai. Tapi punya ramai orang, tengok kereta parking jalan pun dah tau. So kami pun menghala ke hotel dan menyinggah makan direstoran yang juga sinonim dengan bandar ini iaitu Restoran Ghulam Rasul.
Bukan main berselera lagi Fariq makan nasi kandar kat sini.
Iman tengok je lah ye. Nanti dah besar sikit kita datang sini lagi.
The famous Nasi Kandar Ghulam Rasul. Buat pulak makan dalam pinggan besi ni, memang nostalgik.
Sekarang ni tengah tengok bola Newcastle vs Leeds sambil menulis draft entri penutup 2022. In Sha Allah lepas ni aku update.
Itu je lah cerita majlis persandingan rakan kami yang telah selamat dijayakan semalam. Apa-apapun tahniah sekali lagi kepada Farhan dan Faharin Semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta diberkati Allah. Amin In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment