Friday, March 26, 2021

Kisah AKU n Bannerlord - The Long Night

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan hari ni aku nak update entri pasal video game.  Mod pilihan aku kali ni ialah The Long Night untuk game Mount & Blade: Bannerlord. Seperti sedia maklum, hari tu aku upgrade laptop. So dapatlah jugak merasa main game ni, dah lama tunggu beb. 

Untuk introduction Bannerlord merupakan continuation untuk game Mount & Blade Warband yang aku main selama ni. It's officially launched by TalesWorld seingat aku bulan Jun 2020, mulanya excited lah tapi bila tengok system requirement yang diperlukan untuk run game ni. Terpaksalah telan air liur sekejap, tinggi beb. Requirement lain such as storage, processor okay je, tapi part RAM yang tak tahan. Kena at least 6GB, laptop aku ada 4GB je. Tu yang upgrade sikit, tapi still aku main dalam low graphic setting untuk ensure kelancaran gameplay. Boleh je nak main high setting, tapi memang lag. FYI, background Bannerlord berkisar 200 tahun sebelum event Warband dimana Calradic Empire menguasai hampir setengah map yang ada, dan other factions such as Vlandia (Swadia), Aserai (Sarranid), Battania (Rhodok), Khuzait (Khergit), Sturgia (Nords).

Bannerlord : The Long Night or senang kita panggil TLN dalam entri ni. Mod ini dibangunkan oleh The Lone Warrior yang bertemakan Game of Thrones, hasil karya agung A World of Ice & Fire karangan George R.R Martin yang mengisahkan perang between Seven Kingdoms of Westeros. Ni merupakan major faction yang ada:
  1. Southern Kingdom (The Westerland, The Reach)
  2. The North
  3. The Vale
  4. The Riverland
  5. The Dorne
  6. The Baratheon
  7. The Targaryen
  8. White Walkers
  9. Free Houses
1/3 map TLN. Besar jugaklah, walaupun tak sebesar dan seunik map AWOIAF. Tapi bagi aku okay dah considering ini merupakan one of total conversion mod pertama untuk Bannerlord. Kira tak fairlah compare dengan engine Warband yang dah matured. 
Dalam game ni, korang boleh pilih ciri-ciri karekter dari physical appearance, bangsa, status etc, sebab apa yang korang pilih tu la yang akan main peranan dalam game ni. Born as Fredrik, beliau merupakan the current head of House Redfyre yang merupakan vassal of Southern Kingdom yang diperintah oleh King Joffrey.
Character menu pun dah improvised, tapi aku sendiri pun cuba nak fahamkan macam mana benda ni berfungsi. Sebab kat Warband dulu, simple je GUI. Ni macam complicated sikit.
Ni pulak clan menu, kat sini kita boleh review progress clan kita sendiri. Apa fief owned by us, our businesses (caravan, production) dan juga party. Bukan party mabuk tau, tapi war party. Kita boleh assign family member atau companion untuk split to form his/her own party. 
Macam mod lain, sini pun boleh lepak-lepak kat tavern untuk rekrut tentera upahan, hire companion dan main mini-game. Unlike Warband, dalam Bannerlord takde penyair/penyajak dalam tavern since korang dah tak payah nak mengorat pakai sajak, syair segala jadah tu. Kat tavern pun, dah takde merchant. Pendek kata banyak jugak NPC yang dikurangkan. 
But, ada banyak jugak NPC baru yang diperkenalkan dekat town. Ada gangster, thugs, barber, merchant, artisan, beggar etc. NPC main peranan untuk korang tingkatkan influence clan. Lagi good relationship korang dengan merchant dan artisan, lagi banyaklah orang yang akan support clan kita. Dalam gambar - Fredrik berjalan-jalan disekitar bandar King's Landing.
Elemen RTS didalam TLN ni dapat dilihat melalui role karekter dalam nation yang dipilih. Mirip Total War, TLN membolehkan party yang diketuai karekter untuk attack, defend, reinforce, besiege atau scout open world. Konsep RTS atau real time strategy dapat dilihat melalui tema game ini iaitu ketika War of Seven Kingdoms, berlatar belakangkan konflik yang berlaku di Westeros. 
Watak, tempat dan event yang wujud didalam open world ialah berdasarkan watak dalam cerita Game of Thrones. Watak seperti Tywin Lannister, Mace Tyrell, Edmure Tully, Rob Stark, Stannis & Renly Baratheon, Doran Martell, Euron Greyjoy, Lysa Arryn dan lain-lain merupakan watak fiksyen ketika zaman itu. GUI time communicate dengan Lords pun dah lain sekarang ni. Cantik..:-)
But, untuk karekter player ia boleh direka. Karekter aku, Fredrik Redfyre lengkap dengan persalinan noble robe dihadapan The Red Keep of King's Landing. Dalam game ni korang boleh setting dua outfit, satu battle outfit yang akan dipakai ketika pertempuran. Satu lagi civilian outfit macam gambar atas ni yang akan dipakai ketika melawat bandar, castles, village etc. Kira takdelah pelik sangat orang tengok kau selalu merayau pakai armor je. Haha
Sedikit background story untuk hero kita ni. Fredrik Redfyre merupakan anak kepada Fitzgerald Redfyre bersama isterinya, Elia. Fredrik merupakan anak sulung dari lima orang adik beradik - Nathanos, Debana, Alea dan Phasos. Ketika Greyjoy Rebellion, House Redfyre was presumably extinct setelah Kota Feastfire dimusnahkan angkatan tentera Iron Island yang diketuai Victarion Greyjoy. The entire Redfyre's family was being killed during the massacre, but a forteen years old Fredrik berjaya menyusup keluar bersama adik beradiknya dari kota melalui secret tunnel. They rode south to Crakehall untuk mendapatkan perlindungan dibawah jagaan Lord Roland from House Crakehall yang merupakan pakcik mereka. Fast forward sepuluh tahun kemudian, War of the Five Kingdoms berlangsung dengan sengit di Westeros. Determine to restore House Redfyre, Fredrik pledged his support to Joffrey and being made a knight commander under Lord Paramount Tywin Lannister's Westerland army. 
 
