Assalamualaikum,
Fuhh, memang mengantuk gila rasanya hari ni. Bayangkanlah semalam pukul 3 pagi aku baru tidur, ni semua gara-gara final match WC2022. Pastu ingat nak sambung tidur pas subuh, si Iman pulak meragam sebab tak sihat. So terkulat-kulat lah mata drive nak pergi kerja tado.
Minggu lepas aku bersama kira-kira 25 orang rakan sekerja from Business & Growth Division Touch 'n Go telah menghadiri sebuah training yang bertempat di Hotel Sheraton yang terletak di Petaling Jaya. Alah, hotel yang famous dengan kudeta "Langkah Sheraton" tu. Huhu. Perjalanan dari Rawang kesana mengambil masa kira-kira sejam, aku keluar rumah seawal jam 6.45 pagi, sampai kira-kira jam 8.
Well, basically our training fokus kearah elemen Agility. Agile bermaksud ability untuk membuat correct decision dengan cepat. Decision cepat tapi wrong direction confirmed kelaut, direction tepat tapi wrong decision pun tak jalan jugak. So, kursus ni bertujuan untuk menyediakan kami kearah budaya agile didalam leadership, management dan decision making. Training dikelola oleh trainer kami yang mempunyai pengalaman hampir 20+ tahun ni iaitu, Mr Andrew Lau.
First day outfit, macam biasalah kena bergambar depan cermin toilet. Bukan selalu aku nak menyarung blazer ni. HuhuVenue training. Agaknya ni ke bilik diorang plan nak gulingkan kerajaan PH dulu.
Macam biasalah dalam training, ada teori session dan juga ada LDK. Macam dalam kes kami, business simulation. Lebih kurang main board game gitu.
Makan kat sini pun best. Maklumlah makan free, mestilah syok.
Makan kat sini pun best. Maklumlah makan free, mestilah syok.
After makan, naik ke rooftop join beberapa orang smoker. Huhu. Aku join pun sebab nak tengok pemandangan je. Lepas lunch sambung session sampailah jam 5.20pm. Hari first lewat sikit habis sebab ada teknikal issue.
So ceritanya memang bercinta dalam keretalah kat LDP ni. Sampai rumah dalam jam 7.30 jugak.
Wife dengan anak-anak aku mintak tolong ayah pickup. Thank you ayah, you're the best!
Hari kedua punya outfit..:-)
Content pun sama jugak. Teori dan business game, tapi hari kedua ni intense sikit sebab finale. Walaupun team kami bermula agak corot dengan kutipan RM10m pada hari pertama as compared to other three teams yang mengumpul around RM 30-40m, hari kedua menyaksikan kami berjaya buat comeback dengan menamatkan game ditempat ketiga dengan total RM 78m. Nak menunjuk betapa pentingnya fokus, komunikasi dan juga of course, game plan bila berada didalam market competition.
Hari kedua ni habis awal sikit, ngam-ngam jam 5 petang. So, kurang sikit jem. Aku sampai Plaza Tol Sungai Buaya dalam pukul 6.15pm tapi kena tahan sekejap since ada urgent meeting. Sudahnya pukul 7 jugak sampai rumah.
Hujung minggu takde buat apa pun. Basuh kereta, bawak si Fariq ni pergi mendobi. Restock barang keperluan anak-anak.
Pastu macam biasalah melawat mak ayah.
Dan semalam jam 11 malam telah berlangsungnya final World Cup Qatar 2022 diantara France menentang Argentina. Honestly aku takde sokong mana-mana pun, just nak tengok je. Huhu. Tapi seperti biasa, maggi kari + hotdog sebagai santapan malam.
Ni biasanya setup aku tengok WC, laptop sendiri buat main Bannerlord. Laptop office bukak Astro On-the-Go. Haha, biasalah takkan lah nak tercongok tengok game 90minit.
Kedua-dua team terikat 3-3, dan game diputuskan dengan sepakan penalti yang berakhir dengan kemenangan 4-2 yang memihak kepada Argentina. Game officially habis jam 2 pagi, tapi aku pun tak nak terlepas tengok Messi angkat piala. Huhu
Itu sahaja cerita malam ni. Tahniah kepada team Argentina diatas kejayaan menjulang WC 2022. Tahniah jugak kepada pemenang Golden Ball - Lionel Messi (ARG), Golden Glove - Emi Martinez (ARG), Golden Boot - Kyillian Mbappe (FRA) dan Young Player Award - Enzo Fernandez (ARG). Sapu bersih team Argentina tahun ni. Tak lupa jugak England yang mendapat anugerah Fair Play.
P/S: Next week EPL akan restart. Saja nak ingatkan, sekarang ni Newcastle berada di tangga ketiga liga..:-)
No comments:
Post a Comment