Thursday, December 29, 2022

Kisah AKU n Family Vacation @ Penang - Day 3

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, malam ni aku nak update cerita hari ketiga percutian kami di Pulau Pinang. Well, to be honest a truly "memorable" day for us. Huhu. Nak tahu cerita, silakan sambung baca entri ni.
Pagi tu our last breakfast di Tanjung Point. Mak masakkan nasi goreng bersama sosej, dan juga tuna sandwich. 
Final day kami di Tanjung Point Residences. Memang puas hati dok sini, bolehlah repeat lagi tahun depan..:-p
Bergambar kenangan sebelum check out.
My bad day untuk hari ketiga ni bermula time nak cari parking kat Bukit Bendera a.k.a Penang Hill ni. Berkali-kali pusing area situ sampai rasa nak give up. Ayah dengan Syazwan memang dah dapat parking, aku lambat sikit sebab berhenti nak tuang minyak. Sampailah last try, tiba-tiba ada parking lot empty dekat Penang Hill Multistorey Carpark tu. 
So lepas dapat parking around jam 1 petang tu, kami terus ke boarding area since tiket memang dah beli online. Untuk kali ni, kami memang purchased fast-lane je. Takpelah mahal sikit, asalkan dapat priority lane. Huhu
Merasa jugak naik benda ni..:-)
Sekejap je naik, tak sampai 10minit pun. Time ni tengah fikir nak buat apa kat atas bukit ni.
Adik berposing dekat viewpoint sejurus ketibaan kami di atas puncak Bukit Bendera dengan ketinggian hampir 900 meter dari aras laut. Brader tengah usha port honeymoon tu. Hihi
Dapatlah naik buggy car ni yang membawa kita ke tempat tarikan sepanjang 4km stretch of road.
Berposing dihadapan Old Guard House yang terletak diatas puncak Bukit Bendera.
Fariq macam biasalah dok melekat dengan atuk je. Tak pandang langsung ibu abah dia. Sobs
Sempat menyinggah Toy Museum dan Zombie House bersama keluarga. Time ni akhirnya Fariq mau jugak dengan kami. Hihi. Bagi atuk spend time dengan opah pulak..:-p
Toy Museum ni menempatkan banyak figura mainan terkenal, especially watak kartun dan animasi buatan Malaysia.
Ada jugak patung-patung berskala besar untuk tujuan bergambar.
Fariq dan Iman bersama patung Snowman. Nanti ada masa kita pergi I-City ye, boleh main salji.
Aku pun tak nak terlepas bergambar dengan Stormtrooper from filem Star Wars ni. 
Bergambar kenangan bersama my small family..:-)
Fariq bersama Captain America. Ni yang dia paling minat katanya. Entahlah, sekejap Ultraman, esoknya Keluangman, pastu Spiderman. Laa ni Captain ni pulak..:-p
Haha, yang ni pulak after kami selesai meredah Zombie House. Cibai punya hantu, nasib baiklah tak berbuih mulut aku dalam tu. 
Ready nak turun.
Sekitar jam 4.15 petang, kami pun ready untuk meninggalkan Bukit Bendera setelah hampir 4 jam melepak kat atas ni. Selfie satu family untuk gambar kenangan. Apa bendalah si Fariq tu bergambar dengan selipar. Haha
Jam 4.30 petang, sabar menunggu tren yang bakal membawa kami turun ke Base Station. Disinilah bermulanya kenangan pahit kami sekeluarga. 
Nak dijadikan cerita ada masalah teknikal, so bersidailah kami menunggu turn untuk turun. Sudahnya sampai pukul 6.30 petang masih tak solve. Kami bersama ratusan pengunjung lain diminta berkumpul untuk announcement. Kat sini memang havoc gila beb. Orang nak potong queue lah, ada insiden bertekak dengan groundstaff dan macam-macam lagi.
Akhirnya jam 6.45 petang, kami antara batch pertama yang dibawa turun menggunakan kenderaan Hilux PHC. Itupun lepas kitorang dah naik angin. Ada ke patut diorang boleh bagi orang lain turun dulu sedangkan family kami yang first tercongok menunggu depan tren tu. Kat sinilah aku baru realized yang screen henset aku crack most probably dalam kekalutan nak naik Hilux tu. Lepas turun, kami naik bas yang disediakan pihak PHC yang membawa kami pulang ke Base Station kira-kira jam 7.15 petang.
Since aku perlukan masa untuk setup henset backup, aku mintak family bergerak dulu ke destinasi kami seterusnya di Bayan Lepas. Memang kebetulan aku akan letak satu phone backup dalam kereta. Diorang pun dah sampai restoran, aku je yang tak sampai lagi. Sebab apa? Boleh pulak Google Maps ni buat hal pergi reroute masuk kampung Cina manatah. Yang aku tau, jalan tu punyalah mendaki tinggi sampai aku boleh nampak tebing curam last-last end up dekat satu tokong cina lama. With my instinct, aku pun patah balik dan berkat doa, kami jumpa jugak main road.
Ni antara gambar dinner diorang hari tu. Adik yang belanja malam tu. Sorry bro tak dapat join.
Nak dijadikan cerita, kami dah sampai D'Seafood Paradise @ Bayan Lepas. Jalan nak ke restoran tu punyalah sempit, parking pun limited sampai kena double park. Since trafik pun tak bergerak, aku pun buat keputusan untuk patah balik. Sempatlah call diorang informed tak dapat join. Bukan apa, memang bagi aku hari ketiga ni dah macam-macam benda jadi. Tu yang I decided to call a day je.
Sebelum check-in hotel, aku dan keluarga sempat menyinggah for dinner at BKE Station @ Bayan Lepas. Tengok muka si Iman tu penat je. Sorry ye nak, tapi abah salute lah Iman tak banyak meragam dari kita nak naik Bukit Bendera sampailah time nak makan ni.
Haa yang sorang ni tak payah memang 360 opposite. Dekat atas bukit buat drama sakit perut, time aku sesat dia boleh membebel pulak sampailah time nak makan ni. Haha. Ce tengok muka abah tu, dah habis penat melayan problem hari tu. Huhu
10pm - kami sampai di M-Vista Condominium yang menjadi tempat penginapan kami untuk hari ketiga. Memang saja pilih apartment ni sebab terletak di Bayan Lepas, so esoknya nak check-out boleh terus masuk Jambatan Kedua. Nampak tak planning tu? Hee
Agak spacious dan comfortable jugak. Ada empat bilik, so masing-masing ada bilik sebab dekat Tanjung Point tu adik tidur kat ruang tamu je.
Budak-budak yang tadinya penat terus segar balik since ada Netflix. Boleh layan kartun..:-)
Dapat view airport Bayan Lepas. Adalah nampak a few kapal terbang take-off dan landing.
Pukul 12 barulah anak-anak tidur. Akupun sama jugak keletihan, plan ingat nak update blog malam tu tapi memang tak terdaya. Sudahnya tertidur sampailah jam 8 pagi..:-p

Yup, itu sahaja entri untuk hari ketiga kami. Memang hari yang mencabar dan memorable for us. Confirm tak dapat lupa seumur hidup ni. Okay, satu lagi entri iaitu yang penghujung. If tak ngantuk aku update, if not samada pagi or malam esok. Till then, goodbye folks.

No comments:

Post a Comment