Western theatre saw a brutal fighting where the Lannister army deals with the invading House Stark and House Greyjoy. Due to his cunning stratagem and combat prowess, Ser Fredrik managed to outflank Rob Stark and crushed his army in the brilliant Battle of Crag Hill then maneuver north to defeat Euron Greyjoy at the Battle of Seagard.
While both houses being neutralized, Ser Fredrik's army crossed the North territory and captured Greywater Watch, an act which made him the new Lord of Greywater by King Joffrey. Gambar diatas - Ser Fredrick with his wife, Lady Margaery from House Tyrell. Time perang pun sempat lagi kahwin, penting tu. Kahwin dalam Bannerlord ni cukup simple tapi tricky. Dah takde flirt pakai poem lagi, semuanya based on charm points dan juga persuasion skills. Memang aku nasihat korang save game before try mengorat, sebab once satu point failed. Memang perempuan tu dah takkan minat korang sampai bila-bila. Haha
Fief management lebih mudah sekarang, tak perlu nak ingat bila construction siap macam Warband. Just buat queue je, and let your governor do the rest.
Kingdom panel, kat sini korang boleh access information berkaitan house/clan lain dalam kingdom, juga fief, policies, diplomacy dan lain-lain. Boleh lah tengok influence point house korang against other houses. Penting tu, lagi banyak influence lagi banyaklah korang boleh mempengaruhi hala tuju kingdom walaupun status kita hanyalah seorang vassal.
Shortly after the fall of Greywater, Sansa Stark sued for peace treaty in exchange for his brother, Robb which thrown the North out from the war. The Greyjoy presence in the war also diminished after the death of Euron. 
Ser Fredrik has been recalled by King Joffrey to put the final nail in the coffin to Stannis Baratheon's army at the Eastern theatre. He was accompanied by his wife, Lady Margaerywhom protected by Redfyre's Own Guard Cavalry squadron throughout the final campaign of the War of the Five Kingdoms
Stannis' invasion effectively ended with the defeat of his army at Blackwater Watch against forces of Ser Jaime Lannister. In this battle, Ser Fredrik command the left wing and managed to hold the flank against Stannis' Hammerguard. 
Later he led a brave cavalry charges against Renly's reinforcement forces and seal the battle. A month later, the Baratheon surrender and pledged loyalty to King Joffrey. 
Dan disitulah juga berakhirnya entri ni, since perang pun dah habis. Sekarang masanya berperang dengan bini pulak untuk melahirkan waris House Redfyre. Huhu.

Baiklah, that's the end untuk review TLN. To be honest aku memang layan mod ni je sekarang, ada je mod lain tapi takdelah enjoy sangat. Ada satu lagi mod Bannerlord yang bertemakan GoT universe ni, tapi masih dalam pembikinan - AWOIAF by Produno Team. Ni yang aku memang tak sabar nak tunggu keluar. Huhu

2 comments: