Thursday, March 18, 2021

Kisah AKU n MCO 2.0 - Wk 10

 Assalamualaikum,

Last week merupakan minggu terakhir MCO 2.0 dekat Lembah Klang, now kita berada di fasa CMCO 2.0 pulak. Whatever lah, apapun nama kau still kita kena berwaspada dan sedar bahawa Covid ni bukan musuh yang senang kita nak kalahkan. Semua rakyat kena main peranan dan sudah tentunya if punishment applicable ianya mestilah adil dan saksama tanpa mengira darjat. 

Sabtu lepas melepak kat rumah sambil melayan Fariq enjoy Didi & Friends, tiba-tiba pulak terasa nak keluar. Mula-mula ingat nak pergi shopping mall kat KL, tiba-tiba ada orang update jalan jem kat almost every toll plaza. Yelah, kan hari tu ada NGO gampang pergi komplen polis tak buat kerja. Laa ni IGP kata roadblock diperketatkan, kira semua kereta kena check lah walaupun bukan urusan rentas negeri. Kawan aku siap sangkut 2 jam lagi kat Sungai Besi.

Sudahnya, lalu jalan dalam je pergi Lotus Rawang. Bergambar depan DIY with Fariq, bini ada nak cari barang kat sini. So bila pishang ni lah aktivitnya - berselfie. Huhu

Masuk Lotus jap, nak cari mainan Fariq. Tapi baru teringat kat sini ada Mr. Toy.

Main game arked depan Mr. Toy. Budak ni dah pandai meragam kalau tak dapat main. Nak kena dia ni. Haha

Kaki tak sampai, meh ayah tekan pedal.

Masuk syurga untuk kanak-kanak.

Bukan main laju berlari si Fariq ni, ada lah beli 2-3 bijik mainan baru walaupun tahu nasib diorang macam mana. Tak sampai sejam berderai, takpun hilang. Haha

On the way turun, menyinggah Gene Martino. Cari baju raya Fariq, baju mak ayah dia recycle je. Bukan apa, sebab baju budak payah nak dapat kat Shopee semua. Kalau ada pun kaler tak match, tu yang dah ternampak beli terus je.

Singgah early dinner di Pak Hailam Kopitiam.

Menyanyi ke apa tu?

Dah-dah, jom balik. Gaya bapak-bapak time pergi mall, dulu time bujang melenggang je. Haha

Balik ada jem sikit kat Plaza Tol Rawang Selatan, tapi takpe. Jem nak balik rumah acceptable lah compare to jem time baru nak pergi. 

Semalam Selangor lawan JDT kat SSI. Draw bhai, gameplay yang mantap. Kalau boleh main camni every week, In Sha Allah boleh cabar JDT tu. Takpun target misi ke Asia. Well done to anak buah Nietzel.

Baiklah, itu sahaja entri malam ni. Sekejap lagi aku ingat nak main Bannerlord, plannya nak buat review mod The Long Night next week.

No comments:

Post a Comment